Subject: Re: [dpmmkl_group] Re: Jika Anda Tidak Berubah, Anda Akan Pupus!
To: dpmmkl_group@yahoogroups.com
Cc: datodauddaros@yahoo.com
Date: Thursday, December 25, 2008, 1:26 PM
Salam, Dato',
Terima kasih kerana sudi berbicara dengan saya berkenaan isu yang ramai tahu tetapi sekadar biarkan ia berlalu atau buat-buat tidak tahu. Tidak kurang juga yang tak tahu malu kerana kerap mengulangi perangai 'hangat-hangat tahi ayam'. Sebelum berbicara tentang isu pokok kenapa, mengapa dan bagaimana isu hangat-hangat tahi ayam berlaku, adalah baik bagi saya menggambarkan beberapa kisah buat renungan bersama.
Kisah 1
Seorang graduan bersama rakan begitu teruja dengan bidang keusahawanan. Mungkin semangat ini diperolehi semasa di menara gading...hanya dengan belajar dan teori sahaja. Semangat ini makin membuak-buak apabila kerajaan menyediakan pelbagai bantuan termasuk bantuan kewangan. Kertas kerja dilakar untuk menceburi bidang pertanian moden bagi menanam pokok ABC. Segala perancangan, urusan dan kertas kerja dilaksanakan. Selepas beberapa tempoh, anak benih ABC dihantar ke tapak... satu lori besar! Namun, pemandu lori tersebut kebingungan kerana usahawan harapan tidak muncul seperti dijanjikan. Rupa-rupanya, 'tahi ayam dah sejuk'. Usahawan graduan yang sarat dengan teori tadi telah 'lari' meninggalkan kampung untuk ke bandar kerana ditawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan. KESIAN...
Kisah 2
Mat Seberang berniaga kecil-kecilan. Dia sedar dirinya berdagang dari jauh dan tiada siapa yang membantu jika berhenti separuh jalan. Beliau berniaga menjual minuman dan makanan ringan di jalanan. Dari memiliki sebuah kereta tolak kepada beberapa buah kereta tolak. Saya bertanya kepada Mat Seberang ini, berapa banyak bapak boleh dapat seharian. Dia jawab, paling sikit RM100. Kalau 3 atau 4 buah kereta tolak? Kira lah sendiri...seminggu, sebulan dan setahun... berapa yang beliau perolehi?
Kisah 3
Seorang usahawan pengangkutan yang cekap membuat kertas kerja bagi mendapatkan lesen (permit) lori dari pihak berwajib sentiasa menjana kertas kerja bagi tujuan tersebut. Rupa-rupanya setelah mendapat lesen, beliau menyewakan lesen-lesen tersebut. Satu lesen dapatlah beberapa ratus. Beliau ada beberapa lesen (lebih dari 10). Kiralah pendapatan yang kononnya lumayan. Bila ekonomi merudum dalam tahun 1997/98... banyak penyewa tidak mampu membayar ansuran bank, si usahawan 'Ali Baba' ini pun tersangkutlah kerana bank hanya beri pinjaman kpd penama lesen dan bkan kepada penyewa lesen.
Kisah 4
Seorang usahawan restoran bermula dengan cemerlang apabila mendapat sambutan ramai. Setelah itu, kononnya nak 'diversify', dia pun menceburi MLM dan beberapa perniagaan lain. Disebabkan terlalu sibuk berMLM, perniagaan dilepaskan kepada pekerja untuk memantau. Saban hari, restoran makin malap dan akhirnya terpaksa bungkus kerana business lain lagi untung. Inilah akibat kurang fokus dan lain-lain....
Banyak lagi kisah-kisah yang boleh diilustrasikan, namun saya rasa cukuplah setakat ini.
Mengapa boleh terjadi sebegini rupa? Adakah orang kita lemah...longlai dan mengapa semangat tidak berterusan?
Saya berfikir dan terus berfikir... Jika dilihat dari aspek sejarah, orang kita dipinggirkan...beratus tahun di bawah penjajahan mat saleh. Dasar pecah dan perintah menyaksikan orang kita diketepikan. Kesannya terlalu banyak terutamanya ke atas minda dan cara berfikir. Bila orang kita melihat orang putih, mereka terlalu hormat...tertunduk-tunduk..respek habis.. bila tengok orang Cina, semua kata, mereka pandai berniaga..dah turun temurun mereka berniaga. Bila anak-anak hendak berniaga, komen negatif mungkin diberi. Ada seorang kawan saya, ibunya bermati-matian menetang beliau berniaga kerana ibunya berpendapat kerja makan gajinya sekarang sudah memadai dan harus diteruskan sehingga pencen.
