Wednesday, December 24, 2008

Kisah Lakshmi Mittal - Orang Ke 4 Paling Kaya Di Dunia (Part 2)

Perjuangan Perniagaan
Kejayaan Lakshmi Mittal berpunca dari sikap dan ciri-ciri peribadi hebat yang dimilikinya. Beliau mempunyai matlamat dan wawasan yang jelas di samping ilmu pengetahuan di dalam pelbagai bidang yang dipraktikkan di dalam urusan pemiagaan. Di dalam membangunkan empayar pemiagaan di peringkat antarabangsa, Lakshmi menggunakan kebijaksanaannya dengan membeli kilang besi bermasalah milik kerajaan dan seterusnya dengan melaksanakan program pemulihan kewangan dan operasi.
a
a
Usaha keras menjamin kejayaan jangkamasa panjang. Hari ini ramai orang bekerja kuat, maka anda harus bekerja lebih kuat dan memberi lebih tumpuan kepada apa yang anda lakukan dan ingin dicapai.
Lakshmi Mittal (1950-Kini)
Usahawan Berjaya

a
a
Menempa Kejayaan di Peringkat Antarabangsa
Beliau terus menempa kejayaan di persada antarabangsa. Kejayaan yang amat bermakna dan membanggakan berlaku di dalam tahun 1989 apabila beliau melakukan baik pulih perniagaan yang mengalami ‘kerugian luar biasa’ yang ditubuhkan oleh kerajaan Trinidad dan Tobago. Syarikat-syarikat ini membuat kerugian yang amat besar iaitu USD1 juta dalam 1 hari! Dengan kematangan, pengalaman, ilmu dan sumber yang ada, Lakshmi mengubah nasib perniagaan-perniagaan yang diambil alih dalam masa 1 tahun. Beliau dengan jayanya menggandakan pengeluaran kepada 2 kali ganda sebelum beliau mengambil alih. Perniagaan-perniagaan tersebut menjana keuntungan yang membanggakan. Kejayaan ini memberi tamparan hebat dan kejutan kepada perunding-perunding dan tenaga pakar dari Amerika dan Jerman yang gagal membaik pulih perniagaan-perniagaan tersebut.
a
a
Pengambilalihan Syarikat Besi di Mexico
Kejayaan Lakshmi membaik pulih perniagaan-perniagaan bermasalah menambahkan lagi keyakinan akan kemampuan beliau untuk memperkukuhkan kedudukan di dalam industri besi dunia. Beliau tidak lagi menoleh kebelakang. Dalam tahun 1992, Lakshmi membeli syarikat pengeluar besi ketiga terbesar di Mexico (Sicartsa) pada harga USD220 juta. Usaha beliau tidak terhenti di situ sahaja. Lakshmi bertindak dengan matlamat yang jelas untuk menguasai industri besi.
a
Jati diri, yakin diri, ilmu dan pengalaman diadun sebaik mungkin. Di Mexico, Lakshmi membeli sebuah lagi syarikat pengeluar besi iaitu Siderurgica del Balsas SA. Tindakan pembelian susulan di lain-lain negara dibuat dengan penuh yakin. Lakshmi mengembangkan sayap perniagaannya dengan pembelian syarikat-syarikat pengeluar besi di Kanada, Jerman dan beberapa negara lagi.
a
Kejayaan Tanpa Had
Keberanian, bakat dan keyakinan Lakshmi menyebabkan beliau tidak berpuashati dengan pencapaiannya pada ketika itu. Beliau terus menawan syarikat pengeluar besi milik kerajaan Kazakstan. Beliau menamakan semula syarikat tersebut sebagai Ispat Karmet. Walaupun pelaburan yang dibuat berisiko tinggi, Lakshmi berjaya menukar syarikat yang dalam kerugian kepada menguntungkan. Dalam masa setahun, pengeluaran menjadi dua kali ganda iaitu dari 120,000 tan kepada 250,000 tan besi. Lakshmi sememangnya seorang ahli pemiagaan yang bermotivasi dan pandai menjangka peluang. Dalam tahun yang sama, beliau menubuhkan 2 buah syarikat bagi menyokong pemiagaannya dari aspek keperluan teknikal dan khidmat komersil. Ispat International Ltd dan Ispat Shipping ditubuhkan bagi menyokong pemiagaan sampingan.
a
Menawan Industri Besi di Eropah
Selain dari pasaran besi di Indonesia, Kazakstan, Trinidad, Tobago dan Mexico, Lakshmi turut memasuki pasaran Eropah melalui pengambilalihan kilang besi di Hamburg, Jerman. Dengan semua pengambil alihan ini, syarikat kumpulan beliau berjaya membuat pengeluaran besi pada tahap 11.2 juta tan. Syarikat kepunyaan Lakshmi merupakan pengeluar besi terbesar dunia dengan penghantaran melebihi 42 juta tan besi dan keuntungan melebihi USD22 billion pada tahun 2004.
a
Koleksi Kilang Besi Serata Dunia
Empayar perniagaan pengeluaran besi Lakshmi meliputi 14 buah negara termasuk Indonesia, Mexico, Amerika, Poland, Afrika Selatan, Trinidad, Asia dan negara-negara Eropah. Dalam tahun 2006, Lakshmi berjaya mengambil alih syarikat besi gergasi Eropah, Arselor SA pada harga USDS 3 billion. Kumpulan syarikat milik Lakshmi menjadi entiti pengeluar besi terbesar dunia pada kapasiti melebihi 100 juta tan besi. Entiti ini dipanggil sebagai Arcelor Mittal, yang mana keluarga Lakshmi memiliki 43.6 peratus kepentingan kumpulan.
a
ZMS

No comments:

Post a Comment