Sunday, December 28, 2008

Mukesh Ambani - Lelaki Paling Kaya di Asia dan ke 5 di Dunia (Part 3)

Belajar Berniaga
Selain dari mempelajari ilmu bukan akademik bersama Mahendrabhai, Mukesh juga diberi maklumat tentang perniagaan bapanya. Mereka berkongsi maklumat tentang hasrat dan keinginan bapanya untuk membangunkan perniagaan. Sejak dari awal lagi iaitu ketika di sekolah menengah, Mukesh menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk mempelajari selok-belok perniagaan bapanya.


Mengikat Tali Kekeluargaan
Bapa Mukesh amat mementingkan perhubungan yang akrab bersama ahli keluarga. Tanpa mengira betapa sibuknya beliau di pejabat atau betapa tertekannya beliau dengan tugas-tugas perniagaan, bapa Mukesh akan memastikan beliau akan bersama dengan isteri dan anak-anak pada setiap hari ahad. Pada hari bersama keluarga, aktiviti yang dijalankan haruslah bukan berbentuk akademik. Bapa Mukesh adalah seorang pecinta alam semulajadi. Mereka melakukan aktiviti-aktiviti seperti merentas hutan, mandi sungai dan lain-lain. Semasa cuti sekolah, mereka sekeluarga akan melawat ke tempat-tempat menarik di India. Bagi Mukesh, semua aktiviti di zaman kanak-kanak dan remaja, iaitu aktiviti-aktiviti bersama bapanya membentuk keperibadiannya dan menjadi asas dan faktor kejayaannya hari ini.


‘Jangan beri ikan kepada orang yang lapar, tetapi sebaliknya ajarkan mereka cara untuk menangkap ikan’.

Melanjutkan Pelajaran Ke Menara Gading
Selepas tamat pengajian di sekolah tinggi, Mukesh terpaksa membuat keputusan penting tentang pengajiannya di peringkat seterusnya. Bapa beliau tidak mahu terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam proses ini. Mukesh perlu membuat keputusan tentang kursus apa yang patut diikuti dan universiti mana yang akan beliau masuki. Akhirnya beliau mengambil bidang kejuruteraan kimia di UDCT. Mukesh berjaya mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa dan beliau mendapat keputusan cemerlang di dalam pengajian.

4 PERKARA YANG MEMPENGARUHI
KEHIDUPAN DAN KEJAYAAN MUKESH AMBANI
1. BEBAS MEMILIH BIDANG AKADEMIK.
2. MAHENDRABHAI, GURU BUKAN AKADEMIK PERIBADI YANG BERTUGAS MEMBERI PENGETAHUAN AM.
3. KEGIGIHAN BAPANYA MEMBANGUNKAN RELIANCE.
4. HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG RAPAT YANG DISEMAI OLEH BAPANYA.


ANTARA FAKTOR KEJAYAAN MUKESH AMBANI
MEMILIKI IMPIAN DAN MATLAMAT YANG JELAS
KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI
MENIMBA ILMU
MEMILIH JALAN HIDUP YANG BETUL
SENTIASA MENCAPAI KECEMERLANGAN
KESEDARAN DIRI
BERFIKIR DI LUAR KOTAK / KEBIASAAN
‘THINK OUT OF THE BOX’


Pengajian Peringkat MBA
Setelah tamat pengajian di UDCT, Mukesh melakukan pelbagai kerja akademik seperti mengajar dan membuat soalan peperiksaan. Dalam masa yang sama, beliau membuat permohonan untuk mengikuti pengajian di peringkat sarjana di universiti-universiti terkemuka dunia seperti Harvard University, Stanford University dan lain-lain. Beliau diterima masuk dan mula belajar di Stanford University dengan mengikuti pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Mukesh berbangga dengan reputasi baik fakulti dan profesor-profesor yang mengajar beliau. Antara profesor yang banyak memberi kesan kepada kehidupannya ialah Profesor Bill Sharpe (Nobel Laureate) dan Profesor MM Sharma. Bagi Mukesh, profesor-profesor ini membuatkan beliau berfikir di luar kebiasaan (‘think out of the box’). Antara isu-isu yang dibincangkan ialah ‘bagaimana membuat wang di dalam perniagaan kimia?’ dan ‘bagaimana membuat kelainan kepada dunia?’


Selagi kami meletakkan berjuta-juta orang India di tengah-tengah proses pemikiran, selagi kami memikirkan kebajikan mereka, masa hadapan mereka, peluang mereka untuk mengenal diri, kami berada di landasan yang betul. India akan berkembang, makmur dan maju hanya jika mereka berkembang, makmur dan maju. Kita tidak akan berkembang dengan strategi-strategi yang sukar dan tidak praktikal. Kuasa membeli kami, kekuatan ekonomi kami, pasaran kami semuanya bergantung kepada kemakmuran orang kami.
Mukesh Ambani (1957-Kini)
Usahawan Berjaya



Gagal Menamatkan Pengajian MBA
Ketika mengikuti pengajian di Stanford, satu perkara penting telah berlaku di dalam perniagaan bapanya yang memerlukan beliau membuat keputusan sama ada meneruskan pengajian atau menyertai perniagaan bapanya. Reliance telah diberi lesen untuk mengeluarkan polyester. Bapanya menyatakan kepada beliau bahawa projek kilang polyester akan diteruskan sama ada beliau menyertainya atau tidak. Sememangnya membangunkan kilang polyester dan menjalankan perniagaan berasaskan bahan kimia adalah minat dan impian Mukesh. Beliau ingin mengapplikasikan ilmu yang dipelajari dari profesor-profesornya. Lantas, Mukesh membuat keputusan untuk menyertai bapanya dan tidak menamatkan pengajian MBA. Di sini, bermulalah percaturan strategi perniagaan yang membawa kepada pembinaan empayar perniagaan Ambani.
Bersambung.
ZMS

No comments:

Post a Comment