Sunday, December 21, 2008

Minda dan Pemprosesan Maklumat

Otak adalah mesin yang sangat kompleks dan pemahaman mengenai cara operasinya masih dikaji. Pakar psikologi dan psikatri menyatakan apabila pemikiran atau pelajaran memasuki minda separa sedar, pandangan dibuat di dalam sel-sel minda. Ini bermaksud apabila anda membaca atau melihat atau apa-apa sahaja, maklumat dipindahkan ke minda separa sedar dan secara automatik terjemahan dalam bentuk pandangan terjadi.
a
Sebaik sahaja minda separa sedar menerima sesuatu idea, ianya akan memberi tindak balas dalam pelbagai bentuk secara serta merta. Sebagaimana yang saya nyatakan di atas, sel-sel di dalam mesin yang paling kompleks ini (otak kita) akan akan berhubung bagi menggabungkan idea dan setiap cebisan pengetahuan @ ilmu yang telah anda kumpulkan sepanjang hayat hingga ke hari ini bagi menghasilkan output yang dikehendaki. Oleh itu, jika anda mempunyai banyak perkataan, sikap atau pandangan negatif yang telah masuk ke dalam otak / minda, jawapan atau tindakan yang bakal anda ambil setelah menerima sesuatu maklumat lebih cenderung ke arah negatif.
a
Anda haruslah sentiasa berfikiran positif. Banyakkan membaca kerana ianya akan menjadi input positif kepada minda. Secara berterusan, cuba keluarkan input negatif yang telah bertapak dan bersarang di dalam minda sejak sekian lama dan gantikan dengan input positif (saya telah membincangkan isu penggantian input negatif dengan positif di dalam artikel terdahulu). Apabila banyak input positif di dalam minda, anda mempunyai kuasa luarbiasa dalaman yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dan meletakkan diri anda ke suatu tahap yang lebih baik.
a
Telah terbukti bahawa segala penyelesaian kepada masalah atau apa yang kita cari di dalam kehidupan berpunca dari minda. Serlahkan potensi anda dan tunjukkan kepada dunia bahawa anda hebat dengan membetulkan segala kekurangan di dalam minda. PASTI ANDA BOLEH!

No comments:

Post a Comment