Thursday, December 18, 2008

Kekayaan Oprah Winfrey USD2.5Billion - Pernah Dirogol Saudara dan Rakan Keluarga

Kisah ini adalah petikan ringkas dari coretan di dalam buku Strategi Paling Berkesan Untuk Berjaya.
a
Siapa yang tidak kenal Oprah Winfrey, icon industri hiburan. Beliau dilahirkan sebagai anak luar nikah Vernita Lee dan Vernon Winfrey. Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah dan bapanya sebagai tukang gunting rambut. Oprah tinggal bersama neneknya yang tegas yang akan memukulnya jika tidak melakukan kerja-kerja rumah. Kehidupan beliau dihimpit kemiskinan sehinggakan terpaksa menyarungkan baju yang diperbuat dari guni kentang dan sering menjadi bahan ejekan dan cacian rakan-rakan sebaya.
a
Ketika berusia 6 tahun Oprah tinggal bersama ibunya, tetapi beliau kurang mendapat perhatian kerana ibunya sibuk mencari nafkah sehinggakan terpaksa bekerja hingga lewat malam. Oprah pernah mendedahkan bahawa beliau telah dirogol oleh saudara dan rakan keluarga. Bayangkan bagaimana tekanan perasaan dan rasa rendah diri yang dialami oleh Oprah ketika kanak-kanak.
a
Namun, atas semangat yang kental, impian menggunung, kekuatan mental dan keinginan untuk berjaya telah mendorong beliau untuk mencari jalan bagi mengecapi kejayaan. Beliau telah memasuki universiti dan pada masa yang sama bekerja sebagai wartawan. Kehidupan beliau telah banyak berubah sehingga berjaya mengecapi kejayaan. Beliau dilabelkan sebagai wanita yang paling berpengaruh di dunia oleh CNN, Time.com, Time dan American Spectator selama beberapa tahun berturut-turut dan beliau adalah individu tunggal yang mampu meraih gelaran berganda tersebut.
a
Kekuatan dalaman dirinya telah membuahkan hasil yang lumayan. Impian yang tinggi dan matlamat yang unggul telah membantu beliau mencapai matlamat dan impian.
a
ZMS

No comments:

Post a Comment