Dengan kemajuan teknologi perubatan, aktiviti otak manusia dapat dipantau dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Positron Emission Tomography (PET). MRI mampu mengukur aktiviti elektrik di dalam otak dan berupaya mengukur dan mengenalpasti lokasi fungsi-fungsi otak.
.
Para saintis yang menyelidik aktiviti otak membuktikan bahawa terdapat bahagian spesifik bagi mengesan arah di dalam otak lelaki. Ini menunjukkan lelaki dapat melakukan pencarian arah dengan mudah dan menggunakan kemahiran ini bagi navigasi jarak jauh. Juga, MRI mengenalpasti bahawa lelaki banyak menggunakan otak kiri bagi tujuan percakapan, berbanding perempuan yang menggunakan kedua-dua belah otak (otak kiri dan kanan) bagi tujuan percakapan. Kesan dari kecenderungan ini, Profesor Kimura dari Universiti of Western Ontario melaporkan kebarangkalian lelaki mengalami masalah percakapan adalah lebih tinggi dari perempuan apabila berlaku kerosakan otak kiri.
.
Penyelidik mendapati perempuan mempunyai bahagian spesifik di otak untuk fungsi percakapan. Ini membolehkan mereka berkemahiran untuk bercakap dan berkomunikasi dengan berkesan. Hasilnya, perempuan menggunakan kelebihan ini dan dibuktikan dengan terdapat ramai perempuan di dalam bidang terapi, kaunseling dan perguruan. Juga, kajian saintifik telah menunjukkan otak kiri kanak-kanak perempuan berkembang lebih pantas berbanding kanak-kanak lelaki. Disebabkan faktor ini, kita dapat melihat kanak-kanak perempuan lebih awal bercakap dan membaca berbanding kanak-kanak lelaki. Mereka mampu mempelajari pelbagai bahasa dengan mudah dan cepat. Pelajaran dari penemuan ini ialah guru-guru sekolah harus memberi penekanan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak lelaki kerana mereka dijadikan berbeza berbanding kanak-kanak perempuan yang mahir bercakap.
.
Seperti yang telah dibincangkan di dalam artikel yang lepas, otak kanan kanak-kanak lelaki berkembang dengan lebih pantas. Ini dibuktikan oleh kajian saintifik. Kelebihan ini memberikan kanan-kanak lelaki kebolehan bukan lisan seperti membuat binaan, kemahiran logikal, matematik, 'puzzles' dan penyelesaian masalah. Saya dapati ramai kanak-kanak lelaki mempunyai kelebihan di dalam kemahiran tangan seperti membaiki komputer dan alat-alat elektrik yang lain. Bagi melakukan tugasan ini, mereka tidak memerlukan kemahiran percakapan yang baik. Mereka membuat kerja dengan tangan dan bukan dengan mulut.
.
ZMS
No comments:
Post a Comment