Monday, December 22, 2008

Kejayaan - Nasib, Warisan atau Usaha?

Seorang juara tidak mencapai kejayaan secara kebetulan, mahupun nasib atau mewarisinya dari kedua ibu bapa yang hebat. Tiada juara sukan olimpik yang berjaya mendapat pingat emas disebabkan keupayaan yang diwarisi dari ibu bapa. Tiada penulis hebat yang menjadi pakar sesuatu bidang hanya berserah kepada nasib. JK Rowling berusaha dengan gigih bagi menjadi lagenda penulisan. Tiada pelajar mendapat ijazah PhD dengan hanya tidur di rumah. Mereka merancang dan melaksanakan pelbagai usaha untuk berjaya. Mereka berusaha dan terus berusaha dengan gigih. Penyanyi pujaan ramai terpaksa melalui masa-masa mencabar untuk dikenali ramai.
a
Seorang juara memenangi sesuatu persaingan hebat adalah hasil dari impian yang hebat. Juara tidak akan berkata negatif atau merungut di dalam mengejar kejayaan. Mereka merancang di dalam minda. Jika anda mampu melihat diri sendiri mencapai kejayaan di minda, anda mempunyai insentif dan peluang yang besar untuk berjaya. Gambaran di minda amat penting kerana minda separa sedar telah berjaya menggabungkan segala input dan menjadikannya sesuatu yang anda ingini. Lantas, segala anggota dan perbuatan anda akan terarah kepada kejayaan... menjadi seorang juara.
a
Persoalan sikap adalah suatu isu yang amat penting. Sikap di dalam memikirkan tentang diri anda haruslah dilakukan dengan betul. Apabila anda memikirkan tentang kehidupan masa hadapan, fikirkan yang terbaik dan yang terhebat. Anda tidak harus memikirkan untuk menjadi orang 'biasa-biasa aje!' Anda tidak harus mengimpikan menjadi orang yang kedua terbaik. Kenapa perlu anda mengimpikan menjadi seorang guru yang biasa-biasa sedangkan anda mampu menjadi guru yang luarbiasa. Kenapa perlu menginginkan menjadi usahawan biasa-biasa sahaja sedangkan anda ada potensi untuk menjkadi usahawan luarbiasa. Begitu juga di dalam semua lapangan yang anda lakukan. Sasarkan pencapaian yang terbaik dan terhebat.
a
FORMULA: Sikap + Usaha = Pencapaian.
a
Cuba anda bayangkan di dalam minda anda => sikap anda yang positif dan diiringi dengan usaha gigih tanpa mengenal erti jemu bagi mencapai impian. Dan seterusnya gambarkan yang anda mencapai impian yang disasarkan. Jika minda anda mampu melihat gambaran-gambaran ini, pasti anda di dalam proses merealisasikan impian anda untuk menjadi kenyataan.
a
Jika anda inginkan sesuatu yang HEBAT, anda haruslah mempunyai IMPIAN yang HEBAT.
a
ZMS

No comments:

Post a Comment