Apabila kita mempelajari sesuatu yang baru, neuron-neuron di dalam otak akan berkomunikasi sesama sendiri melalui saraf yang dipanggil 'synapses'. Apabila pengetahuan baru dipelajari, 'impulse' elektrik akan bergerak melalui 'synapses' dan membentuk laluan baru apabila ianya melalui neuron ke neuron. Di laluan inilah tersimpannya pengalaman dan memori.
a
Semasa kita belajar/mempelajari sesuatu, neuron-neuron akan berhubung dan proses ini akan mengingatkan kita kepada sesuatu yang pernah dipelajari atau berpengalaman dan ianya menghubung kait neuron-neuron otak. Proses ini menyebabkan anda mendapat idea baru dan menghubungkan dengan idea lama, membolehkan anda menghubungkan fakta-fakta, pengalaman lampau, isu-isu yang ada dan juga yang anda tidak pernah alaminya.
a
Kebanyakan pengetahuan kita disimpan di dalam minda separa sedar kerana minda sendar tidak mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk menyimpan maklumat dan jika ianya dipaksa melakukan penyimpanan, besar kemungkinan akan berlaku kerosakan (crash). Disebabkan minda separa sedar menyimpan maklumat yang kita pelajari sepanjang hayat, ianya berpotensi untuk menghubung kait semua ilmu, maklumat dan pengalaman yang disimpan. Maka, idea bijak dan cemerlang selalu terhasil dari hubung kait maklumat di dalam 'bilik @ stor' hebat ini. Pengalaman, pembelajaran dan memori akan dicampur dan digabungkan tanpa anda sedari dan akhirnya akan keluar idea-idea hebat dari minda separa sedar. Sama ada anda perasan atau tidak, ianya sering berlaku kepada setiap insan.
a
Cuba anda amati diri anda, ketika anda hendak tidur atau hampir melelapkan mata, pada ketika inilah pelbagai idea 'canggih' datang melewati pemikiran. Inilah kerja si 'minda separa sedar'. Jangan berlengah, catatkan segala idea berkaitan. Mana tahu anda akan mendapat nasib serupa seperti J.K. Rowling - Harry Porter.
a
ZMS
No comments:
Post a Comment