Sunday, February 1, 2009

Lelaki dan Perempuan - Mereka Berbeza

Di dalam artikel-artikel yang lalu, saya membincangkan perbezaan di antara lelaki dan perempuan. Mereka berbeza dari pelbagai aspek, dari otak, kelakuan sehinggalah cara berfikir. Tiada siapa yang lemah, tidak bijak, kekurangan ataupun apa-apa jua sekalipun. Lelaki dan perempuan hanyalah berbeza. Mereka BERBEZA. Tiada yang baik atau buruk. Itulah yang saya garapkan di dalam blog ini. Kita semua harus faham bahawa kita berbeza agar perhubungan dan komunikasi di antara lelaki dan perempuan menjadi lebih lancar. Saya tidak menjatuhkan mana-mana kaum Adam mahupun Hawa. Mereka hanyalah berbeza!
.
Justeru, laman blog ini tidak harus dihina mahupun dikeji oleh orang yang merasakan saya bertindak kelelakian atau keperempuanan. Percayalah, saya tidak bertindak sedemikian. Juga, gelaran 'Dr.' atas kejayaan saya memperolehi ijazah PhD dari universiti terkemuka dunia tidak harus dikeji, dihina atau dijatuhkan maruah oleh orang yang salah faham. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan kepada saudari yang bijaksana. Juga, saya tidak memesongkan ilmu pengetahuan generasi masa hadapan melalui penulisan saya sepertimana dakwaan saudari. Niat saya ikhlas untuk memberi ilmu. Saya tidak perlu diugut oleh saudari.
.
Semoga saudari berbahagia dengan apa yang saudari lakukan.
.
Saya tetap dengan pendirian bahawa ilmu harus dikongsi dan kritikan harus membina dan menghormati (ResPeks) pandangan orang lain harus menjadi amalan. Sebagai seorang Melayu saya berpegang kepada ketinggian budi bahasa dan budaya santun bila berbahasa dengan orang yang lebih tua mahupun muda. Saudari, sebagai seorang adik yang berusia awal dua puluhan tidak harus menempelak dengan keji kepada seorang abang yang akhir 30an, inikan pula saya tidak pernah mengkeji mahupun menghina latarbelakang mahupun pendidikan sesiapa pun. Saudari dari negara jiran bersebelahan Sbh dan Srwk, sedarlah, lelaki dan perempuan adalah berbeza tetapi mereka istimewa. PEREMPUAN adalah nenek, ibu, ibu mertua, isteri, adik beradik dan anak kepada saya, dan saya tegaskan di sini bahawa mereka adalah amat-amat istimewa dan tidak harus dikeji, dihina atau direndah-rendahkan, tetapi, kita harus faham bahawa mereka (lelaki dan perempuan) adalah berbeza agar kita dapat melayan mereka sewajarnya dan kita berbahagia selamanya.
.
Sedarlah saudari bahawa tiada siapa yang sangat pandai di dunia ini sehingga dengan mudah mengkeji dan menghina pengetahuan dan pandangan orang lain. Bagi saya yang masih dahagakan ilmu, semakin tinggi pendidikan, semakin banyak yang saya tidak tahu, semakin rendah diri saya rasakan. Saya masih mencari-cari dan meraba-raba pelbagai ilmu dan seterusnya berkongsi dengan setidak-tidaknya rakyat Malaysia (jika @ sekiranya rakyat negara lain tidak tahu nilai dan erti ilmu yang saya cuba kongsikan) dan saya terhutang budi kepada rakyat Malaysia kerana wang ringgit mereka lah yang membiayai setiap tahap pendidikan saya dari sekolah rendah sehinggalah ijazah tertinggi PhD.
.
Saudari dari negara jiran...., jauhilah sifat angkuh dan memandang rendah kepada orang lain. Berkongsi ilmu adalah amalan baik dunia dan akhirat. Janganlah terlalu taksub kepada kehebatan diri.
.
Saya doakan saudari berjaya di dalam kehidupan dan mengecapi kebahagiaan hidup serta berjaya melempar jauh sifat amarah.
.
ZMS
.
.

No comments:

Post a Comment