Baris #5: Aku hendak mengambil risiko yang terkira, untuk berimpian dan membina, untuk gagal dan berjaya
Ramai di kalangan masyarakat memilih untuk hidup di dalam keadaan selesa (complacent). Berpuas hati dengan keadaan semasa dan berpuas hati dengan apa yang mereka ada, walaupun kita sering mendengar rungutan ramai bahawa setiap bulan 'akaun mereka balance' atau pun 'akaun mereka memanjangkan negatif' aje! Maksud 'akaun balance' atau 'negatif' ialah duit yang diperolehi dari kerja-kerja makan gaji selalunya cukup-cukup untuk membayar perbelanjaan isi rumah atau sebaliknya sering tidak mencukupi. Namun, mereka masih kekal dengan apa yang mereka lakukan.
a
Situasi yang digambarkan di atas harus diubah. Lakukan reformasi diri, keluarga dan masyarakat dengan berusaha melakukan sesuatu yang di luar zon selesa. Apabila anda melakukan sesuatu yang bukan kebiasaan seperti mencari duit tambahan dengan berniaga kecil-kecilan, sudah pasti terdapat risiko yang perlu ditangani. Risiko modal, risiko masa, risiko pelanggan dan pelbagai jenis risiko yang akan datang menjenguk anda apabila anda mengusahakan sesuatu. Tiada perniagaan yang bebas risiko (risk-free). Untuk lebih berjaya, anda harus pandai menguruskan risiko (risk-management). Anda harus bersiap sedia untuk kesemua risiko yang ada. Oleh itu, senaraikan semua risiko yang mungkin akan mengetuk pintu perniagaan atau apa-apa usaha anda untuk memperbaiki ekonomi diri. Saya cadangkan anda mengambil kertas A4 dan lukiskan kotak dengan dua ruangan. Pada satu ruangan tuliskan tajuk 'Risiko' dan pada ruangan yang lain, tuliskan 'Cadangan Cara-cara Mengatasi Risiko'. Dengan cara ini, anda telah menjangkakan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin menghalang segala usaha anda.
aDi dalam dunia perniagaan, pengurusan risiko adalah penting dan harus diberi perhatian serius. Risiko harus ditaksir pada setiap masa. Taksiran risiko harus dilakukan di permulaan sesuatu usaha dan juga, taksiran ini harus dilakukan secara berterusan iaitu ketika usaha sedang dijalankan. Sebagai ahli perniagaan, baik kecil mahupun besar, baik di internet mahupun di jalanan, anda harus peka dengan risiko yang bakal mengganggu gugat apa yang anda usahakan. Rancanglah perjalanan usaha anda dengan menaksir risiko. Bak kata Sirivat (rujuk artikel saya yang lepas), 'Jangan pandang rendah kepada perniagaan kecil'. Jika anda membaca buku tulisan Dr Rusly, perniagaan kecil atau perniagaan picisan inilah yang telah melahirkan banyak 'jutawan senyap'. Benar! Memang Benar! Dari kajian peribadi saya, di dapati peniaga-peniaga kecil ini mampu mengumpul wang yang banyak. Tetapi yang saya terkilan ialah ramai pendatang asing yang mengambil kesempatan ini dengan melakukan usaha yang tidak mahu dilakukan oleh anak tempatan seperti menjual air dengan menolak kereta sorong di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.
a
Di dalam puisi ini, dinyatakan kesediaan diri untuk mengambil risiko ketika 'berimpian dan membina' ... 'untuk gagal dan berjaya.' Jelas sekali pencipta puisi ini mencadangkan agar setiap insan menaksir dan bersedia untuk mengambil segala bentuk risiko yang ada bagi apa sahaja yang diimpikan dan di dalam pelaksanaan usaha bagi mencapai impian. Sudah pasti di dalam mengusahakan sesuatu bagi mencapai impian, anda ada 2 pilihan sahaja iaitu sama ada berjaya atau gagal. Maka, bersiap sedialah kepada 2 kemungkinan ini. Berjaya atau gagal. Apabila anda telah bersiap sedia, maka, segala apa yang anda kecapi tidak akan menyebabkan anda 'terperanjat' dan 'caught by surprise'.
a
Jika anda telah menjangkakan segala risiko dan bersiap sedia menerima 2 kemungkinan di atas, saya pasti anda akan dapat melakukan sesuatu usaha dengan cara yang paling berkesan dan terbaik dan ini akan dapat mengatasi segala kebimbangan yang mewujudkan keresahan. Jika kebimbangan yang tidak menentu dapat dihapuskan, anda akan melakukan sesuatu tugasan atau usaha dengan tenang hati dan gembira. Anda dapat menikmati kehidupan dan 'enjoy' melakukan sesuatu, dan ini akan dapat memastikan kesihatan diri terjaga dan kekal muda walaupu jasad dimamah usia.
a
Bergembiralah di dalam melakukan usaha bagi mencapai impian kerana masa begitu 'pantas berlari meninggalkan kita'.
a
ZMS
No comments:
Post a Comment