Ramai yang tidak memahami mengapa mereka sering bertengkar atau berselisih faham dengan pasangan. Kadangkala, perkara atau isu yang menjadi bahan pertengkaran adalah kecil atau remeh. Namun, lelaki dan perempuan sering menjadikan isu-isu kecil ini sebagai alasan untuk berselisih faham. Akibatnya, perhubungan yang sekian lama dibina menemui jalan buntu atau gagal. Mengapa? Cuba fikirkan...
.
Antara sebab kegagalan sesebuah perhubungan ialah lelaki tidak memahami mengapa perempuan tidak seperti atau tidak seakan-akan lelaki, dan perempuan mengharapkan / menjangkakan lelaki berkelakuan seperti mereka. Contohnya, lelaki mengharapkan perempuan bercakap bila perlu dan 'straight to the point'. Manakala, perempuan mengharapkan lelaki bercerita tentang masalah atau meluahkan perasaan atau kebingungan kepada mereka. Lelaki mengharapkan perempuan bersiap-sedia untuk membeli belah dan tidak mengadakan lawatan ke setiap kedai menjual baju atau kasut yang ada di setiap tingkat dan penjuru Mid Valley Mega Mall. Perempuan pula mengharapkan lelaki seronok berjalan-jalan membeli belah di setiap kedai di setiap tingkat pusat membeli belah KLCC walaupun akhirnya perempuan hanya membeli sebatang pen dan sehelai tudung, dan perempuan mengharapkan lelaki yang dicintai tersenyum lebar dan puas serta seronok melakukan 'window shopping' tanpa menunjukkan muka 'boring' mereka!
..
Saya bukanlah anti lelaki atau anti perempuan. Juga, bukan tugas saya untuk menyokong kaum Adam mahupun kaum Hawa. Yang penting di sini ialah lelaki dan perempuan harus faham bahawa secara umumnya cara lelaki berfikir dan melakukan sesuatu adalah berbeza dengan cara perempuan. Sekiranya, anda bersedia dan sentiasa sedar bahawa lelaki dan perempuan berbeza, anda akan dapat mengurangkan stress di dalam perhubungan demi sebuah ikatan yang lebih mesra, sihat dan harmoni.
.
ZMS
.
No comments:
Post a Comment