Untuk lebih maju di dalam kehidupan, anda harus sentiasa terangsang dengan pelbagai peluang yang tersedia di hadapan mata anda. Di dalam negara yang makmur seperti Malaysia, pelbagai peluang untuk memajukan diri terbuka untuk semua rakyat. 'Tepuk dada, tanya selera'. Pasti terdapat banyak peluang-peluang yang menanti anda untuk meletakkan usaha bagi merealisasikan pulangan yang diimpikan. Tiada siapa yang ada hak untuk menghalang anda dari menggapai impian dan matlamat. 'Buka mata, buka telinga'. Akan kelihatan dan kedengaran suara-suara yang menyapa dan menunjukkan peluang yang ada. Terpulanglah kepada anda untuk memilih dan menggembelengkan tenaga bagi mencapai apa yang dihajati.
a
Sebagai seorang yang bijak dan ingin menjadi seorang yang luar biasa, anda harus mempunyai harga diri untuk memiliki sesuatu hasil dari titik peluh sendiri. Ianya terhasil dari ransangan untuk lebih maju ke hadapan dari hari ke hari tanpa bergantung kepada sebarang sumbangan. Apa salahnya menerima sumbangan? Memang tidak salah menerima sumbangan. Tetapi, jika anda masih mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berusaha, mengapa perlu anda menukar rangsangan untuk berjaya dengan sebuah bantuan. Jika, badan masih bertenaga, khudrat masih ada, adalah lebih mulia sekiranya anda berusaha dengan gigih bagi mengubah nasib diri. Dalam keadaan sebegini, anda tidak memerlukan bantuan.
a
Berusahalah... dan terus berusaha bagi mencapai apa yang diimpikan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, letakkan usaha secukupnya dan bertindak atas rangsangan-rangsangan yang ada dan menarik bagi mengubah nasib diri. Janganlah disebabkan ingin menggunakan jalan mudah, anda dengan rela hati menukar rangsangan dengan sumbangan. Lakukan sendiri... usahakan sendiri demi maruah, pencapaian dan kejayaan peribadi. Jadilah insan LUARBIASA, dan bukan BIASA-BIASA aje!
a
ZMS
a
No comments:
Post a Comment