Akibatnya, terlalu banyak perkataan, persepsi dan pandangan negatif disemai di dalam minda orang-orang kita. Sub-conscious mind / minda separa sedar orang kita telah disemai dengan isu-isu dan fakta-fakta yang menyebabkan mereka sering rendah diri dan memandang orang lain lebih hebat, lebih bagus, lebih segala-galanya sejak beratus tahun lamanya. Apabila minda separa sedar dimasukkan dengan terlalu banyak perkara negatif, maka terjadilah insan longlai. Minda separa sedar merupakan 90% dari minda manusia. Ianya mengawal banyak perkara. Ianya akan menyimpan semua maklumat, ilmu dan pengalaman...baik positif mahupun negatif. Penyerapan ilmu dan pengalaman dilakukan tanpa soal. Terus masuk dan akan berada di dalam minda sehinggalah ianya diperlukan.
Seperkara lagi, sejak merdeka pakcik-makcik dikampung memandang tinggi kepada karier beruniform. Kalau nak kahwin kan anak, mestilah dengan orang yang bekerja kerajaan. Mereka yang bekerja askar (sojal / soldier), polis, cikgu (tidak beruniform) dan sebagainya dipandang tinggi. Anak-anak dididik dan dinasihat agar bekerja dengan kerajaan atau beruniform. Pandangan ini memang meluas di kalangan masyarakat. Makan gaji itu memang untuk orang kita dan berniaga itu sesuatu yang agak ganjil kepada orang kita. Itulah pandangan orang kampung...orang kita.
Tetapi ini hanyalah sejarah. Orang kata zaman telah berubah, kenapa orang kita tidak berubah. Dah lebih 50 tahun merdeka, takkan tak boleh ubah. Mungkin isu ini tidak relevan lagi. Saya berpandangan masih ada sedikit kerelevanannya. Genetik? Kena kaji lagi. Yang pasti, masih ada cakap-cakap, bincang-bincang yang menjurus kepada input negatif di kalangan orang kita.
Isu kedua ialah orang kita kurang excitement yang berterusan. Sering berlaku usaha dihentikan separuh jalan. Tidak kurang juga yang tidak berdaya saing, hanya cukup-cukup makan. Saya berpendapat semuanya berpunca dari minda. Otak orang kita ini perlukan overhaul. Perlu diajar menggunakan minda dengan cara yang paling berkesan. Dari perspektif sejarah, bagaimana orang kita dibesarkan dan bagaimana mereka menjalani kehidupan, semuanya berkait rapat dengan survival mereka sebagai usahawan mahupun sebagai insan warganegara Malaysia. Apabila minda disarangi dengan perkataan-perkataan dan pemikiran negatif, segala perbuatan akan menjadi negatif. Ramai orang kita dibesarkan dengan pelbagai perkataan negatif. Itu tidak boleh, ini tidak boleh dan banyak tidak boleh. Input-input negatif dimasukkan ke minda sejak dari awal lagi. Tambahan pula, perniagaan bukanlah suatu budaya atau kebiasaan bagi orang kita. Orang kita lebih selesa dengan makan gaji. Jika orang kita
bergraduat, perkara yang paling...paling...paling selalu diperkatakan ialah dah dapat kerja ke belum atau siapa yang bakal tawarkan kerjaan. Kenanyakan orang tua-tua mempunyai persepsi bahawa graduan cemerlang akan mendapat kerja baik-baik dan bergaji lumayan. Jarang sekali mendengar graduan berkata 'saya berniaga'...kalau berniaga pun hendak mula yang besar-besar, tidak mahu yang kecil. Di sekolah rendah dan menengah pun, anak-anak sering di didik untuk makan gaji setelah tamat belajar kerana guru-guru lebih cenderung kepada profesion makan gaji.
