Saudara/saudari, sebelum saya membincangkan isu-isu yang lebih berat, adalah lebih baik saya membincangkan isu berkaitan otak seperti struktur dan fungsi, bagaimana ianya berfungsi dan isu-isu berkaitan. Untuk pengetahuan pembaca, walaupun kita (lelaki dan perempuan) adalah dari kejadian yang sama, namun, dalam banyak perkara kita adalah berbeza. Perbezaan ini terjadi disebabkan oleh struktur bina otak lelaki dan perempuan yang berbeza, hormon-hormon yang dirembeskan di dalam badan lelaki dan perempuan adalah berbeza. Kesannya, cara kelakuan dan tindakbalas lelaki dan perempuan adalah berbeza. Perempuan berfikir dan melakukan aktiviti kegemarannya dengan cara berbeza dengan lelaki. Seringkali kita berbalah atau bertengkar sesama sendiri dan kita menjangkakan pasangan kita seharusnya melakukan sesuatu sepertimana yang kita lakukan.
a
Tidak percaya? Cuba fikirkan contoh berikut. [1] Lelaki yang menonton TV (terutamanya rancangan kegemaran seperti bolasepak) dan dipanggil oleh isterinya. Lelaki tersebut tidak mendengar dan tidak mengendahkan panggilan isterinya. Isteri pun mula naik marah kerana suami atau pasangan tidak mendengar! [2] Seorang perempuan sedang berbual dengan rakan di hadapan televisyen, masih mendengar orang mengumpat tentang dirinya. [3] Lelaki mampu membaca peta dan dengan mudah menggambarkan perjalanannya. [4] Perempuan agak sukar membaca peta, kecuali anda memberi kepadanya peta 3D (3 dimensi) seperti ada gambaran pokok, bangunan dan sebagainya. [5] Beberapa orang perempuan yang duduk semeja, semua atau majoriti bercakap, berbincang tetapi semuanya faham dan mendengar sambil bercakap. Tetapi situasi ini tidak mampu dilakukan oleh lelaki. Adakah semua ini kebetulan? Atau... entahlah? Tidak lain, tidak bukan disebabkan struktur bina dan hormon yang berbeza.
Di bawah adalah gambarajah otak manusia.
a
a
a
a
a
a
a
a
a
a
a
Seperti yang semua sedia maklum bahawa otak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Dalam tahun 1962, Roger Sperry memenangi Hadiah Nobel bagi usaha mengenal pasti otak manusia yang mempunyai 2 bahagian iaitu otak kiri & otak kanan. Otak kiri berfungsi bagi aktiviti berikut:
–Logik
–Bahasa,
–Perkataan,
–Mengumpul maklumat dari penglihatan
- Mengawal bahagian kanan badan
Manakala, otak kanan melakukan tugas:
–Kreativiti
–Mengawal bahagian kiri badan
a
Orang yang cenderung menggunakan tangan kiri (kidal) – lebih banyak menggunakan otak kanan. Contoh orang yang menggunakan tangan kiri ialah Albert Einstein, Leornardo Da Vinci, Picasso, Lewis Carrol, Greta Garbo, dll
a
Dari aspek binaan otak pula, otak kiri dan kanan dihubungkan oleh gentian saraf yang dikenali sebagai ‘Corpus Collosum’. Amat menakjubkan apabila para saintis menemui bukti bahawa perempuan mempunyai 30% lebih saraf Corpus Collosum berbanding lelaki. Saraf ini membolehkan kedua-dua belah otak berkomunikasi dan bertukar maklumat. Apakah implikasinya? Corpus Collosum adalah seumpama highway. Jika highway besar atau luas, maka, banyak kereta boleh melaluinya dan dengan kelajuan yang lebih. Ini bererti 'highway' di dalam otak perempuan adalah lebin besar berbanding lelaki. Maka, banyak perkara yang perempuan lakukan adalah berbeza berbanding lelaki. Juga, saiz otak perempuan adalah lebih kecil berbanding lelaki, di mana perempuan mempunyai sel-sel otak yang kurang iaitu sebanyak 4 billion sel berbanding lelaki. Itulah sebabnya apabila perempuan marah, beliau tidak senang duduk, jantung mengepam darah laju dan perkataan yang dihamburkan dengan banyaknya. Ini adalah disebabkan aliran darah yang pantas disebabkan saiz otak yang lebih kecil dan perhubungan yang lebih di antara sel-sel otak. Manakala, lelaki tidak mampu melakukan pelbagai perkara serentak kerana saraf yang tidak sebanyak perempuan. Lelaki hanya mampu melakukan satu perkara pada satu masa sepertimana yang saya nyatakan di atas. Lelaki yang menonton TV tidak mendengar panggilan isterinya. Perempuan pula mampu melakukan pelbagai perkara pada satu masa disebabkan Corpus Collosum yang lebih tebal.
