Wednesday, December 31, 2008

Renungan: Dilema Lelaki & Perempuan Moden

Punca Masalah?

Lelaki tidak memahami keperluan perempuan...

Perempuan tidak memahami apa sebenarnya lelaki mahukan...

Juga … perempuan tidak tahu bagaimana memberikannya kpd lelaki ...

Contoh:
Bersiap ke pejabat = Perempuan akan berfikir tentang pakaian pejabatnya (warna, yang mana, fesyen apa, matching warna tudung dan banyak lagi!) pada malam sebelum hari bekerja atau beberapa hari sebelumnya. Jika ada 'party' atau apa-apa majlis, perempuan akan berfikir berminggu-minggu tentang pakaiannya dan fesyen untuk ke majlis-majlis tersebut. Lelaki tidak kisah nak pakai baju apa sehinggalah beberapa minit atau jam sebelum nak ke pejabat. Selalunya lelaki akan lihat baju yang telah di 'iron' oleh pasangannya. Terus capai dan sarung, tanpa memastikan 'matching' warna dan sebagainya. Lelaki tak kisah!
-
Cara lelaki dan perempuan berfikir juga berbeza. Perempuan gemar berfikir dengan 'detail' - ini disebabkan struktur binaan otak dan hormon mereka dan cara kejadian mereka. Perempuan dijadikan sebagai ibu yang melahirkan dan menjaga anak. Tiada seekor nyamuk pun boleh menghinggapi anaknya. Betapa 'detail'nya seorang ibu. Tetapi, berilah anak kepada bapa, mungkin nyamuk akan berpesta! Juga, lelaki dijadikan sebagai ketua keluarga yang akan keluar berburu untuk mencari makanan buat seisi keluarga. Beliau tidak perlu memikirkan tentang nyamuk dan pacat kerana jika sibuk membunuh nyamuk dan menangkap pacat (atau takut pada pacat), nescaya binatang buruan akan lari (sambil tergelak) meninggalkan lelaki tersebut.
-
Fikirkan implikasinya:
=Perempuan mengambil masa untuk bersiap ke pejabat
=Sentiasa berfikir tentang baju (selalu nak shopping baju, kasut, aksesori - nak cerita tentang ini pun memakan masa... saya ada banyak cerita saintifik tentang isu ini)
= Perempuan selalu risaukan pelbagai perkara, di mana bagi lelaki ianya adalah remeh, tetapi bagi perempuan adalah penting
= Ramai lelaki tidak menitikberatkan penampilan kerana bagi mereka ada banyak perkara lain yang lebih besar yang hendak difikirkan
= Lelaki.... Oh... Lelaki...
= Perempuan...Oh... Perempuan...
=>> Mereka berbeza
=>> Tetapi ramai yang tidak memahaminya

*Apa pendapat anda?*

ZMS

No comments:

Post a Comment