Nama: Carlos Slim Helu
Tarikh Lahir: 28 Januari 1940
Tempat Lahir: Mexico City, Mexico (Bapa Pendatang Lubnan)
Kekayaan: USD60 Billion
Pendidikan: Bachelor of Engineering, Universidad Nacional, Autonoma de Mexico
Tempat Lahir: Mexico City, Mexico (Bapa Pendatang Lubnan)
Kekayaan: USD60 Billion
Pendidikan: Bachelor of Engineering, Universidad Nacional, Autonoma de Mexico
a
aa
Anak kepada imigran Lubnan ini mencipta nama sebagai orang paling kaya di Amerika Latin dan ke-2 paling kaya di dunia. Carlos telah membina sebuah empayar perniagaan yang bergiat aktif di dalam pelbagai industri seperti telekomunikasi, peruncitan, perbankan dan insuran, teknologi dan pengilangan alat ganti automotif. Carlos terkenal dengan reputasinya sebagai seorang usahawan yang gemar membeli perniagaan yang bermasalah dan kemudian melakukan transformasi sehingga menjana keuntungan yang lumayan. Hampir keseluruhan sektor perniagaan di Mexico terlibat dengan perniagaan beliau atau dimiliki oleh beliau sehinggakan penduduk tempatan mendakwa adalah suatu yang mustahil bagi seseorang di Mexico jika tidak menyumbang wang ke poket Carlos di dalam satu hari. Akhir-akhir ini, sejak beliau diserang penyakit jantung, Carlos telah melantik 3 orang anak lelakinya untuk memainkan peranan yang lebih penting dan aktif di dalam empayar perniagaannya.
a
Anda harus sedar bahawa keluarga Carlos adalah pendatang dari Lubnan yang mencipta kejayaan di bumi Mexico dan Amerika Latin. Pendatang pun boleh menjadi kaya raya di bumi orang. Apa sudah jadi dengan anak tempatan? Jika anda rajin, sudah pasti kejayaan milik anda. Semua kejayaan Carlos adalah berpunca dari usaha gigih beliau. Rezeki ada di mana-mana dan terpulanglah kepada setiap insan untuk merebut peluang yang ada. Saya fikir… anda berfikir… kita fikir-fikirkan…
a
Secara logiknya, orang asing pasti akan melakukan yang terbaik berbanding orang tempatan. Bak kata orang ‘do or die’. Ini bukan negara mereka. Tiada apa yang akan menyelamatkan mereka sekiranya gagal berbanding orang tempatan yang boleh ‘balik kampung dan tanam jagung’ sekiranya mereka gagal. Ramai sanak saudara yang bakal meraikan kepulangan anak kota ke kampung. Atau, setidak-tidaknya ada subsidi kerajaan yang mampu membela nasib mereka. Mungkin juga ada program-program khas kerajaan yang boleh menjaga kepentingan mereka.
Adakah ini yang terbaik di dalam alaf baru ini? Adakah cukup dengan berasa selesa di bumi sendiri? Mungkinkah kita kekal menguasai apa yang kita ada sekarang untuk selama-lamanya? Mungkinkah satu hari nanti orang asing datang kepada kita dengan perkhabaran baik bagi membantu kita dengan memberi sejumlah duit sebagai bayaran untuk pembelian tanah dan harta-harta yang kita ada hanya semata-mata untuk membiayai kehidupan harian kita? Mungkin juga orang asing ini membeli tanah milik kita, membina rumah dan menyewa semula kepada kita? Ha!!! Apa sudah jadi? Dahulu tanah kita, orang datang beli, membina rumah dan kemudian sewa semula kepada kita. Dahulu kita tuan. Kini dia tuan!! Ada tanah, ada rumah, dijual-jualkan. Saya fikir… anda berfikir… kita fikir-fikirkan…
a
Carlos mendakwa ilmu yang secukupnya haruslah ditimba. Carlos gemar membaca buku berkaitan pelaburan dan sejarah, dan beliau mengurangkan waktu tidur bagi membaca buku-buku berkaitan Genghis Khan dan strategi-strategi ketenteraan. Carlos percaya ilmu-ilmu ini boleh dipraktikkan di dalam mentadbir organisasi dan mencari peluang perniagaan. Bagi Carlos, perniagaan adalah seumpama medan peperangan. Segala strategi, teknik dan kemampuan diri harus dipraktikkan.

No comments:
Post a Comment