a
Bilangan perempuan yang kidal adalah lebin dari lelaki. Secara keseluruhannya, 90% manusia cenderung menggunakan tangan kanan. Manakala, kebanyakan lelaki menggunakan tangan kanan. Tangan kanan perlu tepat dalam melempar pada objek bergerak kerana secara kejadiannya, lelaki dijadikan untuk menjadi ketua keluarga yang keluar rumah untuk mencari nafkah seperti berburu. Tangan kiri lelaki tidak sebaik tangan kanan dan jika lelaki menyerang lebih dari 90% pergerakan dilakukan oleh bahagian kanan badan.
a
Untuk pengetahuan pembaca, selain struktur otak, hormon memainkan peranan di dalam penentuan sikap perempuan. Dibawah saya senaraikan hormon-hormon berkaitan. Nota ini berdasarkan kursus saya yang lalu (nota ringkas sahaja - jika pembaca mahukan lebih banyak cerita, kena karanglah dulu. Walaubagaimanapun, apabila telah membaca, tinggalkan komen atau permintaan anda. Saya sedia mendengarnya.)
a
•Hormon – oestrogen
–Menggalakkan pengeluaran hormon stress ‘cortisol’
–Perempuan akan cepat rasa stress berbanding lelaki
–Mengaktifkan kawasan neuron yang lebih besar – dapat mengingat peristiwa lebih lengkap susunannya
a
•Lelaki – Testosterone
–Botak
–Lebih aggresif
–Lebih fokus untuk satu matlamat
a
•Hormon Testosterone:
–Hormon utama bagi keinginan seks
–Testosterone lelaki akan menurun
•Lelaki akan kurang agresif semasa seks dan memberi perhatian pada perempuan
–Testosterone perempuan akan meningkat
•Perempuan agresif semasa seks
a
. Hormon pheromones:
–Kitaran menstrual bagi perempuan yang tinggal bersama akan hampir serentak
–Lelaki – akan lebih berjanggut / bermisai bila didampingi perempuan
–Meningkatkan tarikan seksual
a
•Hormon dopamine:
–Penghantar perasaan seronok
–Bercinta – rasa seronok / gembira
–Juga: Hisap rokok, kokain = hormon yg sama
–Ketagih untuk lakukannya lagi
–Aktiviti mencari keseronokan
a
•2 hormon lain:
•PEA – menggalakkan penghasilan dopamine
–Kesannya:
–Perhubungan antara sel-sel tinggi
–Berfikiran jelas / lega
–Seronok sangat – terutamanya minggu pertama bercinta
a
•Noradrenaline
–Kesannya:
–Meningkatkan tekanan darah, degupan jantung
–Tapak tangan berpeluh
–Fokus tinggi kepada orang yang dicintai
a
•Hormon oxytocin dihasil – hormon cinta
–Menggalakkan keinginan seks
–Selera seksual
–Meningkat semasa seks & kepuasan
–Meningkatkan bilangan sperma
–Mengurangkan kesan pada memori – kesan perbalahan / pertengkaran
a
•Hormon pada perempuan
–Lambat turun ke tahap normal berbanding lelaki
•University Pisa, Italy
–Tahap testosterone lelaki dan perempuan akan meningkat sama bila bercinta
–2 tahun selepas – tahap testosterone kembali ke normal
Maka, antara jawapan mengapa lelaki semasa bercinta... bagai nak rak! bila dah kahwin, dia jalan jauh di hadapan, ialah disebabkan hormon-hormon di atas.
aa
Banyak lagi perbezaan lelaki dan perempuan yang ketara, tetapi saya tidak dapat menggambarkan di sini disebabkan ruangan yang terhad.
a
ZMS