Tuesday, February 17, 2009

Kejayaan Adalah Bagaimana Anda Menyelesaikan Masalah/Kesukaran

Kita sering mendengar kata-kata hikmah seperti 'Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya', yang menjelaskan bahawa kejayaan yang diingini haruslah diusahakan dan setiap individu harus berdepan dengan segala cabaran dan dugaan. Tiada apa pun yang mudah di dalam dunia ini. Saya pernah berbual dengan seorang rakan berbangsa Cina yang berkata 'Mau hidup pun susah, mau mati lagi susah wooo...'. Beliau menjelaskan bahawa pelbagai kesukaran perlu dihadapi di dalam kehidupan demi menyara diri dan keluarga dan jika seseorang seperti beliau meninggal dunia, banyak wang perlu disediakan untuk urusan pengkebumian. Dengan kata lain, tiada satu pun yang mudah di dunia ini. Semua perkara yang diingini memerlukan usaha gigih.
.
Sebenarnya, sesebuah kejayaan meruntun usaha dan pengorbanan berterusan. Kejayaan adalah satu proses yang tiada penghujung atau titik noktah. Anda sentiasa berhadapan dengan masalah yang perlu diselesaikan. Apabila anda berjaya menyelesaikan satu masalah, beberapa masalah baharu muncul dan perlu diselesaikan. Setiap hari anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Setiap hari adalah kejayaan yang tersendiri kerana anda berjaya menyelesaikan pelbagai masalah pada hari tersebut. Oleh itu, kejayaan sebenar diukur melalui kematangan dan kehebatan berfikir bagi melalui proses kehidupan yang dinamik. Orang yang hebat akan sentiasa tenang dan berfikiran positif bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya.
.
DRZ
.
.

No comments:

Post a Comment