Wednesday, December 3, 2008

Ubah Bicara Kendiri Negatif Kepada Positif

Telah tersemai sekian lama di dalam minda dan diri kita 'bicara kendiri' yang negatif. Bagaimana? Ianya sama ada dari pendidikan awal sewaktu kanak-kanak atau diwarisi dari ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat setempat. Bicara negatif seperti 'aku tak boleh', 'aku tak mampu', 'mana boleh berniaga', 'tak biasalah', 'tak cukup duit', 'ibu bapa aku bukan peniaga, tiada siapa pun di dalam keluarga aku berniaga', 'aku takut gagal' dan sebagainya.

Jika saudara-saudari membaca buku saya, saya ada membincangkan isu-isu yang membawa kepada masalah ini. Di zaman kanak-kanak, saya dan ramai lagi dimomokkan dengan cerita hantu masyarakat seperti hantu kopek, hantu kom-kom, orang minyak dan yang sewaktu dengannya. Bila bercakap, anak muda ditegah menyampuk. Kanak-kanak yang membuat aktiviti lasak atau cuba memanjat sesuatu sering ditegah. Semua ini adalah diantara penyebab kepada kurang yakin diri dan input kepada bicara kendiri negatif.

Berikut adalah perkara yang perlu dan harus dilakukan oleh semua:
1. Bicara kendiri senyap.
2. Percakapan kendiri: Bercakap kepada diri sendiri @ orang lain
3. Perbualan kendiri: berdialog dengan diri sendiri
4. Penulisan kendiri: pita bicara kendiri seperti lagu-lagu.

Saya akan berbicara lanjut tentang isu ini di masa hadapan.

ZMS

No comments:

Post a Comment