Apabila minda separa sedar dipenuhi dengan input yang negatif, pemikiran orang kita didokongi oleh isu-isu dan idea-idea yang konsisten dengannya. Jika seseorang itu memulakan perniagaan, excitement berada pada tahap yang paling tinggi kerana usahanya baru bermula. Sesuatu yang baru memang menyeronokkan dan teruja untuk melaksanakan. Selepas beberapa ketika, masalah mula menjenguk usahawan-usahawan. Selepas satu, datang lagi satu, dua, tiga dan pelbagai masalah. Ada yang berat dan ada yang ringan. Semuanya harus diharungi dengan gagah. Yang lemah dan minda yang penuh serta sarat dengan input negatif akan cepat menyerah kalah. Dan ibu bapa serta masyarakat sering menggalakkan mereka makan gaji atau bekerja dengan kerajaan. Jika gagal ditengah jalan, ibu bapa dan masyarakat sering berkata 'kembalilah ke pangkal jalan' iaitu makan gaji. Input ini telah bertapak lama dan kukuh di dalam minda separa sedar orang kita, dan ianya menjadi alternatif sekiranya
masalah berat melanda. Jika masalah benar-benar berlaku dan si peniaga ini terkena pukulan dan tamparan hebat, pasti mindanya akan terus memberi isyarat negatif yang telah lama disimpan iaitu 'go to second alternative' iaitu makan gaji. Maka, usaha yang telah sekian lama dibuat akan ditinggalkan begitu sahaja.
Berbanding orang seberang atau bangsa asing, mereka sememangnya tidak diberi input 'makan gaji' atau 'kerja kerajaan' oleh ibu bapa atau masyarakat mereka. Input ke minda mereka semasa menaiki bot ke Malaysia ialah jika tidak berusaha dengan gigih, mereka akan 'mati' di tempat orang. Makan gaji...siapa nak bagi pada orang seberang. Sememangnya semua orang tahu, orang kita monopoli karier makan gaji kerajaan. Jadi, tidak masuk kamus hidup mereka sama sekali untuk kerja makan gaji di pejabat kerajaan. Minda separa sedar mereka dimasukkan input, berusaha gigih dalam perniagaan dan tiada second alternative. 'Do or Die'. Maka, otak akan sentiasa memberi arahan untuk bekerja keras, mencari idea dan membuat sesuatu demi kejayaan apa yang dilakukan. Demi sebuah kehidupan di negara orang.
Cadangan saya kepada pihak berwajib atau mana-mana pihak yang sepatutnya menggalas tanggungjawab pendidikan orang kita: LAKUKAN OVERHAUL MINDA. Keluarkan input negatif di dalam minda separa sedar dan masukkan dan sentiasa memasukkan input positif di dalam minda separa sedar. Kena selalu dan berterusan agar segala yang negatif itu dapat dipadamkan. Orang kita harus diajar dengan teknik-teknik kata kendiri positif dan pelbagai cara lain untuk menjadikan minda mereka dipenuhi input positif.
Jika dilihat pada jati diri, keyakinan dan semangat juang yang tinggi, semuanya berpunca dari mesin utama iaitu minda. Jika minda dipenuhi dengan input negatif...minda akan selalu merujuk kepada input-input tersebut. Apabila otak menerima masalah dan terus terusan menerima masalah, excitement akan menjunam, semangat akan turun dan jatidiri menjadi lemah akibat dari minda yang memberi arahan negatif setelah sel-sel otak menggabungkan semua input dan pengalaman negatif yang ada di dalamnya.
Kita tiada pilihan lain melainkan OVERHAUL MINDA dengan cara attack MINDA SEPARA SEDAR. Pemprograman semula harus dilakukan. Tidak kira muda atau senior, semuanya perlu diprogramkan semula. Jika kita asyik membuat kursus motivasi luaran, semangat dan motivasi tidak kekal lama. Setelah pakar motivasi tamat berkata-kata dan setelah pakar pulang, orang kita akan kembali kepada perangai asal. Motivasinya sekejap sahaja. Kita sering dengar beberapa pakar motivasi popular berkata-kata di TV dan Radio, kita teransang apabila mendengarnya, tetapi kenapa sekejap sahaja. Tidak lain tidak bukan, minda separa sedar kita tidak mantap kerana yang negatif itu telah lama bertapak di dalam minda. Ianya diwarisi turun temurun. Maka, saya berpendapat MINDA orang kita harus menjalani OVERHAUL.
Sekian.
Dr Zulkarnain MS
http://www.insan-luarbiasa.blogspot.com http://www.facebook.com/people/Zulkarnain-Muhamad-Sori/1637066934

No comments:
Post a Comment