Monday, December 22, 2008

Kisah Lakshmi Mittal - Orang Ke 4 Paling Kaya Di Dunia (Part 1)

Pengenalan
Manusia ke-4 paling kaya di dunia ini memiliki kepentingan majoriti di dalam syarikat besi terbesar dunia, ArcelorMittal. Beliau dilahirkan di perkampungan Sadulpur, daerah Rajasthan, India. Beliau membesar di India di dalam keluarga yang serba sederhana, di mana rumah asal kediaman beliau di bina oleh datuknya yang berlantaikan simen dan tidur di atas katil yang diperbuat dari tali. Datuknya adalah kakitangan sebuah firma perindustrian utama, Tarachand Ghanshyamdas Poddar di era sebelum kemerdekaan India.
aa
Lakshmi dinobatkan sebagai seorang dari
'100 Orang Paling Berpengaruh’ dalam tahun 2007
oleh Majalah Time
\a
Perniagaan Keluarga
Kehidupan mereka sekeluarga berubah apabila bapanya memulakan perniagaan kilang besi di sebuah kawasan bernama Hardoi yang terletak di Uttar Pradesh, India. Perniagaan bapanya dijalankan secara tradisional, di mana hasil keluaran didagang oleh orang tengah. Dilaporkan bahawa lebih dari tiga per empat keluaran kilang bapa Lakshmi dijual melalui firma yang dimiliki oleh Lala Gulab Chand. Bapanya membuat keputusan untuk berpindah ke Calcutta dan menjadi rakan kongsi kepada sebuah kilang besi di sana.
a
Setiap orang mempunyai pengalaman hidup dalam kesukaran, ianya mengukur jatidiri dan dedikasi, bagaimana anda menyesuaikan diri dengannya dan bagaimana anda melaluinya.
Lakshmi Mittal (1950-Kini)
Usahawan Berjaya

a
Pendidikan
Keluarga Lakshmi mementingkan pendidikan setiap ahlinya. Beliau dihantar ke sekolah dan berjaya mendapat keputusan cemerlang. Seterusnya, beliau diterima masuk dan berjaya mendapatkan Bacelor of Commerce di dalam bidang Perniagaan dan Perakaunan dari St. Xavier College di Calcutta. Dengan pendidikan ini beliau mendapat pengetahuan asas perniagaan, teknik-teknik pengiraan kos dan pelaburan. Ini menyediakan beliau dengan strategi-strategi kewangan yang lebih mantap dan terkini. Pendidikan ini memain peranan utama di dalam halatuju kehidupan dan perniagaan beliau di masa hadapan. Cara beliau berfikir dan membuat keputusan adalah berbeza dengan cara bapanya dan akhirnya wujud perselisihan faham tentang kaedah memajukan perusahaan mereka.
a
Berfikirlah di luar kotak dan ambil
peluang yang muncul di mana-mana mungkin.
Lakshmi Mittal (1950-Kini)
Usahawan Berjaya


ANTARA FAKTOR KEJAYAAN LAKSHMI MITTAL
BERMATLAMAT
BERWAWASAN
SEMANGAT JUANG YANG TINGGI
PANDAI MENGAMBIL PELUANG
a
Kontroversi Melibatkan Lakshmi
Dakwaan ‘Buruh Paksa’
Pekerja-pekerja Lakshmi mendakwa mereka bekerja di dalam situasi yang tidak layak diterima oleh manusia dan mereka diperlakukan seperti ‘buruh paksa’. Dakwaan ini dilemparkan selepas beberapa kemalangan serius terjadi di kawasan perlombongan milik beliau, di mana seramai 23 pelombong di Kazakhstan mati di dalam letupan akibat dari pengesan gas gagal berfungsi. Kejadian ini berlaku dalam tahun 2004.
a
Bonus Luar Biasa Untuk Diri Sendiri
Lakshmi mengisytihar dan membuat pembayaran bonus luar biasa dari wang syarikat untuk dirinya sendiri. Dalam tahun 2004, selepas pengambilalihan syarikat pembuat besi Amerika, sejumlah 1.1 billion pound sterling wang syarikat dikeluarkan bagi tujuan membayar bonus kepada Lakshmi sendiri.
a
Mewujudkan Pengangguran Besar-Besaran di Ireland
Dalam tahun 1996, Lakshmi membeli kilang besi, Irish Steel Haulbowline dan berhasrat untuk memajukan operasi kilang tersebut. Walaubagaimana pun usaha itu tidak mencapai prestasi seperti dijangka dan dalam tahun 2004 Lakshmi memberhentikan operasi secara mendadak, di mana pekerja-pekerja diberhenti dengan notis hanya beberapa jam. Hutang yang ditinggalkan adalah 57 juta Euro dan seramai 400 orang menganggur.
a
Pencemaran Alam Sekitar
Syarikat milik Lakshmi didakwa melakukan pencemaran di pelabuhan Cork, UK. Kerajaan UK cuba mendakwa beliau di Mahkamah Tinggi bagi membayar kos pembersihan. Dakwaan tersebut tidak berjaya.
a
‘Tunai Bagi Mendapatkan Pengaruh’
Seorang Ahli Parlimen pembangkang di UK mendedahkan Perdana Menteri UK, Tony Blair mempunyai hubungan rapat dengan Lakshmi Mittal. Tony didakwa menulis surat kepada kerajaan Romania agar membantu Lakshmi di dalam pembelian sebuah firma di negara tersebut. Sebagai balasan, Lakshmi menderma sejumlah wang untuk dana Parti Buruh pimpinan Blair. Sepanjang 6 tahun, Lakshmi telah menderma lebih dari 4 juta pound sterling kepada Parti Buruh.
a
ZMS

No comments:

Post a Comment