Wednesday, February 4, 2009

Antara Makanan Rasulullah

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menyukai daging. Adapun bahagian yang paling Baginda sukai adalah bahagian paha dan kaki depan domba. Kerana itulah wanita Yahudi menyusupkan racun di bahagian ini.
.
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah dijamu dan diberi bahagian lengan. Maka Baginda sangat tertarik kepadanya.
.
Bahagian yang paling disukai Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam itu adalah daging yang paling mudah dicerna perut, sama ada daging di bahagian lengan atau paha.
.
Rasulullah juga menyukai yang manis-manis dan madu. Diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu Anha, dia berkata, "Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam menyukai manisan dan madu."
.
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam juga menyukai roti yang diberi kuah, selagi ada kuah. Kadangkala Baginda campur juga dengan daging, kadangkala dengan labu, kadangkala dengan kurma dan kadangkala dengan cuka. Baginda bersabda, "Kuah yang paling baik ialah cuka.
.
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam makan buah-buahan asli daerah sendiri, ketika tiba musimnya dan tidak anti padanya. Hal ini juga menjadi penyebab utama dalam menjaga kesihatan.
.
dipetik dari buku: Aiman, Abdul Fattah (2006) Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu NABI. Shah Alam: Pustaka Dini. Judul Asal: Asy-Syifa' Min Wahyi Khatamil Anbiya', Terjemahan: Kathur Suhardi, Pustaka As-Sabil, Jakarta.

No comments:

Post a Comment