Tuesday, December 23, 2008

Jika Anda Tidak Berubah, Anda Akan Pupus!

Gambar 'cheese' ini adalah sebahagian dari bahan kursus motivasi saya yang lalu. Ianya menceritakan bahawa di dalam kehidupan kita ini, perubahan sentiasa berlaku. Baik perubahan dalam persekitaran, mahupun dalam diri setiap individu. Dahulu, telegram adalah medium komunikasi terpantas untuk menyampaikan maklumat penting dan segera. Sekarang, telegram telah ditelan zaman. Kita menggunakan e-mail, sms dan lain-lain yang mampu menyampaikan maklumat lebih pantas dan pada kos murah. Jika anda tidak berubah seiring dengan perubahan persekitaran dan teknologi ini, anda adalah orang yang ketinggalan zaman dan akan diabaikan oleh persekitaran. Dengan kata lain, anda akan pupus.

Terdapat banyak lagi perkara, teknologi, amalan, cara-cara melakukan sesuatu yang telah berubah. Kita tidak boleh hidup dengan tidak berubah. Anda dan saya harus berubah seiring dengan peredaran zaman dan perubahan-perubahan yang terjadi di sekeliling kita. Oleh itu, sentiasalah perhatikan perubahan pada persekitaran dan ubahlah diri anda. Sesungguhnya, perubahan itu adalah sukar, tetapi ianya amat perlu untuk memastikan anda tidak ketinggalan zaman. Orang yang hebat dan berjaya adalah orang yang peka kepada perubahan persekitaran.
as
Catatan di atas 'Cheese' ini adalah dipetik dari sebuah buku popular yang telah dijual lebih dari 12 juta naskah di serata dunia [Dr. Spencer Johnson, 1998, Who Moved My Cheese? London: Vermillon]. Buku ini telah menjadi inspirasi untuk mengubah diri oleh ramai insan di serata dunia. Ceritanya amat mudah iaitu hanya menjadikan 2 ekor tikus dan 2 orang kerdil sebagai metaphor. Ceritanya membuka mata bahawa manusia mempunyai otak dan persekitaran yang kompleks yang menyebabkan mereka sukar berubah berbanding tikus.

Berikut ialah catatan di atas 'cheese':

  • Change Happens
  • Anticipate Change
  • Monitor Change
  • Adapt to Change Quickly
  • Change
  • Enjoy Change!
  • Be Ready To Change Quickly And Enjoy It Again & Again

Selamat maju jaya!
a
ZMS

No comments:

Post a Comment