Saturday, December 20, 2008

Part 2: Kebimbangan Punca Penyakit Kronik

Seorang doktor terkenal ada menyatakan bahawa kebimbangan adalah punca kepada banyak penyakit. Beliau menasihati para usahawan dengan berkata, "Usahawan yang tidak dapat mengatasi kebimbangan akan mati dalam usia muda." Beliau juga menegaskan bahawa kesan dari kebimbangan tidak mengenal siapa. Adakah berbaloi bagi anda mempertaruhkan kesihatan diri dan nyawa dengan berada dalam kebimbangan yang berpunca dari profession atau apa-apa yang anda lakukan? Adalah lebih baik tidak berduit dari seorang berpangkat tinggi atau jutawan yang penuh dengan kebimbangan yang akhirnya meragut nyawanya.
a
Dr. Gober, O. F., yang bertugas sebagai eksekutif perubatan di syarikat keretapi Santa Fe menyokong fakta di atas dengan menyatakan "tujuh puluh peratus dapat menyembuhkan diri mereka sendiri seandainya mereka dapat bebas dari ketakutan serta kebimbangan. Jangan salah faham. Saya tidak mengatakan bahawa sakit mereka hanya khayalan sahaja... Mereka betul-betul sakit. Sepertimana benarnya rasa denyutan sakit gigi dan kadang-kadang rasanya seratus kali lebih pedih. Penyakit yang saya maksudkan meliputi gangguan penghadaman, barah usus, sakit jantung, tidak dapat tidur, beberapa jenis sakit kepala dan bermacam-macam jenis kelumpuhan." Beliau menegaskan lagi "Penyakit ini betul-betul ada. Saya tahu apa yang saya katakan ... sebab saya sendiri pernah menderita sakit barah usus selama dua belas tahun."
a
Dr. Gober menyambung "Ketakutan menyebabkan kebimbangan. Kebimbangan membuatkan anda tertekan, gelisah dan mempengaruhi saraf perut yang sebenarnya mengubah jus gastrik perut dari keadaan biasa menjadi luar biasa. Malahan sering kali mengarah kepada timbulnya barah perut." Seorang lagi doktor, Dr. Alvarez menegaskan barah akan naik atau turun apabila tekanan emosi meningkat atau turun. Klinik tempat Dr. Alvarez bertugas menjalankan penyelidikan ke atas 15,000 pesakit yang menderita akibat sakit perut mendapati empat dari lima pesakit adalah bukan berpunca dari sakit fizikal. Klinik tersebut mendakwa ketakutan, kebimbangan, kebencian, mementingkan diri sendiri dan kegagalan menyesuaikan diri dengan kenyataan hidup menyebabkan gangguan sakit perut.
q
Kesemua kenyataan di atas adalah disokong oleh Dr Montague dan mendakwa "anda tidak akan menderita barah perut kerana makanan yang anda makan. Anda menderita barah perut kerana sesuatu yang memakan anda." Yang lebih memeranjatkan tentang isu ini apabila Dr. Habien melaporkan satu per tiga dari pegawai eksekutif sampel kajiannya menderita kerana hidup mereka tertekan dan mendapat penyakit seperti sakit jantung, barah saluran penghadaman, dan tekanan darah tinggi. Tingginya harga sebuah kejayaan! Ramainya yang sanggup menukar ganti kesihatan dengan kejayaan di tempat kerja.
a
Analisis & Ulasan
Ramai rakyat Malaysia kuat bekerja. Mereka mula bekerja jam 8.00 atau 9.00 pagi, keluar makan tengahari jam 1.00 dan sepatutnya habis jam 5.00 petang, tetapi hanya pulang ke rumah jam 10.00 atau 11.00 malam. Jika balik awal, takut-takut bos labelkan sebagai tidak komited atau malas bekerja. Ramai yang tidak gembira dengan kerja mereka, tetapi tiada pilihan lain. Tidak kurang pula yang 'menyampah' dengan bos atau bos-bos mereka. Cuma, mereka bertahan di situ hanya disebabkan hujung bulan mereka menerima sejumlah imbuhan. Ramai tidak menikmati (enjoy) apa yang mereka lakukan. Tidak kurang pulang yang setiap pagi tidak mahu ke pejabat tetapi terpaksa pergi, takut nanti dapur tidak berasap.
a
Sering kali terdengar ramai di kalangan masyarakat merungut dengan kerja mereka. Mereka bimbang dan bimbang sepanjang masa. Bimbang kerja tidak siap; bimbang kerja tidak sempurna; bimbang keadaan kegawatan ekonomi; bimbang kena retrench; bimbang ... bimbang ... bimbang ... Ada yang tertekan dengan tugas pejabat. Dateline itu, dateline ini. Semuanya urgent, tiada yang tak urgent melainkan semuanya urgent.
a
Cuba anda fikir isu berikut: anda kononnya ingin komited dengan kerja. Anda lakukan semua berdasarkan arahan. Anda kerja siang dan malam. Kerja lebih dari masa pejabat dan selalu pulang lewat. Anda menyumbangkan jiwa raga ke atas kerja. Bila sudah siap tugasan, anda serahkan kepada pihak atasan. Punyalah penat menyiapkan kerja, tetapi, anda dipanggil dan diberitahu, itu dan ini tak kena dan dikehendaki buat semula. Anda terpaksa buat kerja hingga lewat malam. Silap-silap anda terpaksa datang ke pejabat hari sabtu dan ahad.
a
Rutin kehidupan sebegini berulang dari tahun ke tahun sehinggalah anda jatuh sakit. Rakan-rakan pejabat datang melawat anda. Tetapi, mampukah bos dan rakan sekerja melawat anda setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Sanggupkah mereka tunggu anda hingga lewat malam seperti mana anda menyiapkan kerja pejabat hingga lewat malam? Sorry, 'kita professional, that is your duty' perkataan yang selalu kedengaran. Sekiranya anda terlantar untuk tempoh yang lama, silap hari bulan anda dinasihatkan berhenti kerja.
a
Berbaloikah pengorbanan dan kebimbangan yang anda tanggung selama ini? Yang sentiasa ada di sisi anda hanyalah ahli keluarga. Bos dan rakan sekerja tidak mampu untuk membantu anda sepanjang masa. Datang melawat sekali pun sudah cukup baik. Bagi bos-bos, apa yang anda lakukan adalah sebahagian dari bidang kerja anda. Sudah terima gaji, kira OK lah. Mereka juga ada keluarga untuk dilihat. Kalau sudah sakit, tidak perlu ke pejabat, syarikat boleh cari pengganti. Paling tidak, mereka akan berkata 'kamu rehatlah dulu, sebulan dua. Kalau hendak lama, bersara awal.' Itu sahaja yang mereka mampu lakukan untuk anda. Fikirlah...
a
Seharusnya anda melakukan sesuatu yang anda gemar dan menikmati melakukannya. Jika anda suka melakukan sesuatu, anda tidak akan merasa bimbang dan tidak perlu mengorbankan kesihatan anda. Jika anda melakukan sesuatu yang anda seronok melakukannya, anda tidak perlu risau tentang pelbagai perkara. Seharusnya anda memikirkan bagaimana menjadikan hobi sebagai profesion supaya anda bebas dari kebimbangan. Lakukan sesuatu yang anda minat dan suka untuk melakukannya.
a
ZMS
a
a
Rujukan dan Sumber: Dale Carnegie (2003) Bagaimana Menghindari Kebimbangan dan Memulakan Kehidupan. [Terjemahan Yusof Hj Wanjor. Thinkers Library]
a
ZMS
a

No comments:

Post a Comment