Sebagai insan yang mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan, anda harus menentukan apa yang anda kehendaki di dalam kehidupan. Perkara ini adalah satu isu utama sebelum anda membicarakan kejayaan dan kecemerlangan. Ramai orang bingung kerana sering gagal di dalam percubaan untuk mencapai kejayaan. Mereka sering merasakan kejayaan adalah sesuatu yang amat sukar dan kadang kala mustahil bagi mereka mengecapinya. Tetapi, apabila diteliti dan dikaji, ramai insan tidak tahu apakah yang mereka ingini di dalam kehidupan. Mereka hanya pandai menyatakan mereka ingin berjaya. Tetapi, berjaya dalam bentuk apa? Apa yang ingin dicapai? Mereka tidak tahu! Mereka tidak terfikir apa sebenarnya yang mereka mahukan. Kadangkala, ramai yang menyerah kalah begitu sahaja kerana beranggapan mereka dilahirkan dalam keadaan yang sukar untuk berjaya. Mereka ditakdirkan untuk menjadi insan biasa-biasa sahaja. Sudah nasib badan!
Persoalannya mengapa perkara begini boleh terjadi? Sebabnya ialah anda sering terlepas pandang tentang keperluan diri. Anda sering berfikir bahawa anda tahu segalanya tentang diri sendiri. Anda sering mengagak untuk berjaya anda harus bekerja keras dengan apa yang dibuat pada masa kini. Sebenarnya, langkah pertama untuk berjaya anda harus:
Persoalannya mengapa perkara begini boleh terjadi? Sebabnya ialah anda sering terlepas pandang tentang keperluan diri. Anda sering berfikir bahawa anda tahu segalanya tentang diri sendiri. Anda sering mengagak untuk berjaya anda harus bekerja keras dengan apa yang dibuat pada masa kini. Sebenarnya, langkah pertama untuk berjaya anda harus:
TENTUKAN APA YANG ANDA INGINI DALAM KEHIDUPAN
l
Pada pandangan saya, apabila anda telah menentukan apa yang diingini di dalam kehidupan, segala perancangan, tindakan dan strategi akan secara langsung atau tidak langsung terarah kepada apa yang anda ingini. Ianya seumpama magnet yang menarik besi ke arahnya. Perbuatan dan tindakan akan sentiasa menuju kepada apa yang anda ingini. Sekiranya tindakan anda terpesong, ianya akan segera dikesan dan tindakan pembetulan dapat dilakukan. Maka, lakukan langkah pertama ini.
l
Ikuti siri nota kejayaan ini untuk mengetahui langkah ke arah kejayaan seterusnya. Siri nota ini akan dibuat dari masa ke masa.
l
ZMS
No comments:
Post a Comment