Thursday, December 11, 2008

J.K. Rowling + Harry Porter ... The Power of Sub-conscious mind

Petikan berikut saya sunting dari buku 'eureka': Davies, P. (2004), eureka! London: Hodder and Stoughton Ltd.
a
It is 1990. Joanne Rowling is travelling from Manchester to London, after a weekend of unsuccessful flat-hunting in the northern city. Not usually for a train journey in the UK, her train gets stuck for forty minutes in the same spot. She gazes out of the window, day dreaming. An idea of a train transporting a boy to a school for wizards come into her mind.
a
All of a sudden the idea for Harry just appeared in my mind's eye. I can't tell you why or what triggered it. But I saw the idea of Harry and the wizard school very plainly. I suddenly had this basic idea a boy who didn't know he was a wizard until he got his invitation to wizard school. I have never been so excited by an idea.
a
And the rest, as they say, is publishing history...
a
Ulasan
a
Latarbelakang
Penulis British ini lahir pada 31 Julai 1965, yang mana nama sebenar beliau ialah Joanne Rowling dan nama pena beliau adalah J. K. Rowling. Idea menulis cerita yang mendapat sambutan luar biasa dari seluruh dunia yang menjadi sejarah penerbitan ini tercetus dari lamunan di siang hari di dalam keretapi seperti mana di ceritakan di dalam teks asal buku eureka! di atas. Buku ini (cerita Harry Potter) mendapat perhatian dari pelbagai lapisan masyarakat seluruh dunia dan penulisnya telah memenangi pelbagai anugerah. Buku tulisan J. K. Rowling telah terjual lebih dari 400 juta naskah! Menakjubkan!
a
Idea penulisan kisah 'Potter' datang dari lamunan di siang hari. Sebenarnya, lamunan ini adalah dari fungsi minda separa sedar. Minda separa sedar datang tanpa diduga.
a
Perubahan
Tahukah anda? JK Rowling mengubah kehidupannya dari seorang yang bergantung kepada wang kebajikan menjadi 'multi-millionaires' dalam masa 5 tahun sahaja. The 2008 Sunday Times Rich List melaporkan kekayaan Rowling adalah £560 juta atau USD1.1 billion. Beliau adalah individu ke 12 terkaya di Britain.
a
Minda Separa Sedar
Cuba anda fikirkan bagaimana dan dari mana datangnya idea yang bernilai berjuta-juta dollar (sebenarnya USD1.1 billion) ini datang? Fikir dan terus berfikir! JK Rowling menyatakannya ianya datang begitu sahaja. Terus menyelinap di mindanya yang sedang duduk di dalam keretapi yang terhenti selama 40 minit. Pernahkah perkara sebegini terjadi kepada diri anda? Jika ianya terjadi, jangan lepaskan peluang untuk menulisnya. Siapa tahu anda akan menerima nasib serupa seperti JK Rowling. Bagaimana minda separa sedar ini berfungsi? Bagaimana anda ingin mengeksploitasikan kelebihan minda ini? Anda harus pelajarinya. Ianya sangat bagus dan sangat berguna kepada diri bagi kemajuan dan kehebatan diri.
aa
Sebenarnya, minda separa sedar wujud di dalam diri setiap dari kita. Menurut penulisan P. Davies, minda sedar hanya membentuk 5% dan 95% adalah minda separa sedar (sub-conscious mind). 5% minda sedar ini adalah apa-apa yang berlaku yang di bawah kawalan sedar anda.
a
Perbincangan minda separa sedar yang menakjubkan dan mampu mengubah hidup ramai orang ini akan saya bincangkan di dalam artikel akan datang.
a
ZMS

No comments:

Post a Comment