Peribahasa
a
No man can do two things at one time
Siapa boleh buat dua kerja dalam satu masa?
a
aPeribahasa ini mencadangkan kepada kita agar sentiasa fokus di dalam mengusahakan sesuatu. Apabila seseorang usahawan melakukan sesuatu perniagaan, beliau haruslah menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang dikerjakan. Janganlah menceburi pelbagai bidang pada satu masa sekiranya asas kepada sesuatu bidang yang diceburi tidak dikukuhkan terlebih dahulu . Seharusnya, usahawan menumpukan perhatian kepada satu bidang perniagaan, perkukuhkannya dan aturkan sistem yang terbaik agar ianya berjalan seperti dikehendaki.
a
Sepanjang karier saya, telah ramai usahawan yang saya temui. Sebahagian dari mereka telah gagal di dalam usaha menggapai impian. Saya bertanya dan terus bertanya bagi menyelidik apakah rahsia di sebalik peristiwa yang di lalui. Jawapannya mudah iaitu hilang FOKUS. Apabila sesuatu usaha mula menampakkan hasil, mereka terus menceburi bidang lain. Kononnya, ingin mencambahkan pendapatan. Tetapi, hakikatnya mereka hilang fokus dan terjadilah 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Oleh itu, nasihat saya... STAY FOCUS!
a
ZMS
No comments:
Post a Comment