Thursday, December 18, 2008

Penetapan Matlamat Yang Unggul

Insan hebat tidak akan duduk berdiam diri tanpa melakukan apa-apa. Insan hebat selalunya mempunyai impian besar dan bertindak untuk mengejar impian tersebut. Minda mereka akan sentiasa berfikir dan mencari jalan bagaimana mereka boleh mencapainya. Di dalam proses untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, sikap, pemikiran, kelakuan dan diri mereka akan berubah dari seorang yang 'biasa-biasa' kepada seorang yang 'luar biasa'.
a
Insan-insan hebat ini akan melalui pelbagai onak duri dan ranjau. Mungkin mereka akan mengalami kegagalan demi kegagalan. Kedai menjadi usang. Harta mungkin diambil alih kerana kegagalan membayar hutang bank. Kereta baru terpaksa ditukar kepada kereta buruk. Syarikat terpaksa ditutup. Hubungan dengan rakan atau keluarga terputus.
a
Pelbagai peristiwa mungkin terjadi di dalam proses mengejar impian, namun, yang lebih penting ialah bagaimana diri anda berubah. Dari seorang yang berbeza suatu masa dahulu kepada diri anda sekarang. Anda telah mempelajari pelbagai perkara. Anda memperolehi pelbagai kemahiran. Diri anda benar-benar telah berubah menjadi seorang yang baru yang tidak pernah anda impikan. Inilah kos sebuah kehidupan. Inilah ganjaran kepada usaha untuk mengecapi kejayaan dan kecemerlangan. Inilah erti sebuah kejayaan. Oleh itu anda harus menetapkan matlamat yang cukup besar agar di dalam proses mencapai kejayaan, diri anda akan berubah kepada keadaan dan situasi yang amat berharga.
a
Di dalam proses mencapai kejayaan, jadilah orang yang terbaik, lebih baik dari semalam. Lebih berpengalaman, lebih berkemahiran. Tiada siapa yang dapat merampas kemahiran dan segala kualiti yang ada pada diri anda. Bank atau 'Ah Long' boleh merampas harta anda. Pemiutang boleh menyeret anda ke mahkamah dan menjadikan anda muflis, merampas kereta dan harta. Mereka boleh menyebabkan anda mengubah gaya hidup. Berpakaian buruk dan berkereta buruk buat sementara waktu. Tetapi yang pasti ialah mereka tidak boleh merampas apa yang ada di dalam diri anda. Kemahiran, pengalaman dan perubahan yang terjadi pada diri anda tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun.
a
Jadilah seorang yang terbaik dengan BERIMPIAN BESAR.
A
ZMS

No comments:

Post a Comment