Penglibatan Lakshmi di dalam perniagaan besi bermula dari penyertaan beliau dalam perniagaan keluarganya dalam tahun 1976. Dengan pengetahuan yang dimiliki, bapa Lakshmi bersetuju dengan cadangan beliau untuk menubuhkan bahagian antarabangsa. Dengan restu bapanya, Lakshmi mengorak langkah bagi merealisasikan cita-cita dan matlamat untuk mencipta nama di dalam industri besi. Di dalam tahun yang sama, dia menubuhkan Mittal Steel. Lakshmi membuat pelaburan pertamanya dengan membeli sebuah kilang besi yang hampir muflis di Indonesia. Hasil usaha yang gigih dan juga dengan pengetahuan yang ada, Lakshmi melancarkan usaha untuk membaik pulih operasi kilang tersebut. Usaha ini mula menampakkan hasil apabila kilang tersebut menunjukkan pemulihan kedudukan kewangan dalam masa yang singkat.
a
Kejayaan ini memberi inspirasi dan menguatkan semangat beliau untuk lebih maju di dalam industri pilihan beliau. Lakshmi percaya dengan berusaha keras, gigih dan tidak mudah berputus asa, kejayaan akan pasti menjenguk ke pintu pejabat beliau. Bagi beliau, berusaha keras sahaja tidak memadai, seseorang itu harus berusaha melebihi pesaing mereka.

ZMS
No comments:
Post a Comment