Pengenalan
Mukesh Ambani adalah nama yang tidak asing lagi di India kerana kejayaan beliau di dalam pelbagai bidang perniagaan. Beliau mengetuai Reliance Industries, yang merupakan perniagaan terbesar di India yang terlibat di dalam industri tekstil, penapisan minyak, petrokimia, penghasilan tenaga, pelabuhan, infrastruktur, peruncitan dan lain-lain. Kejayaan beliau begitu dikagumi oleh seluruh rakyat India dan menjadi rujukan ramai di Asia dan dunia. Sejak di alam kanak-kanak, Mukesh sudah memiliki impian untuk berjaya. Bagi beliau, bapanya banyak memainkan peranan di dalam mencorak kehidupan beliau. Anak-anak digalakkan mengimpikan kehidupan yang diingini dan menentukan matlamat hidup. Bapa Mukesh tidak mentadbir anak-anaknya sehingga ke perkara-perkara kecil dan beliau tidak pernah melawatnya di sekolah. Dia dibiarkan membuat keputusan sendiri dan bapanya menitik beratkan pembentukan anak-anaknya secara menyeluruh sebagai insan berguna.
Faktor Kejayaan Bermula Sejak Zaman Kanak-Kanak
Bapa Mukesh menitik beratkan keseimbangan perkembangan akademik dan bukan akademik anak-anaknya. Di dalam beberapa temuramah, Mukesh menyatakan cara beliau dibesarkan oleh bapanya adalah faktor teras kepada kejayaan yang beliau kecapi pada hari ini. Beliau menyatakan terdapat 4 faktor mendorong kepada kejayaan beliau iaitu kebebasan pemilihan bidang akademik yang diingini, penggajian seorang guru peribadi yang bernama Mahendrabhai yang bertanggungjawab di dalam penerapan ilmu-ilmu bukan akademik, kesabaran dan kegigihan bapanya membangunkan Reliance dan hubungan rapat ahli keluarganya.
Kepercayaan asas kami adalah perkembangan adalah gaya hidup dan kita harus berkembang setiap masa.
Mukesh Ambani (1957-Kini)
Usahawan Berjaya
Pembentukan Insan Secara Menyeluruh
Bapa Mukesh menitik beratkan keseimbangan perkembangan akademik dan bukan akademik di dalam diri anak-anaknya. Mereka dihantar ke sekolah bagi menimba ilmu akademik. Tetapi, anak-anak digalakkan untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri dan beliau tidak pernah mengunjungi mereka di sekolah. Perkembangan pembelajaran anak-anak tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Di rumah, beliau mahukan anak-anaknya belajar perkara di luar bidang akademik. Bagi memastikan anak-anaknya mendapat pengetahuan di luar bilik darjah, bapa Mukesh meletakkan iklan di dalam akhbar untuk mendapatkan guru yang bertanggungjawab kepada pengetahuan bukan akademik anak-anaknya. Beliau menemuduga beberapa orang dan akhirnya memilih Mahendrabhai. Tugas guru ini meliputi perkembangan pengetahuan am. Mukesh dan adik-adiknya belajar bermain hoki, bola sepak dan pelbagai permainan lain. Mereka dibawa mengembara ke pelbagai tempat dengan menaiki bas dan kereta api. Mahendrabhai membawa mereka berkhemah dan tinggal di kampung-kampung untuk tempoh 1 hingga 2 minggu.

No comments:
Post a Comment