Wednesday, December 17, 2008

"Imagination Is More Important Than Knowledge" - Albert Einstein

Kata-Kata Mutiara
“Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand.”
a
-Albert Einstein [1879-1955]-
-Pemenang Hadiah Nobel 1921-
a
a
Seperti kata hikmah di atas, ramai saintis otak mengakui imaginasi adalah sesuatu yang bakal menghasilkan output yang hebat. Imaginasi adalah melibatkan pengoperasian minda separa sedar. Ianya menggembeleng segala informasi di dalam stor minda separa sedar dan proses ini berlaku tanpa dirancang. Seorang saintis otak, Walter Freeman yang menulis buku How Brains Make Up Their Minds memberi komen berikut: 'all that we can know comes through the imagination, which allows us to genaralize and abstract to create the internal structures with which we act and understand.'
a
Proses imaginasi berlaku bukan sahaja di dalam minda, bahkan ianya melibatkan semua deria seperti penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan perasaan. Sebagaimana memori di dalam minda, proses imaginasi adalah melibatkan operasi neuron-neuron minda sedar dan separa sedar dan semua ini saling berinteraksi antara satu sama lain di dalam otak. Sebagai insan yang ingin menjadi insan luar biasa, anda harus selalu melakukan imaginasi. Biarlah apa yang orang lain hendak kata kepada anda, asalkan anda tahu apa yang anda lakukan. Melalui imaginasilah, banyak idea-idea canggih bercambah bagi memperbaiki kehidupan manusia. Imaginasi di dalam minda adalah satu proses yang sangat hebat.
a
Ahli psikologi dari Loughborough University, UK telah berjaya membuktikan bahawa atlet sukan bejaya membuat perubahan diri sebanyak 90% dengan menggunakan teknik penggambaran diri/visual mencapai prestasi paling tinggi. Sebenarnya, atlet-atlet di barat dilatih untuk menggunakan minda dan tenaga fizikal mereka.
a
Di dalam industri jualan seperti insuran, MLM dan sebagainya, mereka yang terlibat telah menggunakan teknik ini untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Setiap individu yang terlibat akan menggambarkan diri mereka berjaya meraih jualan yang tinggi. Selalunya, setiap dari mereka akan mengambil gambar-gambar rumah dan kereta mewah. Ada yang meng'super impose' kan gambar mereka di atas gambar-gambar rumah dan kereta. Mereka dikehendaki agar selalu melihat gambar-gambar tersebut seolah-olah mereka telah berjaya. Dengan cara ini, mereka dapat menghasilkan prestasi yang sangat hebat.
a
Nota: Rujukan: [1] Davies, P. (2004). eureka! London: Hodder Mobius. [2] Pelbagai websites.
a
ZMS

No comments:

Post a Comment