Teknik yang biasa digunakan ketika belajar, menulis nota atau menulis fakta-fakta perbincangan / mesyuarat ialah menyenaraikan di atas sehelai kertas kosong (A4 paper atau kertas kajang... lama dah tak guna perkataan ini) dengan menggunakan pen atau pensil. Fakta-fakta atau isu-isu di tulis secara kronologi atau menurun dari atas ke bawah. Cara ini adalah popular dan digunakan hampir semua orang. Dengan menulis fakta-fakta dari atas ke bawah, otak kiri beroperasi dengan aktif di dalam menyelesaikan tugasan ini. Di dalam menggunakan nota atau senarai yang dibina, anda menggariskan atau 'tick' pada itemitem yang terlibat (otak kiri). Penggunaan otak kanan adalah minima di dalam teknik penyenaraian sebegini. Pencurahan idea (brainstorm) adalah terhad dan idea-idea kreatif sukar dijana.
.
Untuk menjadi lebih kreatif dan menggerakkan minda agar menggunakan imaginasi, aktiviti-aktiviti yang mampu menggerakkan otak kanan harus dilakukan. