Wah! meriahnya perjumpaan tadi. Cukup ramai... Mana yang tidak dapat hadir, cuba datang di masa hadapan. Ramai usahawan hebat yang hadir. Saya tidak membezakan peniaga produk mudah atau produk canggih. Yang hebat di sini ialah masing-masing berjiwa besar. Tak kiralah produk apa. Ada sahabat yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan ada yang 'otai'. Apa sahaja adalah perniagaan. Masing-masing memperkenalkan diri. Dan saya pun tidak ketinggalan. Ramai yang berniaga dengan produk tersendiri. Saya pula berniaga tak kira apa...yang penting saya berniaga dengan satu matlamat... Ringgit Malaysia. Janji dapat kertas yang ada gambar Yang Dipertuan Agong!
aa
Semoga apa yang dibincangkan antara saya dengan Saudara Ishak Latipi Mastan menjadi kenyataan. Mungkin saya akan buka Kelab Motivasi Online dengan bantuan Saudara Ishak. Jika menjadi kenyataan, semua akan dijemput menganggotainya, baik di Malaysia, mahupun luar negara. Saya lihat, ramai pembaca luar negara. Kalau ada kelapangan, please drop me a line at zulkarnainms@gmail.com atau drzulms@ymail.com. Saudara Zulkefli pula dengan rakan-rakan belia. Manalah tahu saya akan bersama Belia Sentosa membincangkan kecemerlangan diri pada satu masa nanti.
a
Saudara Shuhaimi pula dengan kehebatannya berurusan dengan guru-guru seMalaysia. Kami mungkin bergerak di atas platform ini. Saya akan membawa buku motivasi untuk ditatap oleh guru-guru. Tapi, kalau ada pembaca blog yang inginkan saya datang ke tempat anda untuk membawa buku saya dan bercakap sepatah dua kata, no problem. Saya bersedia datang. Di pejabat, di tempat kursus atau di mana-mana. Insya Allah saya datang. Juga, ada rancangan-rancangan lain untuk dilakukan.
a
Saudara Ahmad Abdul Kadir, saya respect you. Teruskan usaha memartabatkan usahawan bumiputera. Idea NANO you cukup impressive! Semoga maju dan terus maju. Tapi, kalau perlu saya untuk RELA, I'm ok.
a
Ramai lagi. Mana yang saya terlupa perbincangan tadi, mohon contact saya untuk kemungkinan usahasama. Mana yang boleh tukar air liur jadi duit, kita buat. Inilah kepentingan networking. Semoga kita dapat selalu berjumpa untuk keep moving. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Kita GALI sampai BERJAYA.
a
Semua pelawat blog saya dimohon menjemput saya sebagai FRIEND dalam FACEBOOK (Zulkarnain Muhamad Sori).
a
a
ZMS
No comments:
Post a Comment