Telah menjadi trend, apabila ekonomi tidak menentu, tumbuhlah pelbagai skim cepat kaya yang kita tahu mereka telah bersedia untuk memperdaya kita. Tetapi, yang peliknya masih ramai yang bergembira melabur di dalam skim cepat kaya.
a
Mereka boleh menamakan SKIM CEPAT KAYA dengan pelbagai nama, tetapi anda harus bijak mengenalpastinya dan jauhkan diri. Jauhilah skim yang anda tahu akan merugikan anda dan petua saya ialah berusaha keras. Lakukan kerja-kerja yang memerlukan usaha dan anda nampak dengan menjual atau melakukan sesuatu, anda akan mendapat wang hasil titik peluh bukan ada niat di hati untuk **** orang lain. Hasil wang panas tidak kekal lama dan akan dibakar oleh api neraka. Bayangkan daging anda dan darah serta salur darah yang terbentuk dari 'wang panas' dibakar dengan api yang paling panas. Menyesal kemudian tiada gunanya.
aSelamat Berfikir.
a
ZMS
No comments:
Post a Comment