Wednesday, December 17, 2008

Dua Pertiga (2/3) Peniaga Industri Makanan Gagal - CEO - Pembiaya

Beberapa jam tadi, saya sempat bersembang dengan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi yang terlibat dengan banyak perniagaan kecil dan sederhana. Tahukah anda 'apakah perniagaan yang paling banyak tutup kedai?' Jawapannya ialah industri makanan...secara khususnya restoran. 2/3 dari yang menceburi industri ini menutup kedai atau tidak berjaya mengharungi pelbagai rintangan di dalam industri tersebut.
a
Saya bertanya dengan niat cuba mengorek rahsia di sebalik kejadian ini. Beliau berpendapat ramai orang salah tanggapan dan dengan pantas terus menceburi bidang makanan ini tanpa mendapatkan maklumat secukupnya. Lantas, mereka terperangkap dengan segala jenis masalah seperti pekerja, tukang masak, modal pusingan, pengiklanan, pelanggan dan sebagainya. Masalah-masalah ini ditemui hanya setelah modal besar (seperti RM100,000 @ RM150,000) dilaburkan, Kedua, ramai peniaga tidak fokus. Mereka melakukan pelbagai usaha dalam masa serentak. Maka, peniaga-peniaga ini tidak dapat memberikan yang terbaik kepada perniagaannya kerana terlalu sibuk dengan beberapa perniagaan lain.
a
ZMS

No comments:

Post a Comment