Benarkah dakwaan ramai pensyarah dan penyelidik ekonomi, akauntan dan ketua-ketua perniagaan bahawa Krisis Ekonomi yang sedang bermula dan dalam proses melanda adalah lebih buruk dari Krisis Kewangan Asia 1997/98? Tiada siapa yang dapat menjawab dengan tepat. Tiada siapa yang berani meramal dan meletakkan suatu dakwaan bahawa kita berhadapan dengan suatu masalah rumit.
a
Minggu lepas saya mempelajari sesuatu yang tidak saya jangkakan. Sebuah kilang elektronik yang besar telah mula mengambil tindakan dengan menutup beberapa bahagian. Sebahagian pekerja mengetahuinya, namun, perkara ini tidak dihebohkan atas alasan tersendiri. Beberapa hari selepas itu, saya membuat pameran promosi buku terbaru saya di ruang legar sebuah bangunan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dan saya bertemu 3 orang pegawai kutipan hutang kad kredit. Menurut mereka, situasi kegawatan sudah mula dirasai, di mana hutang yang tidak dapat dikutip oleh beliau dan rakan-rakan ialah RM12.5 juta! Wah...memeranjatkan saya. Beliau mendakwa keadaan akan bertambah rumit lagi di masa hadapan. Betul ke? Tidak pasti, tiada siapa yang mampu meramal dengan tepat. Pegawai-pegawai itu mendakwa beberapa pelanggannya gagal membayar kerana terdapat beberapa kilang besar sudah mula mengurangkan pengeluaran dan kesannya mereka menutup beberapa bahagian pengeluaran. Namun, jika dilihat kepada usaha kerajaan seperti menyediakan dana tambahan berjumlah berbilion-bilion ringgit untuk merangsang ekonomi dan keupayaan dalaman, adalah diharapkan kesan krisis tidak sehebat dijangkakan. Semoga usaha yang diletakkan akan membuahkan hasil kerana ramai rakyat bergantung harap kepada usaha-usaha sebegini.
a
Beberapa jam tadi saya menghadiri satu majlis dan berpeluang untuk duduk bersama 2 orang kuat pasaran. Saya namakan mereka sebagai Dato' A dan Datuk B bagi merahsiakan identitinya. Saya sengaja mengajukan soalan berkaitan masalah krisis ekonomi kepada mereka. Kedua-dua Da-to' & tuk bersetuju dengan pendapat bahawa keadaan di tahun 2009 tidak dapat dijangka dengan tepat. Semua orang harus membantu kerajaan memulihkan keadaan dengan cara tidak panik dan tidak memberhentikan perbelanjaan. Jika keadaan panik timbul, pengguna melakukan tindakan yang berasaskan emosi dan tidak berbelanja, kesan yang lebih buruk akan terjadi. Tetapi, Dato' A mencadangkan agar berwaspada kerana dahulu hanyalah Krisis Kewangan Asia, tetapi sekarang ialah Krisis Ekonomi Global! Faham-fahamlah maksudnya.
a
ZMS
No comments:
Post a Comment