Nota ini dicatat berdasarkan Keynote Speech oleh Prof Dr Ahmad Zubaidi Baharumshah - Seminar Ekonomi dan Perniagaan 2008 Mahkota Hotel, Melaka.
Dicadangkan kerajaan membuat polisi berasaskan fiscal policy, di mana penumpuan diberi kepada pembangunan prasarana seperti membina sekolah, jalan dan sebagainya, dan juga memberi bonus yang lebih kepada kakitangan kerajaan. Pandangan ini dibuat berasaskan ransangan berkesan yang bakal berlaku kepada ekonomi kesan dari suntikan kerajaan. Juga, apabila kakitangan kerajaan mempunyai wang lebih, mereka akan melakukan pembelian dan wang ini akan masuk semula kepada kitaran ekonomi yang bakal memberi faedah kepada keseluruhan sistem ekonomi seperti peniaga, pekerja lain dan sebagainya.
a
Langkah membeku pengambilan buruh asing dapat memastikan kurangnya penghantaran wang ke luar negara. Di masa lepas, buruh-buruh asing banyak menghantar wang dan ini memberikan situasi kurang baik kepada tukaran matawang asing bagi Ringgit Malaysia.
a
Sebenarnya, data-data ekonomi menunjukkan negara masih belum menerima kesan yang buruk berbanding negara-negara jiran. "Affected but not so much".
a
Adakah kita melalui semula krisis kewangan tahun 1997? Pasaran baru dan negara membangun mengalami keadaan yang lebih buruk. Namun, Malaysia bernasib baik kerana mendapat faedah dari kesan globalisasi seperti berintegrasi penuh dengan modal global.
a
Petanda-petanda utama kejatuhan:
=Pendapatan eksport merudum, 'volatility'
=Pergerakan tukaran matawang asing dan turun naik tukaran matawang
a
Ekonomi US merudum (pendapatan) => kesannya, jumlah belian Amerika atas produk Malaysia menurun @ eksport Malaysia merudum dan ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara terjejas.
a
Kesan ke atas pelaburan => Apabila Amerika tiada wang, Malaysia juga terkena tempias...kurang wang, kesannya pelaburan masuk kurang atau tiada. Di pasaran modal & saham, pelabur-pelabur mula menjauhkan diri...kurang modal di pasaran.
a
Rujukan dibuat kepada Citi Resilency Index bagi November 2008, di mana negara China berada di ranking no. 1, manakala Malaysia berada di ranking no. 6. Pada masa ini, Malaysia menunjukkan prestasi lebih baik dari Singapura.
a
Pemintaan ke atas produk Malaysia akan jatuh sekurang-kurangnya bagi tempoh 3 tahun akan datang. Pada masa kini, inflasi lebih kurang 6%, kadar pengangguran lebih kurang 3% (masih terkawal). Kadar faedah adalah lebih baik dari di lain-lain pasaran.
a
Komen atas keadaan semasa ialah kadar upahan tempatan masih boleh dilaraskan untuk menggalakkan / meransang penggunaan tempatan dengan cara memberikan lebih wang - rujuk cadangan polisi fiscal di atas.
a
Krisis ekonomi belum berakhir, tetapi baru bermula. Bagi menangani masalah ini, usaha haruslah diambil secara sistematik dan bersepadu (semua negara harus bertindak serentak).
a
Nota: Nota ini adalah ringkasan dan mungkin tidak lengkap.
a
ZMS
No comments:
Post a Comment