Tuesday, December 16, 2008

E-mail Saya Kepada Puan NH di Yahoogroups

From: Dr Zul M S drzulms@ymail.com
Sent: Wednesday, December 17, 2008 8:58:27 AM
Subject: Re: [sim] MINTA NASIHAT : Suami baran dan buruk perangai
a
Salam..Puan,
a
Saya bukanlah pakar rumah tangga. Namun, sedikit ilmu tentang lelaki dan wanita boleh saya ajukan seperti di bawah dan mohon puan fikirkan bagaimana puan dapat menggunakannya untuk menangani masalah ini.
a
Biarlah saya mulakan isu ini dengan perbezaan lelaki dan perempuan.
a
Lelaki sememangnya berbeza dengan perempuan dan begitu juga sebaliknya. Semua orang tahu. Namun banyak perkara-perkara kecil yang perlu diselidiki. Dari segi kejadian, otak lelaki dan perempuan berbeza. Otak perempuan agak kecil berbanding lelaki (bukan bererti lelaki lebih pandai atau sebaliknya) dan 4 juta neuron kurang dari lelaki. Saiz ini menggambarkan peredaran dan pemindahan maklumat di antara ke dua belah otak berlaku dalam kelajuan yang lebih pantas di dalam otak perempuan. Kesannya ialah apabila perempuan dilanda masalah atau mempunyai sesuatu yang menyebabkannya susah hati, beliau tidak senang duduk dan degupan jantung berlaku pantas.
a
Ini pula berkait dengan saraf yang memegang kedua belah otak atau dipanggil 'corpus collosum (CC)'. CC perempuan adalah lebih tebal dari lelaki iaitu sebanyak 30%. Ini menyebabkan wanita dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang berbeza dengan lelaki. CC ini membantu pemindahan maklumat antara kedua otak dengan kadar pantas. Ini menyebabkan perempuan cekap bercakap dan berseni dalam percakapan berbanding lelaki yang kurang bercakap dan banyak menyendiri dan bercakap dengan dirinya di dalam mindanya. Kesan dari isu-isu ini, lelaki tidak sehebat perempuan di dalam percakapan, maka, berhati-hati di dalam percakapan dengan lelaki yang marah atau yang berselisih faham.
a
Di dalam bidang psikologi dan berkaitan, dan digabung pula dengan ilmu biologi, lelaki sememangnya kurang bercakap (+- 7000 patah perkataan sehari), akan lebih bercakap perkara perlu dan tidak pandai menyampaikan maklumat dengan cara berselindung atau berseni. Ini menyebabkan mereka sering bercakap untuk hanya menyelesaikan masalah atau menghiriskan hati mereka yang mereka marah. Berbanding perempuan, mereka sememangnya dijadikan cekap untuk berkata-kata (+-20,000 patah perkataan sehari). Kejadian biologinya membenarkan mereka cekap berkata berserta seni dan sbgnya. Hasilnya, kebanyakan perempuan, bercakap adalah untuk membina hubungan, menyempai maklumat dengan cara tersendiri dan sbgnya. Perempuan bercakap dan terus bercakap. Cara yang mereka gunakan berbeza. Jika perempuan bermasalah, mereka akan membincangkan masalah dan percakapan itu tidak terus kepada jawapan. Pembinaan masalah dibuat semasa bercakap...dan terus bercakap walapun mereka tidak menemui jawapannya. Pengajaran: Sebagai langkah jangka pendek untuk meredakan tekanan yang puan hadapi, Saya cadangkan puan bercakap mengenainya dengan rakan atau orang yang puan paling percaya supaya tekanan perasaan dapat diredakan dan selepas itu cari jalan penyelesaian.
a
Dari segi kejadian manusia pula, tuhan jadikan lelaki sebagai ketua keluarga dan pembuat keputusan. Isu ini seharusnya kita terima dengan hati terbuka. Lelaki pencari rezeki. Mereka keluar rumah untuk memburu (masa dahulu), maka, mereka tidak mempunyai banyak emosi. Jika tidak buruannya akan sentiasa dilepaskan kerana sering memikirkan kesiankan binatang tersebut dan lantas mengalirkan air mata dan melepaskannya. Ini dibuktikan dengan scan MRI, di mana hanya dua tompok emosi di otak lelaki, manakala, emosi di otak perempuan terlalu banyak. Puan harus ingat, kesan kejadian ini lelaki dilengkapi dengan EGO yang tinggi. Maka, puan harus pandai menangani ego lelaki dan kurangkan 'LASER'. Lelaki EGO tidak suka LASER. Even kebanyakan lelaki tidak suka laser perempuan.
aa
(Tulisan) Saya terlalu panjang lebar. Mungkin boleh berbincang di kemudian hari.
a
Dr Zulkarnain Muhamad Sori
http://www.insan-luarbiasa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment