Friday, February 27, 2009

Perbezaan Lelaki dan Perempuan Ditentukan?

Jawapan kepada persoalan ini ialah 'Ya' dan 'Tidak'. Sememangnya jantina terhasil secara biologi (ketentuan Ilahi) yang disumbangkan oleh kromosom ibu bapa dan hasilnya terbentuk organ seks lelaki dan perempuan. Organ-organ ini seterusnya 'melepaskan' hormon-hormon khusus jantina yang menghasilkan tindakbalas tertentu di setiap organ termasuk otak.
.
Tahap-tahap hormon yang dirembeskan berbeza dan ianya membentuk perlakuan kita di dalam kehidupan. Sebahagian dari perbezaan lelaki dan perempuan telah terjadi dengan sendirinya sejak dilahirkan (dengan izin dan ketentuan Allah). Sebaik kita dilahirkan, persekitaran di mana kita hidup juga memain peranan di dalam pembentukan diri dan kelakuan seseorang di dalam kontek kelelakian atau keperempuanan. Persekitaran kita mampu mengubah apa yang telah terbentuk di dalam badan / otak sejak dilahirkan. Ianya mengubah cara kita bertindak dan berkomunikasi dengan orang lain.
.
Pengalaman seseorang menjadi kerangka yang membentuk perlakuan dan tindakbalas seseorang. Melayan dan bertindak dengan cara 'perempuan' kepada anak perempuan akan membentuk dan menjadikannya seorang perempuan atau 'lebih' perempuan. Sebaliknya, melayan atau menyediakan persekitaran 'perempuan' kepada anak lelaki akan menjadikan anak lelaki ke arah 'perempuan' atau 'lebih perempuan'. Seseorang lelaki yang cenderung bersikap dan beraksi seperti 'perempuan' yang hidup di dalam kelompok atau kumpulan yang 'seangkatan' dengannya akan menjadi lebih 'lembut' dan 'keperempuanan'.
.
DRZ
.

Thursday, February 26, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

From: HALIMATUL SAADIAH BINTI AHMAD AHMAD elly_130478@yahoo.com.my
Date: 2009/2/26
Subject: ReSpeKs2008... Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
.
Siti Nur Bahyah berkata,
.
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
.
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
.
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
.
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
.
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
.
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
.
"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"
.

Wednesday, February 25, 2009

Being Persuasive-4

Talk About the "Bandwagon" to Those Who Like to Jump On It.
Whether to save the effort of thinking for themselves or to meet their needs of belonging, these people pay a great deal of attention to what everyone else is doing. Passwords here include: "The trends show…" "Experts in the field seem to think…" "The leading-edge companies have implemented…" With these people, you need to provide testimonials of what others think of your ideas.
.
.

Quote

To do what others cannot do is talent.
To do what talent cannot do is genius.
— Will Henry
.
.

10 jenis makanan anti kolestrol

From: Rohayu Mohd Yusop < rohayu.yusop@wdc.com >
Date: Jun 13, 2007 11:48 AM
.
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
.
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
.
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
.
5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
.

Rileks Kejap: Just Kidding (Jangan Marah...)

.
AISYAH...
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak..Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam kearah si isteri....
.
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu,"
.
lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."
.
.
******************************************************************
.
PENIMBANG BERAT
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alatpengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya denganmembayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang..
..
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputermenjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"
.
.
****************************************************************
.
Siapa Ini?
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Erkkk..."
.
.

Tuesday, February 24, 2009

Kekadang Kita Tak Terfikir Pun

From: HISYAMUDIN SELMAT [mailto:hisyam@ samsung.com]
Sent: Tuesday, February 24, 2009 1:55 PM To: Subject: Kekadang kita tak terfikir pun....
.
RENUNGAN:
.
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
.
3) Badminton ----- Golf ----
.
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
.
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
.
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
.
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
.
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
.
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong .
.
TETAPI...
.
.

KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA.....
.
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
.
ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...
.
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'
.
Umpamanya:
.
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
.
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
.
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
.
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
.
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/m asjid . ...
.
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
.
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
.
8) Apa -apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .
.
Contohnya:
.
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......
.
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. ... bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu.... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ...dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...
.
infiniti...
.
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, merekadiseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'
.
.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
.
1. Orang-orang yang mati syahid.
.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
.
3 . Orang berpuasa di hari Arafah.'
.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
.
Wassalam.
p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la.. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
.

Monday, February 23, 2009

Quote

If you don’t learn to laugh at trouble,
you won’t have anything to laugh at when you grow old.
— Edgar Watson Howe

Being Persuasive-3

Talk About Facts and Statistics to Those Who Think Analytically.
These people don't buy cereal without figuring out the cost per ounce. Even if they are persuaded by emotion, they'll ask for the supporting evidence so as not to be embarrassed should anyone ask the reason for their breakfast choices. They don't believe in "soft dollars," "soft skills," or "soft data." Quantify everything.
.

Sunday, February 22, 2009

Being Persuasive-2

Talk About Rewards and Incentives to Those People Who Think in Terms of Payoffs.
Some people wake up every morning looking for ways to make their life better: how to save time, how to save money, how to move ahead in their careers, how to be better managers, how to get their coworkers to like them, how to win the lottery, how to complete a crossword puzzle. If these people are the group you have to win over, highlight the personal and corporate benefits of acting on your ideas.
.

Quote

Originality is not seen in single words or even sentences.
Originality is the sum total of a man’s thinking and writing.
— Isaac Bashevis Singer
.

Quote

One has two duties—to be worried and not to be worried.
— E. M. Forster
.

PANADOL

Maklumat dari seorang rakan yang latarbelakang 'Medical Doctor' berkenaan penggunaan Panadol.
.
From: drabdulhadi drabdulhadi@yahoo.co.uk
Sent: Sunday, 22 February, 2009 3:33:19
Subject: [xMRSMJasin_Batch84-88]
Re: Fw: TRY 100PLUS with WATER - NOT PANADOL
.
just to make a comment on this matter..
FYI, all drug given by doctors are hazardous if taken more than what was prescribed. Including Panadol. The problem with panadol, it is over the counter medication. Meaning anybody can buy it without doctor prescription. It is safe as long as it is taken according to the instruction. Unfortunately, some people ignore the warning and subsequent consume more than what was supposed to be taken. Therefore, it will accumulate & become toxic to body, causing LIVER FAILURE... not kidney failure as mention by mie. May be his ex-gf was unfortunate to develop kidney failure needing dialysis, but it is unlikely due to panadol consumption. It may be due to some other kidney diseases affecting the kidney's ability to filter all the toxic material in the blood. Liver and kidney have excellent capacity to detoxify our body. If there are no underlying problem, it will last a lifetime. Some people who consume EXCESSIVE amount of alcohol will eventually develop liver failure due to accumulation of fat & toxic material in the liver cells. This will eventually lead to liver failure, liver chirrosis and liver cancer.Panadol can be fatal if taken excessively at a time. If taken according to prescription, liver will metabolize it and eventually excrete it through faeces. I have seen a girl died due to panadol toxicity. She consume probably about 50 tablets of panadol after breaking of with her bf. By the time she came to the hospital, all the panadol have been digested & entered her blood stream. If she was brought earlier, she will undergo gastric lavage to clear whatever tablets inside her stomach. Unfortunately, she came late. There was no antidote for panadol toxicity. We hope that her liver manage to clear all the by-product of panadol but it was probably to much to handle at one time. Her liver function deteriorate within a ew days and she succumbed about 2 weeks later.So, be aware of all the warning behind the panadol strip or in the box. Please see a doctor if you're not sure. We will be happy to assist you because we care.Last but not least, please be aware that some matters are not what it seems to be. Please consult if you're not sure.
Thank you...
hadi

Saturday, February 21, 2009

Where do you keep your handphone normally?-my goodness!!!

[Credit to = faies/cc/sbt & zakiah@silverstone.com.my ]
.
This morning I heard a sad real story from my colleague. She told me one of her friend always miscarriage when the baby 2-3 months old for few times continuously in few years time. The couple went to check with many doctors and lastly one of the doctor check on the death baby and found out the baby ' s body cells keeping die when baby growing up until he/she cannot be survived. This is because her uterus has been affected by HANDPHONE radiotion. The doctor told she has no chance to get baby no matter how because the radiotion affected her uterus which the major portion of her uterus cells already death, cannot carry healthy baby. All this because she has been keeping her handphone in her working jacket in which the position is just right next to the uterus positon for few years time. Please beware and take note the consequences is not worth it.
.
Dearest family members,
Please do not overlook the handphone radiation which will affect our health or body organs. Please put away your handphone when ever you don ' t need it much .
.
Guys,
Please do not keep your handphone near to the kidney position and pants pocket as this will hurt and affect your ' production ' if you plan to get baby.
.
The other doctor also advice anotherfriend tokeep away handphone to her new born baby to avoid radiotion to baby ' s brain and cells. Do not let the baby or toddler play with the handphone for long time. This is because the small young baby or toddler still very fragile and most probably they cannot take the radiotion.
.
Please remind yourself do not sleep together with your handphone or put next to your bed. Keep away any other electronic goods (such as tv also) which got radiotion away from your bedroom to reduce risk as we have to sleep few hours a day in our bedroom at night. Do not think that you switch off the TV it will be no radiotion actually it is still around in your room just not eyes visible,<> even the small alarm clock not to be advised to put just next to your head while sleeping.
.
Care about yourself & your loved ones.

Friday, February 20, 2009

Erti Sebuah Kejayaan Kepada...

Kejayaan ditafsir secara berbeza-beza menurut perspektif tersendiri. Akhir-akhir ini, kejayaan telah ditafsir lebih menjurus kepada budaya materialistik. Sebagai contohnya, ibu bapa dan pelajar-pelajar meletakkan kejayaan sebagai kemampuan memperolehi seberapa banyak bilangan 'A'. PMR, UPSR, SPM, STP, Universiti adalah medan di mana pengumpulan sebanyak mungkin bilangan 'A' bagi menunjukkan kejayaan seseorang. Apabila seseorang itu tamat pengajian dan menceburi dunia pekerjaan, kejayaan diukur kepada jumlah wang atau kekayaan seseorang. Semakin kaya seseorang, dia dianggap sebagai berjaya. Semakin besar dan berjenama kereta yang dipandu oleh seseorang, beliau dianggap telah berjaya. Trend ini menular di dalam pemikiran masyarakat seumpama barah. Akibatnya, dunia masa kini menilai kejayaan secara kurang tepat dan masalah sosial mula timbul seperti pekerja-pekerja yang tidak beretika, penyelewengan, rasuah, salah laku dan sebagainya.
.
Semasa dibangku sekolah, anak-anak golongan pelajar berusaha sedaya upaya untuk meraih bilangan 'A' sebanyak mungkin. Telah menjadi trend masa kini untuk menghantar anak-anak ke tusyen pada waktu petang dan malam. Gaya hidup anak-anak masa kini telah jauh berubah berbanding zaman bapa atau datuk mereka di sekolah. Jika anak-anak tidak dihantar ke tusyen, seolah-olah dunia pendidikan mereka tidak lengkap. Ibu bapa gusar sekiranya anak-anak tidak ke tusyen dan berkemungkinan untuk 'gagal' adalah tinggi. Maka, masing-masing berlumba-lumba mencari tempat tusyen untuk anak-anak mereka. Guru-guru pula berpeluang untuk menambah pendapatan dengan cara membuka pusat tusyen untuk anak murid mereka. Jika di dalam pengajaran, anak murid tidak cukup cerdik dan tidak dapat menerima apa yang diajar... 'Oooo tidak mengapa, petang nanti datang tusyen di rumah saya'. Apa yang diajar waktu pagi dan apa yang diajar waktu tusyen??? Namun, matlamat utama ialah untuk berjaya mendapat 'A' sebanyak mungkin.
.
Saya berpendapat budaya sebegini adalah tidak sihat dan terpesong berbanding takrif kejayaan oleh masyarakat dahulu. Sepertimana yang pernah saya tulis dahulu bahawa di zaman dahulu, ibu bapa menyerahkan anak-anak mereka kepada guru untuk dididik. Guru menjadi ibu bapa ke 2. Anak murid ke sekolah untuk menimba ilmu dan bukannya menimba 'bilangan A... A... A...'. Sekiranya anak murid mereka melakukan kesalahan atau kesilapan, guru masih boleh menegur atau mendenda berbanding sekarang guru akan disaman di mahkamah atau dilaporkan kepada polis sekiranya menyentuh anak murid mereka. Anak murid ke sekolah hanyalah untuk menjala 'A' dan bukannya ilmu. Kejayaan = A... dahulu, kejayaan = ilmu...
.
Seharusnya kejayaan dilihat didalam perspektif yang lebih meluas lagi. Kejayaan harus dilihat dari aspek kemanusiaan dan ianya berbeza-beza di kalangan orang yang menakrifnya. Kejayaan bukan sahaja terhad kepada bilangan 'A' yang diperolehi atau jumlah wang yang dimiliki atau kereta yang dipandu. Berikut saya nukilkan kejayaan menurut kaca mata berbeza (dari pandangan saya).
.
Pelajar
Kejayaan bererti menimba ilmu, membentuk minda cemerlang dan menggilap bakat untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna di masa hadapan.
.
Suami Isteri
Kejayaan bererti menjadikan perkahwinan/rumahtangga sepertimana yang mereka impikan dan mampu merayakan sambutan ulang tahun perkahwinan setiap tahun! Kejayaan juga bermaksud keluarga mereka mampu berkomunikasi secara terbuka dan dengan cara ini keluarga menjadi komuniti yang prihatin dan berkongsi kehidupan sesama ahlinya dengan seronok.
.
Pakar Bedah
Kejayaan bererti berjaya menyelamatkan nyawa pesakit.
.
Peguam
Kejayaan bererti membantu masyarakat yang tidak pasti di dalam aspek perundangan. Kejayaan bererti membantu membebaskan orang yang tidak bersalah dari sabitan kes jenayah.
.
Guru
Kejayaan bererti memotivasikan dan memberikan semangat kepada anak murid agar mereka sedar bahawa setiap insan mempunyai potensi dan dijadikan tuhan sebagai insan bijak, bukannya bodoh, dan membantu pelajar membangunkan keyakinan diri dan mencapai tahap kemajuan diri yang mereka tidak pernah terfikir sebelumnya.
.
Jurujual
Kejayaan bererti membantu orang yang mempunyai masalah atau ingin melakukan sesuatu, dengan cara menjual produk atau perkhidmatan yang berupaya membantu kepada orang berkenaan.
.
Polis/Tentera
Kejayaan bererti mengekalkan keamanan dan peraturan/undang-undang dipatuhi demi kesejahteraan masyarakat.
.
Orang Sakit
Kejayaan bererti memulihkan kesihatan diri atau setidak-tidaknya menguruskan kesihatan diri dan penyakit agar dapat menempuhi kehidupan harian dengan cara yang lebih baik.
.
Orang Yang Putus Kaki
Kejayaan bererti mampu berjalan menggunakan kaki palsu dengan sempurna dan mampu melakukan kehidupan harian seperti orang normal. Jika mempunyai anak, orang yang putus kaki mampu mendukung dan membawa anak berjalan-jalan.
.
Maka, kejayaan bukan sahaja bererti kemampuan mengumpul sejumlah 'A' atau memiliki sejumlah wang ataupun memandu kereta hebat! Kejayaan adalah luas maknanya dan ianya bergantung kepada diri sendiri. Kejayaan sejati ialah apabila anda mampu melihat diri sendiri di cermin dan berbangga dengan diri anda sendiri. Anda berbangga kerana berjaya melakukan yang terbaik.
.
Kejayaan adalah kemampuan untuk meraih penghormatan diri bila mana anda mampu membawa kehidupan ke arah yang lebih baik, kebebasan, maruah, harga diri dan meraih peluang dan kemungkinan yang disediakan oleh Tuhan kepada setiap insan.
.
Maka, Kejayaan tidak pernah berpenghujung kerana kejayaan adalah suatu proses di dalam kehidupan.
.
DRZ

Quote

You cannot put a rope around the neck of an idea;
you cannot put an idea up against a barrack square wall
and riddle it with bullets; you cannot confine it in the strongest prison cell
that your slaves could ever build.
— Sean O’Casey
.
.

Quote

There’s times when I just have to quit thinking . . .
and the only way I can quit thinking is by shopping.
— Tammy Faye Bakker

Quote

...the man of genius...does not steal, he conquers.
— Alexandre Dumas
.
.

Food for Thought

Think today and speak tomorrow.
.
.

Thursday, February 19, 2009

Being Persuasive-1

Establish Credibility.
People believe people they like, people who are similar to them, people who are trustworthy, and people who have demonstrated expertise. Work on one or all of these to build your credibility with any given group. The higher your credibility, the greater impact your message will have. Aristotle summed it up this way: "Persuasion is achieved by the speaker's personal character when the speech is so spoken readily than others; this is true generally whatever the question is, and absolutely true where exact certainty is impossible and opinions are divided."
.
DRZ
.

Establishing A Track Record for Truth-9

Be Clear.
Sometimes the better we understand something the worse job we do of explaining it; our familiarity makes us careless in describing it. It’s difficult to remember when we didn’t know something that has become second nature. Ambiguity creeps in when we least expect it. Meaning depends on context, tone, timing, personal experience, and reference points.
.
Back in the days when copier equipment was said to "burn copies," an Army colonel hand-carried an important document to his new assistant and asked her to burn a copy. When the paper did not resurface on his desk in a few days, he discovered that the assistant had recently transferred from a high-security division. She had had the document incinerated. Are you clear? Are you sure? The best test of clarity is the result you see.
.
DRZ

Quote

My definition of an educated man
is the fellow who knows the right thing
to do at the time it has to be done...
You can be sincere and still be stupid.
— Charles F. Kettering
.

Quote

Judgment is more than skill.
It sets forth on intellectual seas
beyond the shores of hard indisputable
factual information.
— Kingman Brewster
.
.

Quote

Nothing pains some people more than having to think.
— Martin Luther King, Jr.
.
.

Wednesday, February 18, 2009

" AIR SEMBAHYANG "

credit to: "suria" <suria_7578@yahoo. ca>
.
" AIR SEMBAHYANG "
.
1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
.
3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .
.
4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
.
5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
.
6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
.
7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
.
8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri .
.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
.
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
.
Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah.
.

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

From: nazim shahrul <mailto:shahrulnazim@yahoo.com
Subject: 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
To:
Date: Thursday, January 29, 2009, 10:28 PM
.
Untuk renungan...
.
Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW. Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
.
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."
.
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
.
6. Aku melihat umatku cubauntuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
.
8. Aku mel ihat umatku cubaberbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
.
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

White Phosphorus - War Crime







































Tuesday, February 17, 2009

Hormon Estrogen dan Kepetahan Bercakap

Seperti di dalam perbincangan yang lepas, perempuan memiliki banyak hormon estrogen di dalam tubuhnya berbanding lelaki. Keadaan ini menyebabkan tindakbalas berbeza berlaku di dalam tubuh perempuan dan kesannya ialah cara perempuan bercakap dan mengalami stress adalah berbeza dengan lelaki.
.
Hormon estrogen membantu rembesan hormon stress iaitu hormon cortisol dan rembesan ini berlaku di dalam tempoh agak lama. Kesan dari rembesan ini ialah di dalam situasi atau masalah yang sama, perempuan akan merasa stress yang lebih berbanding lelaki.
.
Juga, hormon estrogen mengaktifkan kawasan neuron-neuron otak perempuan yang lebih luas berbanding lelaki. Apabila semakin luas kawasan neuron otak diaktifkan, komunikasi di antara neuron-neuron menjadi lebih lancar dan kesannya ialah lebih rangkaian/rantaian di antara maklumat-maklumat (memori) yang tersimpan di dalam otak perempuan. Perempuan akan dapat mengingat dengan lebih baik berbanding lelaki tentang isu-isu, fakta-fakta dan peristiwa lampau. Mereka mampu mengeluarkan memori yang jauh lebih lengkap yang mana ramai lelaki tidak mampu melakukannya. Situasi ini membolehkan perempuan mengingat peristiwa merbahaya yang bersesuaian dengan tugas mereka sebagai ibu.
.
Bersambung... DRZ
.

Kejayaan Adalah Bagaimana Anda Menyelesaikan Masalah/Kesukaran

Kita sering mendengar kata-kata hikmah seperti 'Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya', yang menjelaskan bahawa kejayaan yang diingini haruslah diusahakan dan setiap individu harus berdepan dengan segala cabaran dan dugaan. Tiada apa pun yang mudah di dalam dunia ini. Saya pernah berbual dengan seorang rakan berbangsa Cina yang berkata 'Mau hidup pun susah, mau mati lagi susah wooo...'. Beliau menjelaskan bahawa pelbagai kesukaran perlu dihadapi di dalam kehidupan demi menyara diri dan keluarga dan jika seseorang seperti beliau meninggal dunia, banyak wang perlu disediakan untuk urusan pengkebumian. Dengan kata lain, tiada satu pun yang mudah di dunia ini. Semua perkara yang diingini memerlukan usaha gigih.
.
Sebenarnya, sesebuah kejayaan meruntun usaha dan pengorbanan berterusan. Kejayaan adalah satu proses yang tiada penghujung atau titik noktah. Anda sentiasa berhadapan dengan masalah yang perlu diselesaikan. Apabila anda berjaya menyelesaikan satu masalah, beberapa masalah baharu muncul dan perlu diselesaikan. Setiap hari anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Setiap hari adalah kejayaan yang tersendiri kerana anda berjaya menyelesaikan pelbagai masalah pada hari tersebut. Oleh itu, kejayaan sebenar diukur melalui kematangan dan kehebatan berfikir bagi melalui proses kehidupan yang dinamik. Orang yang hebat akan sentiasa tenang dan berfikiran positif bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya.
.
DRZ
.
.

Quote

Originality exists in every individual
because each of us differs from the other.
We are all prime numbers divisible only by ourselves.
— Jean Guitton
.
.

Quote

Knowledge is power, if you know the right person.
— Ethel Watts Mumford
.
.

Monday, February 16, 2009

Kejayaan Tidak Berpenghujung... Kegagalan Bukan Muktamad

Kejayaan adalah satu pilihan dan bukannya warisan/nasib. Ianya lebih dari kemenangan atau kekalahan kerana kejayaan atau kegagalan adalah satu proses dalam kehidupan. Kejayaan tidak terhenti apabila pertandingan atau persaingan berakhir dan penonton pulang ke rumah masing-masing. Seseorang yang gagal atau kalah tidak akan kekal gagal sepanjang hidupnya. Kegagalan adalah satu pelajaran buat orang yang mempunyai akal fikiran dan kemahuan untuk mengubah nasib. Kegagalan membuatkan seseorang itu belajar cara-cara untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Kita telah melihat ramai orang yang gagal bangkit semula untuk meraih kejayaan yang gilang gemilang.
.
Pokok pangkalnya ialah kemahuan untuk bergerak maju di dalam kehidupan. Sebagai golongan pendidik, saya telah melihat banyak contoh di mana kegagalan seseorang di dalam pendidikan di usia muda tidak menghalang mereka untuk mencapai kejayaan. Ramai pelajar saya yang terdiri dari murid dewasa (atau matang) yang tidak berpeluang atau gagal mendapat tempat di menara gading pada usia muda mereka. Pelbagai faktor yang menghalang mereka pada suatu ketika dahulu. Namun, atas berkat usaha gigih, mereka mampu memasuki universiti walaupun pada ketika menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi, usia mereka di penghujung perkhidmatan ataupun telah memiliki keluarga besar. Tetapi, inilah proses kehidupan. Pengalaman lampau mengajar mereka untuk lebih berjaya. Sekiranya, dahulu mereka pernah gagal di dalam kehidupan, ilmu-ilmu yang yang perolehi dari peristiwa ini dijadikan panduan untuk mengorak langkah untuk berhadapan dengan realiti dan mencipta kejayaan yang setidak-tidaknya menjadi rekod peribadi dan keluarga.
.
Oleh itu, jadikan segala pengalaman hidup, baik yang manis mahupun pahit sebagai pelajaran di dalam memandu kehidupan ke arah yang lebih cemerlang. Kejayaan adalah suatu pilihan dan kejayaan adalah tanggungjawab diri sendiri. 100% tanggungjawab diri. Maka, pilihlah yang terbaik demi masa hadapan anda dan keluarga. Saya hanya boleh menasihati dan memberi pandangan. Segalanya di tangan anda yang bijaksana dan budiman.
.
Adios...
.
ZMS
.
.

Quote

I consider a human soul
without education like marble
in a quarry, which shows none of its
inherent beauties until the skill of the polisher
sketches out the colors, makes the
surface shine, and discovers
every ornamental cloud,
spot, and vein that
runs through it.
— Joseph Addison
.
.

Fungsi Otak Kiri dan Otak Kanan

Ramai yang tahu bahawa otak kiri dan otak kanan berfungsi untuk tugasan yang berbeza. Namun, ramai juga yang bertanya kepada saya persoalan berikut "buktikan kepada saya bahawa otak kiri dan otak kanan menjalankan tugas berbeza. Saya tak nampak pun perbezaannya. Teori sahaja... buktikan secara praktikal". Betul juga ya...
.
Ramai pakar motivasi sama ada yang terkenal atau tidak dikenali, sama ada yang menjadi selebriti (ikon TV) atau yang senyap sunyi... hanya pandai bercakap sahaja, tetapi tidak pernah membuktikannya kepada umum bahawa otak kiri dan kanan menjalankan tugas berbeza. Persoalannya bagaimana otak kanan dan kiri berbeza???
.
Saya ingin menunjukkan kepada anda satu perspektif yang mana otak kiri dan kanan menjalankan tugas yang berbeza. Di dalam gambarajah di bawah, anda dimohon MEMBACA WARNA dan bukannya TULISAN. Contoh: Perkataan pertama dibaca sebagai Green dan bukannya ejaan tulisan sebagai Yellow. Dan, begitulah seterusnya...
.
.
Saudara-saudari... ramai peserta kursus saya tersangkut (mengalami kesukaran) apabila membaca warna hingga ke barisan ketiga. Mengapa? Otak kanan membaca warna... tetapi otak kiri cuba membaca perkataan (mengeja huruf-huruf). Ini membuktikan fungsi yang berbeza dilaksanakan oleh kedua-dua belah otak.
.
ZMS
.
.

Sunday, February 15, 2009

Establishing A Track Record for Truth-8

Be Current.
Give up outdated data, opinions, and stereotypes. With information overload, data more than two or three years old can’t support your decisions. Correct, but outdated, statistics soon become incorrect. Recollect.
.
.

Quote of the day

Discussion is an exchange of knowledge;
argument an exchange of ignorance.
— Robert Quillen
.
.

Food for Thought

Inspiration is everywhere.
If you’re ready to appreciate it,
an ant can be one of the wonders of the universe.
.
.

Mood


Abang Tak Sensitif Lah!

Ketidakpekaan lelaki kepada emosi dan kelakuan perempuan adalah sesuatu yang menjadi punca kepada konflik antara lelaki dan perempuan di sana sini. Tidak percaya? Cuba tanya ramai perempuan yang telah berumahtangga. Apakah pengalaman mereka? Apabila perempuan marah, merajuk atau tarik muka masam, ramai lelaki buat tidak tahu sahaja. Bak kata orang 'buat dek je'. Sememangnya sensitiviti lelaki dan perempuan terhadap petunjuk-petunjuk bukan percakapan adalah berbeza. Perempuan mengharapkan lelaki memahami mereka apabila membuat 'perangai' tertentu, tetapi, lelaki tidak menunjukkan sebarang tindakbalas. Lelaki buat biasa aje!
.
Perempuan sering kecewa atau marah dengan kegagalan atau ketidakupayaan lelaki membaca 'perangai' mereka. Apabila perempuan menarik muka masam, mendiamkan diri, tidak menjawab pertanyaan, membebel, kelihatan marah, menangis... perempuan mengharapkan tindakbalas dari lelaki, tetapi, selalunya lelaki buat tidak tahu atau tidak melayan dan tidak 'ambil pusing' dengan 'perangai' perempuan ini. Alasan yang sering lelaki lontarkan apabila perempuan bertegang leher bahawa lelaki tidak memberi perhatian secukupnya kepada perasaan mereka ialah "mana saya tahu awak nak saya komen" atau "Saya bukan pandai baca hati dan perasaan awak". Cik Abang Oooo Cik Abang, mereka ini perlukan perhatian saudara... marah-marah tapi sayang!
.
Sebenarnya, lelaki tidak faham dengan 'petunjuk bukan lisan' yang ditunjukkan oleh perempuan. Juga, adalah kurang tepat (atau tidak adil) apabila menyalahkan lelaki kerana kegagalan mereka membaca 'signal' yang perempuan berikan. Jika matlamat perempuan ingin mempunyai komunikasi yang berkesan, anda harus ingat bahawa lelaki yang berhadapan dengan anda tidak mempunyai keupayaan membaca dan memahami 'petunjuk bukan lisan' atau 'perangai' yang mana anda sebagai perempuan sememangnya cekap untuk melakukan dan memahaminya. Kadangkala, secara sengaja atau tidak sengaja, perempuan terlalu sensitif kepada 'petunjuk bukan lisan' yang disampaikan oleh individu lain kepadanya. Sebagai contoh, seorang pelayan restoran berkemungkinan mempunyai masalah peribadi dan ketika melakukan tugasnya sebagai pelayan, dengan tidak sengaja telah menunjukkan sikap atau perangainya yang dipengaruhi oleh masalahnya. Situasi ini tidak harus mengganggu emosi pelanggan perempuan, tetapi, terdapat banyak kes pelanggan perempuan hilang 'mood' untuk makan atau terlalu marah dengan pelayan tersebut.
.
Saya berpendapat pasangan harus saling memahami kekurangan dan kelebihan pasangan mereka. Ketidakupayaan lelaki membaca dan memahami 'petunjuk bukan lisan' perempuan haruslah diterima seadanya dan perempuan harus berkongsi dengan lelaki cara mereka, dan juga, lelaki harus belajar dari pasangannya.
.
ZMS
.
.

Saturday, February 14, 2009

Alahai Pakcik dan Cik Abang Sayang...

Saintis melaporkan bahawa komunikasi di antara dua manusia melibatkan perkataan yang diluahkan dan juga yang tidak diluahkan seperti gerak badan dan emosi. Tahukah anda bahawa perkataan yang diluahkan hanya memainkan peranan kecil di dalam komunikasi. Kajian menunjukkan di dalam komunikasi muka ke muka, maklumat yang disampaikan adalah seperti berikut:

  • 60-80% petunjuk bukan percakapan
  • 20-30% percakapan (vokal)
  • 7-10% perkataan
Petunjuk bukan percakapan ini memainkan peranan besar seperti ekspresi muka (muka blur, muka toya je..., senyuman buat-buat, senyum sumbing, senyum ikhlas, muka marah, berkerut, terkejut beruk, muka macho, muka tak confident dan lain-lain).
.
Kajian menunjukkan perempuan mempunyai berkeupayaan yang lebih berbanding lelaki untuk menafsir dengan betul pelbagai ekpresi muka (raut wajah). Keupayaan ini adalah berkait rapat dengan fungsi kejadian perempuan sebagai ibu dan pendidik di dalam rumah tangga. Sebagai ibu, perempuan harus mempunyai kecekapan untuk mentafsir raut wajah bayi dan anak kecilnya untuk menentukan sama ada anaknya sakit seperti demam atau sakit perut.
.
Juga, lelaki sering terlepas pandang tentang keupayaan menafsir raut wajah yang dimiliki oleh perempuan. Apabila bercakap atau menemani perempuan ke pusat membeli belah, perempuan sering tersinggung dengan raut wajah lelaki. Tidak perlu diluahkan dengan kata-kata, perempuan telah tahu betapa bosannya lelaki yang menemaninya 'merayau-rayau' di dalam komplek membeli belah. Pakcik dan Cik Abang sayang ni cuba 'cover line' juga, tetapi tetap gagal dan 'kantoi' kerana perempuan sememangnya pandai membaca ekspresi muka.
.
Perempuan: Abang bosan ke?
Lelaki: Tak lah! I suka la... (Padahal, muka dia menceritakan segala-galanya. Dalam hati lelaki, 'cam ne dia ni tahu aku bosan giler!')
.
ZMS
.
.

Kata Pakar Tentang Perbezaan Lelaki dan Perempuan

Seorang pakar, Vivienne Parry, yang juga merupakan seorang saintis, penyunting dan penulis buku (The Truth About Hormone) menulis bagaimana lelaki dan perempuan mendengar dan menafsir apa yang didengari. Beliau menyatakan terdapat perbezaan di antara kedua-dua seks berlainan ini di dalam cara mendengar dan mentafsir maklumat yang didengari. Sebagai contohnya, seorang perempuan mungkin akan berkata kepada seorang lelaki bahawa beliau bosan dengan cara bosnya bertindak dan sejak akhir-akhir ini pejabatnya terlalu sibuk sehinggakan beliau rasa tertindas dengan jumlah kerja dan masalah yang perlu diselesaikan yang terlalu banyak.
.
Bagi perempuan, kenyataan sebegini adalah suatu jemputan untuk berbicara dan bersama-sama bercakap tentang isu pokok iaitu kesibukan, cara bos bertindak dan isu-isu berkaitan. Perempuan tidak mengharapkan jawapan. Yang diharapkan ialah lelaki akan bercakap dengannya tentang isu atau masalah yang dihadapi. Namun, telinga dan otak lelaki mentafsir dengan cara tersendiri. Bagi lelaki, apa yang disampaikan kepadanya adalah suatu jemputan untuk menyelesaikan masalah perempuan. Pendengaran dan tafsiran di minda lelaki ialah beliau harus membantu perempuan dengan memberikan jawapan dan senarai alternatif penyelesaian. Maka, lelaki akan memberikan jawapan seperti 'awak perlu berhenti kerja dan cari kerja lain...' atau jawapan-jawapan yang tidak digemari oleh perempuan. Pertembungan cara percakapan dan pendengaran ini sering wujud di dalam perhubungan, cuma, ianya tidak disedari oleh lelaki dan perempuan.
.
Seperkara lagi ialah keupayaan lelaki untuk memproses bahasa dan memahami apa yang diperkatakan kepadanya merosot bermula dari umur 35 tahun. Manakala, perempuan masih mengekalkan keupayaan dan keberkesanan mereka di dalam melakukan tugas yang sama sehinggalah mereka menopaus.
.
Mungkin... ramai di kalangan masyarakat agak ragu-ragu dengan penemuan ini dan merasakan ini satu penemuan kajian di dalam persekitaran barat yang mungkin berlainan berbanding persekitaran kita. Juga, tiada kajian di dalam persekitaran dan budaya Malaysia yang dilakukan yang boleh kita rujuk. Namun, apa yang dilaporkan oleh pakar-pakar barat memberikan kita sedikit gambaran bahawa lelaki dan perempuan bersikap dengan cara tersendiri dan ini mungkin disebabkan oleh keupayaan memproses bahasa dan pemahaman yang merosot akibat faktor usia. Mungkin juga, penemuan di barat ini boleh diterima pakai kerana kejadian manusia adalah serupa, walaupun, lokasi, budaya, pemakanan, persekitaran yang berbeza mencorakkan gaya hidup dan perkembangan diri yang berbeza.
.
Lihatlah pakcik dan makcik di sekeliling kita. Mereka sering bertelagah tentang apa yang diperkatakan oleh pakcik dan apa pula yang diperkatakan oleh makcik. Pakcik faham sebegini dan melakukan mengikut apa yang difahaminya. Makcik pula marahkan pakcik sebab pakcik tidak dengar betul-betul apa yang makcik katakan sehinggakan salah melakukan sesuatu atau tidak menurut perintah. Makcik mula membebel... pakcik seperti biasalah, terkedu dan termenung. Semakin tua seseorang lelaki dan perempuan, semakin banyak perkara yang mereka salah faham. Namun, mereka masih saling sayang menyayangi.
.
ZMS
.
.

Friday, February 13, 2009

Alfatihah

Seorang guru saya telah kembali ke Rahmatullah beberapa hari yang lepas. Alfatihah untuk Allahyarhamah Profesor Madya Dr. Lily Mastura.
.
Guru... jasanya bukan setakat sehari dua... ilmu yang diajar membentuk diri kita. Ilmu yang dicurahkan membentuk pemikiran kita. Ilmu yang disampaikan menjadi amalan kita sebagai ahli masyarakat. Dengan kata lain, guru membantu kita menjadi celik untuk melihat dunia, melihat kebenaran, melihat ciptaan tuhan. Ilmu yang disampaikan oleh guru berkekalan sepanjang hayat. Semoga guru dicucuri rahmat.
.
ALFATIHAH untuk semua guru kita yang telah meninggalkan anak murid yang disayangi...
.
ZMS
.

Quote

.
The thinker dies,
but his thoughts are beyond the reach of destruction.
Men are mortal; but ideas are immortal.
— Walter Lippmann —
.
.

Quote

.
Forty is the old age of youth; fifty is the youth of old age.
— Victor Hugo —
.
.

Sikap/Cara/Kelakuan/Kegemaran Kita... Iye Ke???

Pakar-pakar telah mem'plot'kan ciri-ciri atau perkara-perkara yang biasa bagi lelaki dan perempuan. Pelbagai rajah atau lakaran yang boleh kita dapati sama ada di internet mahupun di dalam buku-buku, majalah dan jurnal ilmiah. Semua gambaran ini hanyalah merujuk kepada sifat umum seseorang lelaki atau perempuan. Terdapat variasi kepada kelakuan kita atau orang yang hampir dengan kita jika dibandingkan dengan rajah di bawah. Ini mungkin terjadi disebabkan persekitaran, cara kehidupan, pendidikan dan pemakanan seseorang. Sebagai contohnya, seorang perempuan yang melalui pendidikan sebagai seorang jurutera atau tentera akan memiliki minat, sifat, kelakuan atau ciri yang terpesong dari gambaran di bawah. Ini tidak mustahil.

.

.
.

Sekiranya tuan dan puan pembaca tidak bersetuju dengan gambaran ini, tidak mengapa. Anggaplah ianya suatu pandangan alternatif kepada pandangan anda. Namun, setelah lebih 4 tahun berkecimpung di dalam bidang ini, saya mendapat maklum balas ke arah bersetuju dengan pandangan umum ini. Lihatlah perkataan-perkataan besar di rajah otak lelaki dan perempuan.
.
Jangalah terlalu serius... brader & sis... Senyum sikit... Alaaa... Janganlah marah pulak... Cuba fikirkan diri anda, rakan-rakan dan orang persekitaran, adakah sikap, kelakuan dan amalan mereka ke arah ini? Fikir-fikirkan...
..
ZMS
.
.

Akibat Tidak Dengar Kata...

Kita sering diberitahu bahawa jangan sesekali mendekati najis dadah dan suku kaumnya. Apa-apa sahaja yang mengakibatkan kerosakan kepada diri harus dijauhi kerana musibah yang bakal terjadi bakal menyusahkan diri di kemudian hari. Sering dilaporkan di dada akhbar bahawa ramai anak muda dan yang tak muda bergembira dan berseronok dengan cara mengambil pil Ecstasy. Perbuatan ini akan membawa mereka ke 'syurga khayalan' idaman. Namun, setiap perbuatan ada kosnya. Gambar di bawah adalah akibat dari pengambilan pil 'syurga idaman', di mana pengambilannya akan mengakibatkan kerosakan otak.


Jauhilah diri dari pil-pil 'gembira' dan kaum keluarganya. Walaupun terma-terma ancaman dan menjijikkan dilabelkan kepada dadah dan suku kaumnya (seperti 'Najis Dadah'), masih ramai masyarakat mengambilnya tanpa segan silu. Seharusnya, pendekatan pendidikan digunakan bagi menerapkan idea kepada anak-anak muda dibangku sekolah tentang bahayanya najis dadah ini.
.
ZMS
.
.

Thursday, February 12, 2009

Otak Dibawah Teropong!

  • Men have > gray matter
  • Women have > white matter

•Men => 6.5 times the amount of gray matter
•Women => 10 times the amount of white matter
•Gray matter = information processing centers in the brain (math)
•White matter = the networking of – or connections between – these processing centers (language).
.
ZMS
.
.

Jelingan Lelaki Selalu Kantoi...

Jika diamati secara umum, perempuan lebih cekap menjeling berbanding lelaki. Kelengkapan penglihatan secara mencapah (180 darjah) yang dimiliki oleh perempuan membolehkan mereka mengalihkan bebola mata untuk melihat sesuatu yang jauh dari pandangan mereka (dengan kata lain menjeling). Kebolehan ini menyebabkan mereka jarang ditangkap oleh lelaki akibat dari perbuatan menjeling. Lelaki memang tidak perasan perempuan sedang menjeling sesuatu atau menjeling ke arah mereka.
.
Penglihatan menumpu lelaki menyebabkan mereka melihat sesuatu secara fokus dan jika ada sesuatu yang menarik minatnya di sesuatu sudut, lelaki akan mengalihkan kepalanya ke arah objek atau sesuatu yang ingin dilihatnya. Maka, jika sesuatu yang baik dilihatnya (penglihatan lelaki), kaum perempuan (isteri atau pasangan) yang cekap dengan jelingan yang tidak dapat dikesan oleh lelaki akan berasa lega. Tetapi, jika lelaki ingin melihat perempuan lain yang menjolok matanya di tepi jalan, lelaki berkenaan akan mengalihkan pandangan dengan memusingkan kepalanya ke arah perempuan tersebut. Jelingan lelaki sebegini selalunya kantoi... perempuan pun naik angin dengan lelaki kesayangannya yang berminat melihat sesuatu yang mereka tidak suka. Perempuan cekap menjeling... lelaki tidak perasan yang mereka diperhatikan. Lelaki tidak cekap menjeling... perempuan akan selalu menangkap perbuatan mereka...
.
Wassalam...
.
ZMS
.
.

Quote

.
The human body experiences a powerful gravitational pull in the direction of hope. That is why the patient’s hopes are the physician’s secret weapon. They are the hidden ingredients in any prescription.
— Norman Cousins—
.
.

Establishing A Track Record for Truth-7

Be Complete.
Are you telling all you know? Recognize the difference between lies, half-truths, omissions, and cover-ups. True, but incomplete, statements can lead to false conclusions; literal truths, when offered without complete explanations, can lead to literal lies. Knowing smiles accompanied by long silences can elicit wrong conclusions. Lying happens in numerous ways. Intentions stand center stage here. Ultimately, questionable intentions cast doubt about character.

Kejadian Mata Perempuan dan Lelaki

Secara umumnya (jangan salah faham, ini adalah secara umum... dan ianya berbeza di dalam keadaan tertentu dan juga gaya kehidupan kini mungkin sedikit sebanyak mengubah situasi ini), perempuan dapat melihat dalam kawasan yang lebih luas berbanding lelaki. Seperti mana yang saya pernah bincangkan dahulu (klik di sini, dan sini), penglihatan lelaki adalah menumpu pada sesuatu objek atau sesuatu kawasan yang ingin mereka lihat, dan, perempuan pula mempunyai penglihatan yang lebih mencapah sehingga 180 darjah. Dengan kata lain, lelaki perlu memusingkan kepala atau mengalihkan pandangannya demi untuk melihat objek yang sama di kiri atau kanan penglihatannya yang mana perempuan tidak perlu melakukannya dan hanya perlu menjeling atau mengalihkan bebola mata mereka. Mengapa? Kenapa? dan Apa kesannya?
.
Di dalam keadaan biasa, berbillion photons cahaya (atau bersamaan 100 mega bait maklumat komputer) menghujani retina mata setiap saat. Jumlah cahaya ini adalah terlalu banyak buat mata dan otak untuk mentafsirnya. Maka, otak akan memfokus dan memilih objek atau perkara yang ingin dilihat oleh seseorang. Otak mereka akan menyunting (edit) maklumat yang hanya diminati oleh seseorang.
.
Kejadian manusia telah menunjukkan pada asalnya tugas utama lelaki adalah mencari rezeki dengan cara berburu atau keluar rumah untuk mencari sesuatu buat santapan sekeluarga. Maka, minda lelaki telah direkabentuk agar cekap melihat pada pandangan jarak jauh dan menumpu. Dengan cara ini, lelaki cekap melihat kelibat mangsa dan mampu meneka jarak, arah dan kelajuan mangsa. Lelaki harus berjaya menangka haiwan atau membawa pulang makanan yang dicari. Semua perkara yang saya nyatakan di atas adalah secara umumnya kejadian manusia yang bernama lelaki. Ini menjadikan cara lelaki melihat, menafsir penglihatan dan bertindakbalas secara berbeza dengan perempuan.
.
Semua insan sedia telah sedia maklum bahawa perempuan adalah insan istimewa yang kejadian asalnya melahirkan dan mendidik anak-anak, dan menyokong lelaki di rumah. Perempuan akan menjaga isi rumah seperti melindung anak atau dengan kata lain, perempuan menjadi penjaga sarang dari semua kemungkinan. Maka, cara perempuan melihat sudah pasti berbeza berbanding cara lelaki melihat dan menafsir penglihatan mereka walaupun melihat objek atau perkara yang sama. Seorang perempuan (yang juga ibu) akan melihat dan memastikan kawasan sekelilingnya selamat dan jauh dari ancaman kepada anak-anaknya. Maka, seorang perempuan akan memastikan penglihatan mereka cukup luas agar dapat melihat semua ancaman yang ada. Maka, perempuan akan memastikan tiada nyamuk dan pacat mengancam anak-anak mereka, dan lain-lain pemangsa atau ancaman di kawasan mereka berada. Perempuan melindungi jagaannya dan mata mereka sentiasa berjaga-jaga kepada perubahan persekitarannya, maka, keperluan ini menjadikan penglihatan mereka secara mencapah dan menafsir maklumat penglihatan di persekitarannya.
.
Namun, disebabkan cara kehidupan, latihan dan pendidikan, berlaku sedikit perubahan kepada cara penglihatan lelaki dan perempuan pada masa kini. Jika perempuan dilatih menjadi seorang tentera atau polis, sudah pasti penglihatan dan tafsiran cara lelaki diperlukan oleh mereka demi tugas yang serba mencabar itu. Jika lelaki menjalani latihan dan tugasan perempuan seperti tukang masak atau jururawat, maka, cara mereka melihat dan menafsir penglihatan akan disesuaikan mengikut keperluan ini. Saya sering mendengar terdapat lelaki yang boleh melihat dengan cara perempuan melihat dan menafikan apa yang saya terangkan di atas. Ya... memang perbezaan akan berlaku kepada orang tertentu selepas mereka menjalani kehidupan yang berbeza atau menurut keperluan seks yang bertentangan seks mereka. Perubahan akan berlaku. Apa yang saya bincangkan di atas adalah secara umum dan menurut keperluan kehidupan masing-masing.
.
.
ZMS
.
.

Tuesday, February 10, 2009

Establishing A Track Record for Truth-6

Be Correct.
Few people set out to be incorrect; it’s just that when they have missing information, they make assumptions or reason wrongly. Instead of informing, they misinform unintentionally. Whether or not people routinely ask for the source of your information or conclusions, be ready to provide it. If they ask for sources, rather than be offended, welcome such testing questions as credibility checkers.
.
Why would people want sources for relatively insignificant information? Because we test validity on all important matters by considering the source. How do we test the source of important information? By checking the credibility of all information coming from that same source. Credibility is circular. Credibility in the insignificant breeds credibility for the significant. Once you’re caught in an error, credibility creeps back ever so slowly.
.
.

Quote

.
There is no future for a people who deny their past.
— Adam Clayton Powell, Jr.
.
.

Quote

.
The presidency is temporary—but the family is permanent.
— Yvonne de Gaulle, wife of the French President
.
.

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT

From: Mohamad Faithal faithal69@yahoo.com.au
To:
Sent: Tuesday, 1 April, 2008 14:57:58
Subject: [CardiffKeluarga] Fwd: 12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT
.
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
.
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".
.
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
.
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
.
Barisan ke-7: Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".
.
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"
.
.
BACALAH YASSIN
.
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
.
.
Untuk renungan semua,
.
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
.
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
.Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...