Semua insan inginkan kejayaan. Tiada siapa insan yang rasional yang dengan bangganya berkata 'saya mengimpikan kegagalan'. Yang pasti, masyarakat akan bercakap dan membincangkan cara-cara mencapai kejayaan atau setidak-tidaknya ingin kaya dan memiliki sejumlah wang yang banyak. Tetapi apakah kejayaan yang anda maksudkan? Adakah apa yang anda fikirkan selama ini adalah maksud sebenar kejayaan? Adakah kejayaan bermaksud = kaya? dapat 21 A? CGPA 4.0? atau ???
l
Saya ada menyentuh tentang isu ini di dalam buku terkini saya 'Strategi Paling Berkesan Untuk Berjaya'. Seperti yang dibincangkan di dalam buku ini, kejayaan tidak terhad kepada kejayaan akademik atau kekayaan sahaja. Ramai rakyat Malaysia telah tersilap dengan hanya memberi perhatian kepada kejayaan akademik semata-mata. Anak-anak bekerja keras siang dan malam untuk belajar bagi memperolehi sejumlah A agar ibu bapa tidak malu di kalangan rakan atau masyarakat di kawasan perumahannya. Yang lebih parah lagi ramai yang menakrifkan kekayaan sebagai kejayaan. Maka, mereka akan melakukan pelbagai cara sama ada cara yang betul atau tidak betul untuk menjadi kaya. Kesan dari sikap sebegini, masyarakat dilanda masalah sosial yang semakin parah. Ramai mula bercakap 'aku ingin kaya'... ramai yang bercakap tentang isu Ringgit Malaysia.
l
Sebenarnya, kejayaan membawa pelbagai maksud. Kejayaan adalah unik kepada diri setiap insan. Diri sendiri yang menentukan apakah maksud kejayaan. Kejayaan akademik hanyalah satu dari banyak kejayaan di dalam kehidupan. Tiada gunanya jika anak-anak atau seseorang insan berjaya mendapat sebakul atau berbakul-bakul A tetapi tidak tahu menggunakan ilmu yang diperolehi untuk memperbaiki kehidupan. Belajar hanya sekadar untuk mendapat senarai A yang panjang. Kesannya, masing-masing berlumba-lumba menghafal apa yang dipelajari tanpa berfikir apakah kegunaan ilmu yang dipelajari. Konsep pembelajaran lebih bertumpu kepada 'exam oriented'.
l
Manusia yang paling kaya di dunia, Warren Buffet menakrifkan kejayaan sebagai berapa ramai orang yang beliau inginkan mereka menyayangi dirinya sebenarnya menyayanginya atau dengan kata lain kejayaan bagi beliau adalah 'kasih sayang'. Lantas, jika di lihat kehidupan beliau, duit bukanlah faktor utama di dalam kehidupan. Warren bergantung hidup kepada gajinya dan tidak mengambil keluar keuntungan perniagaan. Sebaliknya, beliau telah berjanji untuk mengagihkan kekayaannya kepada yayasan kebajikan. Beliau masih memandu sendiri dan tinggal di rumah yang beliau beli pada tahun 1958. [Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita ini, rujuk buku 'Strategi Paling Berkesan Untuk Berjaya']
l
Untuk berjaya, anda dan saya haruslah memutuskan sendiri tanpa pengaruh orang lain tentang apakah maksud kejayaan. Setelah diputuskan maksud kejayaan kepada diri kita, barulah strategi dan langkah di atur bagi mencapainya. Minda akan sentiasa berfikir seiring dengan matlamat kejayaan.
l
l
Nota: Artikel berkaitan isu ini telah saya tulis pada 3/12/08. Rujuk Blog Archieve.
l
l
ZMS
No comments:
Post a Comment