Thursday, December 18, 2008

Email Saya Kepada Saudara M Salim - <<.Maklumbalas.>>Krisis Ekonomi Kini Lebih Buruk Dari Krisis Kewangan Asia 1997/98?

From: Dr Zul M S drzulms@ymail.com
To: md_salimy@yahoo.com
Cc: Dewaniaga@yahoogroups.com
Sent: Friday, December 19, 2008 6:43:21 AM
Subject: Re: [Dewaniaga] <<.Maklumbalas.>>Krisis Ekonomi Kini Lebih Buruk Dari Krisis Kewangan Asia 1997/98?
a
Salam, Saudara Mohd Salim,
a
Permintaan luar ke atas keluaran negara semakin menguncup (atau lemah). Saban hari kita mendengar terdapat kilang-kilang dan organisasi mengurangkan operasi. Semalam saya terpaksa keluar dari seminar Ekonomi dan Perniagaan untuk menghadiri satu mesyuarat penting berkenaan pendidikan akauntan. Sebelum menghadirinya, saya ada temujanji dengan seorang Pengarah Urusan (Managing Director) sebuah syarikat besar yang merupakan anak syarikat gergasi, di Shah Alam. Di dalam perbincangan tersebut jelas kelihatan kegusaran ahli korporat dengan situasi masakini. MD tersebut mengatakan industrinya adalah antara yang paling terjejas apabila berlaku kejatuhan (lebih manis = kelembapan...sama sahaja!) ekonomi. Sebenarnya kejatuhan belumlah teruk, tetapi sikap panik pembeli menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit. Menurut beliau, semua ahli di dalam organisasinya harus berfikir dan 'strecth their organisation'. Mereka sedang menyusun strategi bagi menghadapi yang terburuk...(strategi mereka tidak boleh saya nyatakan).

Di dalam mesyuarat berikutnya jelas kelihatan kegusaran pembuat-pembuat polisi. Masalah utama ialah ramai rakyat mula panik dan mengambil tindakan memberhentikan pembelian. Sudahlah permintaan luar terutamanya US dan sekutunya merudum dan mereka menghadapi masalah tersendiri, dan kini peniaga-peniaga kita banyak bergantung kepada permintaan lain termasuk permintaan dalam negara, janganlah permintaan dari dalam negara menguncup. Ini akan menyebabkan peniaga tertekan kerana permintaan ke atas produk mereka dari dalam dan luar negara jatuh mendadak.

Secara peribadi saya berpendapat rakyat tidak harus panik. Langkah paling utama ialah mendidik rakyat agar mereka terus membeli seperti biasa. Permintaan dalaman harus kukuh kerana jika tidak peniaga akan jatuh lebih cepat dari jangkaan. Juga, peniaga-peniaga harus mewujudkan permintaan dan mencipta permintaan dalaman yang baru. Di dalam pengurusan ekonomi, kerajaan telah menjalankan tugas mereka melalui suntikan duit tambahan bagi meransang ekonomi negara. Berbilion ringgit telah disuntik sepertimana diumumkan oleh PM dan TPM. Ini langkah tepat kerana ekonomi seharusnya bergerak apabila ada suntikan kerajaan. Namun, kesan agak kurang kelihatan disebabkan masalah yang kita hadapi ini mungkin sangat dalam. Ada yang berkata berkemungkinan lubang masalah ini 3 kali ganda lebih. Tetapi tiada siapa yang tahu sejauh mana kita akan pergi.

Oleh itu, jangan panik dan kita harus mewujudkan permintaan dalam negara yang besar.

Wallah hualam.

ZMS
a
From: mohd salim md_salimy@yahoo.com
To: Dr Zul M S drzulms@ymail.com
Sent: Friday, December 19, 2008 5:31:09 AM
Subject: Re: [Dewaniaga] Krisis Ekonomi Kini Lebih Buruk Dari Krisis Kewangan Asia 1997/98?
a
Salam,
a
Terima kasih atas kata kata semangat dalam email Dr dan memang semangatlah yang diperlukan khususnya usahawan dalam menghadapi kelembapan dan kemelesetan yang melanda.Mungkin Dr mempunyai pandangan apakah yang harus dilakukan oleh usahawan dalam keadaan sebegini.
a
Terima kasih sekali lagi.
a
M.Salim bin Yusoff
a
--- On Wed, 12/17/08, Dr Zul M S wrote:
a
From: Dr Zul M S drzulms@ymail.com
Subject: [Dewaniaga] Krisis Ekonomi Kini Lebih Buruk Dari Krisis Kewangan Asia 1997/98?
Date: Wednesday, December 17, 2008, 10:33 AM

No comments:

Post a Comment