Wednesday, December 17, 2008

MSS #4: Kapten Kapal Vs Krew ... Minda Sedar Vs Separa Sedar

Tiada kapal yang mempunyai dua orang kapten. Setiap kapal harus mempunyai seorang kapten yang akan mengetuai operasi dan perjalanannya. Kapten kapal akan memberikan arahan, panduan, perbincangan bagi menyelesaikan isu berkaitan dan lain-lain tugas berkaitan. Kapten kapal dapat melihat perjalanan kapal, persekitaran dan krew-krew kapal. Namun, sebahagian besar krew-krew duduk di dalam kapal atau dek di dalam perut kapal. Mereka menjalankan tugas seperti diamanahkan. Mereka tidak dapat melihat keluar atau mempunyai akses seperti kapten kapal. Kapten kapal akan memberikan arahan berdasarkan pandangan, pengalaman dan ilmu yang dimilikinya. Manakala, krew-krew di bilik enjin, cafe dan lain-lain menantikan arahan dan melakukan tugas seperti yang diarahkan.
a
Minda sedar adalah seperti kapten kapal, di mana ianya memberi arahan kepada minda separa sedar (krew-krew). Jika kapten kapal memberikan arahan yang salah atau tidak tepat, krew-krew akan menurutinya. Kapal akan menghentam batu atau ketulan ais jika kapten (minda sedar) memberikan arahan yang salah. Minda separa sedar tidak dapat membezakan perkara sebenar atau bukan perkara sebenar, ianya menerima apa yang diberi atau diarahkan oleh minda sedar 'bulat-bulat'. Apa sahaja yang dipercayai dan diterima oleh minda sedar, minda separa sedar akan menyerapnya dan menerimanya. Minda separa sedar tidak akan menyoal input-input yang diterimanya.
a
Maka, anda harus berhati-hati dengan input yang anda masukkan ke dalam minda dan seterusnya diterima 'bulat-bulat' oleh minda separa sedar (saya ada menyentuh isu ini di dalam buku SPBUB - strategi yang diguna oleh orang paling kaya). Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap kepada diri dengan perkataan-perkataan negatif seperti 'Aku tidak boleh', 'Tak mampulah', 'Siapa aku...', 'Confirm fail lah', 'Mana boleh buat', 'Meniaga?!! Tak sorang pun keluarga aku meniaga! Mana boleh', 'Pantang nenek moyang aku buat meniaga', 'Mana ada modal?', 'Ishhh, hilang akal kau suruh aku bercakap kat depan...', 'Saya tak mampu membelinya...', dan pelbagai lagi.
a
Apabila minda sedar menerima perkataan ini, ianya akan dipindahkan ke minda separa sedar. Minda separa sedar menerima 'bulat-bulat' dan menyimpan di dalam stornya. Maka, segala perbuatan yang akan anda lakukan akan diberi kesan kerana minda separa sedar akan merujuk kepada stor dan perkataan negatif ini sering memberi tindak balas. Anda tidak sedar bahawa minda separa sedar akan merujuk kepada perkara negatif yang disimpannya dan anggota serta tindakan badan akan beroperasi di dalam konteks perkataan negatif ini. Anda akan mengalami kehidupan yang seiring dengan perkataan negatif ini. Dengan itu, anda akan sering berkata 'sudah takdir menentukan hidup aku sebegini'. Anda akan percaya keadaan yang menetukan anda hidup sedemikian.
a
Selalulah berkata 'Aku BOLEH...', 'mampu melakukan...' dan segala perkataan yang positif. Memang agak janggal kerana kita telah banyak menyimpan perkataan negatif sejak kecil lagi. Tetapi, keadaan ini boleh diubah. Lakukannya dengan TEKAD. Anda harus mengubah minda anda sendiri dan tiada orang lain yang mampu memaksa atau melakukannya bagi pihak anda. Kadang-kadang, mulut kita ni ringan, selalu nak cakap negatif. Terlepas cakap. Ambil tindakan sewajarnya, jika tercakap juga. Jangan habiskan kenyataan negatif sebaik sahaj anda tersedar yang anda bercakap negatif. Songsangkannya (reverse) kepada perkataan positif dengan serta merta. Lama-kelamaan anda akan terbiasa.
a
Saya ada banyak pengalaman peribadi tentang perkataan positif dan negatif ini. Ianya memang memberi kesan kepada kehidupan. Jika kita berkata BOLEH, MAMPU dan apa-apa yang positif, ianya akan menjadi kenyataan. Cuma, sama cepat atau lambat. Pasti akan menjadi kenyataan.
a
'UBAH PEMIKIRAN ANDA, NESCAYA IANYA AKAN MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA'
A
ZMS

No comments:

Post a Comment