Berikut ialah petikan tips kejayaan Warren Buffet dari buku 'Strategi Paling Berkesan Untuk Berjaya'.
a
Warren menasihati agar usahawan melaburkan semula keuntungan yang diperolehi di dalam perniagaan. Beliau percaya setiap individu mampu menguruskan kehidupan dengan hanya bergantung kepada gaji yang diperolehi dari perniagaan. Bagi beliau, keuntungan yang diperolehi haruslah dikembalikan kepada perniagaan sebagai modal bagi meraih lebih banyak keuntungan. Semasa di sekolah tinggi, Warren membeli mesin permainan ‘pinball’ untuk tujuan perniagaan dan ditempatkan di kedai gunting rambut. Keuntungan dari perniagaan ini dilaburkan semula untuk membeli lebih banyak mesin ‘pinball’ sehingga beliau dan rakan kongsi memiliki 8 unit mesin ‘pinball’ yang ditempatkan di kedai berbeza. Setelah perniagaan ini dijual oleh mereka, Warren terus melaburkan duitnya di dalam perniagaan lain dan berjaya mengumpul duit sejumlah USD174,000 (atau bersamaan dengan USD1.4 juta jika dinilai pada nilai matawang pada masa kini).
a
Pelajaran yang boleh diperolehi dari kisah ini ialah seorang usahawan haruslah berhati-hati dengan duit modal dan keuntungan yang diperolehi. Mereka tidak harus membelanjakan duit hasil perniagaan sewenang-wenangnya untuk tujuan selain perniagaan. Warren amat berhati-hati membelanjakan duit miliknya sehinggakan ketika berkahwin dengan Susie, mereka hanya tinggal di rumah buruk yang tidak sepadan dengan jumlah duit yang dimilikinya!

No comments:
Post a Comment