Monday, December 22, 2008

Kerja Kuat Makan Gaji - Hidup Tertekan Sampai Sakit, Mahalnya Sebuah Kejayaan

D. Carnegie melaporkan Dr. Habien dari Mayo Clinic membentangkan kertas kerjanya yang memberi bukti bahawa sepertiga dari 176 pegawai eksekutif Amerika (sampel kajiannya) yang umumnya berusia 44.3 tahun mengalami penyakit kesan dari tekanan bekerja. Antara penyakit popular dari kerja kuat hingga mengalami hidup tertekan ialah barah saluran penghadaman, tekanan darah tinggi dan jantung.
a
Komen saya ialah betapa hebatnya insan-insan ini bekerja sehingga menggadaikan kesihatan badan demi kemajuan organisasi. Pada usia kurang dari 45 tahun, eksekutif-eksekutif ini telah 'berjaya' disenaraikan sebagai penghidap penyakit kronik. Bukan 70, 60 atau 50 tahun! Betapa tinggi nilainya sebuah kejayaan. Kejayaan ini bukanlah milik perniagaan peribadi, tetapi hanyalah makan gaji.
a
Jika eksekutif-eksekutif ini jatuh sakit dan terlantar di hospital, saya pasti syarikatnya tidak akan menjaga dan merawat mereka setiap hari seperti mana mereka menjaga syarikat setiap hari sehingga jatuh sakit. Yang menjaga mereka hanyalah isteri dan anak-anak. Kesian mereka, hanyalah disebabkan hendak menjaga BOS, suami/isteri terlantar di hospital! Orang yang gila bekerja selalunya bekerja 24 jam... sehari. Walaupun tiada kertas di hadapan mata, otak mereka sentiasa berfikir tentang kerja, handphone dan PDA sentiasa mengiringi mereka 24 jam!
a
Cuba anda fikirkan bagaimana dan di mana diri anda di dalam konteks ini. Adakah serupa? sama? Jangan tipu diri sendiri. Terimalah kenyataan walaupun pedih dan pahit untuk ditelan. Belum terlambat untuk membuat keputusan penting tentang kehidupan dan karier. Jika anda ragu-ragu, e-mail saya... Saya pasti, rakyat Malaysia memang kuat bekerja. Semasa saya di UK, pemerhatian saya, rakyat Malaysia, jauh... jauh... jauh... lebih kuat bekerja (saya banding pekerja di Wales dan beberapa bandar besar di UK dengan KL). Tepat Jam 5 , berduyun-duyun pekerja pulang dari premis pejabat. Jika saya sedang bekerja, ramai yang akan menyapa dan bertanya bila hendak pulang. Di Malaysia, jika pulang tepat pada masa (jam 5.00 pm), anda akan dilabel sebagai malas atau tidak komited. Lagi lambat keluar dari pejabat, kita dianggap wira syarikat, rajin, komited dan sebagainya. Tetapi, BONUS belum tentu... ada kriteria extra iaitu bodek membodek (hanya di segelintir organisasi kot?).
a
Biarlah diri ini tidak berjawatan, tidak popular, tidak disanjungi asalkan kita puas... Oleh itu lakukan apa yang anda gembira melakukannya. Lakukan sesuatu yang menghiburkan hati dari meberikan tekanan yang tidak tentu fasal. Boleh jadi sasau / gila jika kita tidak menjaga diri. Sebab itulah ramai penulis dan mereka yang telah berjaya mencadangkan kita melakukan hobi sebagai kerjaya. Hati senang walaupun tak berduit. Kadangkala, lebih banyak dari makan gaji. Anda boleh lakukan apa sahaja yang anda inginkan. Tiada siapa yang akan kacau anda ... isteripun gembira kerana suami di depan mata ... kadang-kadang 'ada bising sikit la... asyik depan komputer'. Itu isu lain, otak lelaki dan perempuan berbeza, maka, aksesori dan cara mereka berbeza... mereka cakap banyak bukan untuk berleter, tetapi untuk berhubungan, berkomunikasi... opppss dah masuk topik lain. Nak cerita isu lelaki dan perempuan akan memakan masa berjam-jam kerana saya sering dipanggil memberi ceramah tentang kajian saintifik/biologi dll dan bagaimana kelakuan lelaki dan perempuan (paling kurang 2 jam). Very interesting.
a
Fikir-fikirkanlah!
a
ZMS
a
Rujukan dan Sumber: Dale Carnegie (2003) Bagaimana Menghindari Kebimbangan dan Memulakan Kehidupan. [Terjemahan Yusof Hj Wanjor. Thinkers Library]

No comments:

Post a Comment