Thursday, December 18, 2008

Kenali Lakhsmi Mittal - Lelaki Ke 4 Paling Kaya Di dunia

Fakta
a
Tarikh Lahir : 15 Jun 1950
a
Tempat Lahir : Sadulpur, India
a
Umur : 58 Tahun
a
Menetap : Kensington, London, United Kingdom
a
Kekayaan : USD45 Billion
a
Status Perkahwinan : Berkahwin, 2 Anak
a
Pendidikan : Bachelor of Commerce in Business and
Accounting, St.Xavier’s College, Calcutta
a
Ulasan Ringkas :
Lakshmi Mittal dilahirkan di Sadulpur, India dan sekarang menetap di Kensington, London. Beliau disenaraikan sebagai orang ke-4 paling kaya di dunia oleh Majalah Forbes pada tahun 2008. Kekayaan Lakshmi adalah dari penglibatan beliau di dalam industri besi, yang mana beliau memiliki kepentingan majoriti di dalam syarikat besi terbesar di dunia, Arcelor Mittal. Penglibatan Lakshmi di dalam industri ini adalah secara langsungnya hasil dari perniagaan besi bapanya di Uttar Pradesh. Beliau adalah seorang yang benvawasan dan berani menghadapi risiko, di mana beliau mengembangkan perniagaan bapanya dengan membeli kilang besi bermasalah di Indonesia pada harga rendah dan seterusnya melancarkan operasi baik pulih perniagaan. Perselisihan faham dengan bapanya telah menyebabkan beliau memilih jalan sendiri dengan melibatkan diri dengan industri besi antarabangasa dengan lebih agresif. Lakshmi membeli sebuah rumah di Kensington Palace Gardens yang disenaraikan sebagai urusniaga yang paling mahal di dunia pada tahun 2004. Juga, Lakshmi menjalinkan hubungan erat dengan ahli politik dan golongan bangsawan, dan sebahagian dari mereka digunakan bagi mengembangkan perniagaan beliau di serata dunia.

No comments:

Post a Comment