Tuesday, February 17, 2009

Hormon Estrogen dan Kepetahan Bercakap

Seperti di dalam perbincangan yang lepas, perempuan memiliki banyak hormon estrogen di dalam tubuhnya berbanding lelaki. Keadaan ini menyebabkan tindakbalas berbeza berlaku di dalam tubuh perempuan dan kesannya ialah cara perempuan bercakap dan mengalami stress adalah berbeza dengan lelaki.
.
Hormon estrogen membantu rembesan hormon stress iaitu hormon cortisol dan rembesan ini berlaku di dalam tempoh agak lama. Kesan dari rembesan ini ialah di dalam situasi atau masalah yang sama, perempuan akan merasa stress yang lebih berbanding lelaki.
.
Juga, hormon estrogen mengaktifkan kawasan neuron-neuron otak perempuan yang lebih luas berbanding lelaki. Apabila semakin luas kawasan neuron otak diaktifkan, komunikasi di antara neuron-neuron menjadi lebih lancar dan kesannya ialah lebih rangkaian/rantaian di antara maklumat-maklumat (memori) yang tersimpan di dalam otak perempuan. Perempuan akan dapat mengingat dengan lebih baik berbanding lelaki tentang isu-isu, fakta-fakta dan peristiwa lampau. Mereka mampu mengeluarkan memori yang jauh lebih lengkap yang mana ramai lelaki tidak mampu melakukannya. Situasi ini membolehkan perempuan mengingat peristiwa merbahaya yang bersesuaian dengan tugas mereka sebagai ibu.
.
Bersambung... DRZ
.

No comments:

Post a Comment