Saturday, December 20, 2008

Part 3: Kebimbangan Punca Penyakit Kronik

Tahukah anda bahawa kebimbangan boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Pakar-pakar melaporkan penyakit yang mungkin dihidapi oleh orang yang selalu bimbang adalah seperti berikut:
  1. Radang sendi
  2. Kerosakan gigi
  3. Reumatik
  4. Pening kepala (biasa la ni...)
  5. Penyakit 3 serangkai...kencing manis, darah tinggi dan jantung
  6. Barah perut
  7. Tiroid
  8. Dan lain-lain

Dr. Cecil dari Cornell Universiti melaporkan 4 faktor yang menyuburkan lagi penyakit radang sendi ialah:

  1. Kehancuran perkahwinan
  2. Kesepian dan kebimbangan
  3. Kesedihan dan malapetaka kewangan
  4. Dendam kesumat yang tidak kunjung padam

Walaupun terdapat banyak faktor lain yang menyebabkan radang sendi, Dr Cecil mendakwa ke-empat-empat faktor di atas adalah penyebab utama kepada penyakit tersebut. Beliau mempunyai pengalaman peribadi yang terjadi kepada isterinya semasa kegawatan ekonomi. Isteri beliau jatuh sakit radang sendi yang teruk ekoran kesan-kesan kegawatan seperti bekalan gas ke rumahnya diputus, harta-harta yang digadai kepada bank di rampas kerana gagal melunaskan pinjaman. Isterinya telah mengambil pelbagai jenis ubat dan hanya sembuh apabila keadaan kewangannya sihat!

Ulasan

Anda harus duduk sejenak dan menilai kehidupan yang dilalui. Kita sering terlepas pandang tentang keperluan diri sendiri. Memang rakyat Malaysia baik orangnya dan selalu mengutamakan orang lain. Tetapi, sekali-sekala, anda harus memikirkan sesuatu yang terbaik buat diri sendiri. Adakah profession yang anda lakukan adalah yang terbaik? Saya adalah bekas akauntan. Saya tahu betapa mencabarnya kerjaya sebagai akauntan. Tidak kurang juga profession-profession lain. Namun, akauntan selalu terlibat dengan 'dateline' atau 'deadline'. Ingatkan bila siap satu baru sampai satu tugasan lain, tak sempat siap yang satu telah datang 3 atau 4 tugasan baru. Bos-bos selalu ingat kita ni ada 8 pasang mata, 8 pasang tangan dan kaki dan lain-lain. Sebab kefahaman mereka sedemikian rupalah, semua pekerja-pekerja diberi tugasan yang kadang kala tidak logik bagi manusia untuk membuatnya.

Adakah kebimbangan selalu hadir di minda dan benak hati anda? Bimbang kerja tidak siap? Bimbang dimarahi bos? Bimbang duit gaji tidak cukup? dan lain-lain jenis kebimbangan. Jika, 'ya', maka, kerja anda telah membebankan anda dan jika anda tidak bertukar profession atau mengubah suai profession, anda telah menempah bilik wad di Hospital Kuala Lumpur atau mana-mana hospital swasta. Kebimbangan memakan kesihatan secara perlahan-lahan. Apabila anda tersedar, berkemungkinan anda telah terlambat dan segala penyakit telah mula mengetuk pintu anda.

Kajilah diri sendiri. Apakah kegemaran anda? Apakah yang anda suka untuk melakukannya? Mampukah anda memberhentikan bos anda dan anda memulakan sesuatu yang baru? Apakah kesan terburuk yang anda akan terima jika berhenti dari terus bekerja di tempat yang anda tidak suka? Fikir...fikir...fikir...

Rujukan dan Sumber: Dale Carnegie (2003) Bagaimana Menghindari Kebimbangan dan Memulakan Kehidupan. [Terjemahan Yusof Hj Wanjor. Thinkers Library]

ZMS

No comments:

Post a Comment