Wednesday, December 17, 2008

Rantaian Peristiwa Membawa Kepada Krisis Ekonomi

Kesan kejatuhan ekonomi kuasa besar dunia, US, telah mula dirasai lewat tahun 2007. Sebenarnya, petunjuk kejatuhan telah dapat dilihat dengan jelas iaitu kenaikan harga minyak dunia secara mendadak. Disebabkan kebergantungan banyak industri (hampir semua) kepada 'emas hitam' (minyak) ini, kesan rantaian dapat dirasai dan dilihat terutamanya kepada harga makanan. Industri dan bekalan makanan sememangnya bergantung kepada harga minyak. Lantas, peningkatan harga minyak yang mendadak telah melonjakkan harga makanan ke paras yang tinggi. Bagaimana? Harga minyak telah menyebabkan kesan rantaian kepada kos pengangkutan, kos penggunaan mesin yang bergantung kepada minyak dan lain-lain.
a
Namun, apa yang benar-benar memaksa kita berfikir ialah setelah harga minyak merudum ke paras di bawah harga sebelum kenaikan, harga makanan tidak berganjak walaupun kerajaan telah meminta perubahan dilakukan. Salah siapa? Jika harga minyak naik, kata mereka, 'Mana boleh tahan, kos meningkat'. Jika harga turun, senyap sepi semua... tiada persatuan itu dan ini yang tampil ke media menyatakan mereka akan turunkan harga. Mungkin, terdapat tycoon atau mereka yang mempunyai keupayaan mengawal pasaran enggan menurunkan harga bagi membolehkan mereka menjana sejumlah keuntungan. Siapa yang manjadi mangsa? Orang awam? Jawapan ada di tangan anda.
a
Kenaikan harga minyak berlaku di pasaran dunia dan kita mendapat kesan langsung, di mana harga minyak dan rantaiannya meningkat mendadak. Harga minyak turun, harga barang-barang dalam rantaiannya tidak turun bersama-samanya!
a
Kejatuhan ekonomi global dapat dilihat dari petunjuk-petunjuk lain seperti peningkatan kadar inflasi dunia, krisis kredit yang menyebabkan bank pelaburan dan syarikat kewangan yang telah bertapak lama dan kukuh jatuh menyembah bumi (bankrap) dan peningkatan pengangguran. Kesan-kesan kejatuhan ekonomi ini mempunyai kesan rantaian kepada sektor-sektor lain. Juga, kejatuhan ekonomi (lebih manis dipanggil kelembapan ekonomi - sebenarnya sama je!) kuasa-kuasa besar (US, UK, Eropah) telah menyebabkan kejatuhan permintaan barangan dan secara langsung dan tidak langsung menyebabkan negara-negara lain yang berurusan dengan mereka akan terbabit sama. Jika kuasa membeli mereka jatuh, mereka tidak mengimport, dan pembekal barang-barang (dan/atau pengilang) di serata dunia tidak mempunyai pembeli seperti sebelum kejatuhan ekonomi. Apabila, syarikat-syarikat yang membekalkan barang-barang kepada kuasa besar ini tiada perniagaan, kesannya kepada orang awam seperti anda dan ramai lagi. Syarikat/Kilang/pejabat terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan ini dan mereka terpaksa menurunkan operasi dan menutup bahagian tertentu ataupun menutup kedai. Sebenarnya, kesan kejatuhan di negara-negara besar turut sama memberi kesan kepada negara lain.
a
Apa yang kita patut lakukan? Tunggu perbincangan seterusnya....
a
ZMS


No comments:

Post a Comment