Fikirkan situasi berikut. Ketika anda membaca blog saya, dalam masa yang sama, anda juga berhadapan dengan pelbagai aktiviti dan ransangan lain seperti pandangan, bunyi, bau, rasa dan perasaan (kinestetic). Pakar dan ahli saintis melaporkan minda berurusan dengan 11 juta ransangan pada sesuatu masa, manakala, minda sedar kita hanya mampu berurusan dengan 40 ransangan sahaja. Perbezaan di antara 40 dan 11 juta ini adalah diuruskan oleh minda separa sedar. Sebenarnya, kajian saintifik tentang fungsi minda ini masih berjalan dan masih banyak yang belum kita ketahui. Perhatikan, ilmu di dunia ini sangat luas... masih banyak yang belum kita fahami dan ketahui. Apa yang ada pada kita hanya setitis air dari lautan yang luas! Janganlah dengan mudah mengatakan diri kita telah mempunyai banyak ilmu. Kita masih di dalam proses belajar, belajar dan terus belajar!
a
Minda separa sedar adalah penghubung/berhubung dengan minda sedar. Antara matlamat utamanya ialah untuk mencapai kecekapan/keberkesanan dan membantu kita berfungsi di dalam persekitaran yang komplek. Minda separa sedar membantu urusan dengan jutaan rangsangan (11 juta rangsangan) dan mengarahkan minda sedar untuk menumpukan perhatian kepada aktiviti yang sepatutnya. Iannya mengumpulkan maklumat yang tidak dapat dicapai atau dikawal oleh minda sedar (yang berfungsi hanya kepada 40 ransangan). Minda separa sedar menterjemah dan menilai maklumat dan membantu penetapan matlamat.
a
Anda mungkin bertanya 'Apakah yang ada di dalam minda separa sedar?'
a
Bersambung di dalam nota MSS# 2
a
ZMS
No comments:
Post a Comment