Secara umumnya (jangan salah faham, ini adalah secara umum... dan ianya berbeza di dalam keadaan tertentu dan juga gaya kehidupan kini mungkin sedikit sebanyak mengubah situasi ini), perempuan dapat melihat dalam kawasan yang lebih luas berbanding lelaki. Seperti mana yang saya pernah bincangkan dahulu (klik di sini, dan sini), penglihatan lelaki adalah menumpu pada sesuatu objek atau sesuatu kawasan yang ingin mereka lihat, dan, perempuan pula mempunyai penglihatan yang lebih mencapah sehingga 180 darjah. Dengan kata lain, lelaki perlu memusingkan kepala atau mengalihkan pandangannya demi untuk melihat objek yang sama di kiri atau kanan penglihatannya yang mana perempuan tidak perlu melakukannya dan hanya perlu menjeling atau mengalihkan bebola mata mereka. Mengapa? Kenapa? dan Apa kesannya?
.
Di dalam keadaan biasa, berbillion photons cahaya (atau bersamaan 100 mega bait maklumat komputer) menghujani retina mata setiap saat. Jumlah cahaya ini adalah terlalu banyak buat mata dan otak untuk mentafsirnya. Maka, otak akan memfokus dan memilih objek atau perkara yang ingin dilihat oleh seseorang. Otak mereka akan menyunting (edit) maklumat yang hanya diminati oleh seseorang.
.
Kejadian manusia telah menunjukkan pada asalnya tugas utama lelaki adalah mencari rezeki dengan cara berburu atau keluar rumah untuk mencari sesuatu buat santapan sekeluarga. Maka, minda lelaki telah direkabentuk agar cekap melihat pada pandangan jarak jauh dan menumpu. Dengan cara ini, lelaki cekap melihat kelibat mangsa dan mampu meneka jarak, arah dan kelajuan mangsa. Lelaki harus berjaya menangka haiwan atau membawa pulang makanan yang dicari. Semua perkara yang saya nyatakan di atas adalah secara umumnya kejadian manusia yang bernama lelaki. Ini menjadikan cara lelaki melihat, menafsir penglihatan dan bertindakbalas secara berbeza dengan perempuan.
.
Semua insan sedia telah sedia maklum bahawa perempuan adalah insan istimewa yang kejadian asalnya melahirkan dan mendidik anak-anak, dan menyokong lelaki di rumah. Perempuan akan menjaga isi rumah seperti melindung anak atau dengan kata lain, perempuan menjadi penjaga sarang dari semua kemungkinan. Maka, cara perempuan melihat sudah pasti berbeza berbanding cara lelaki melihat dan menafsir penglihatan mereka walaupun melihat objek atau perkara yang sama. Seorang perempuan (yang juga ibu) akan melihat dan memastikan kawasan sekelilingnya selamat dan jauh dari ancaman kepada anak-anaknya. Maka, seorang perempuan akan memastikan penglihatan mereka cukup luas agar dapat melihat semua ancaman yang ada. Maka, perempuan akan memastikan tiada nyamuk dan pacat mengancam anak-anak mereka, dan lain-lain pemangsa atau ancaman di kawasan mereka berada. Perempuan melindungi jagaannya dan mata mereka sentiasa berjaga-jaga kepada perubahan persekitarannya, maka, keperluan ini menjadikan penglihatan mereka secara mencapah dan menafsir maklumat penglihatan di persekitarannya.
.
Namun, disebabkan cara kehidupan, latihan dan pendidikan, berlaku sedikit perubahan kepada cara penglihatan lelaki dan perempuan pada masa kini. Jika perempuan dilatih menjadi seorang tentera atau polis, sudah pasti penglihatan dan tafsiran cara lelaki diperlukan oleh mereka demi tugas yang serba mencabar itu. Jika lelaki menjalani latihan dan tugasan perempuan seperti tukang masak atau jururawat, maka, cara mereka melihat dan menafsir penglihatan akan disesuaikan mengikut keperluan ini. Saya sering mendengar terdapat lelaki yang boleh melihat dengan cara perempuan melihat dan menafikan apa yang saya terangkan di atas. Ya... memang perbezaan akan berlaku kepada orang tertentu selepas mereka menjalani kehidupan yang berbeza atau menurut keperluan seks yang bertentangan seks mereka. Perubahan akan berlaku. Apa yang saya bincangkan di atas adalah secara umum dan menurut keperluan kehidupan masing-masing.
.
.
ZMS
.
.
No comments:
Post a Comment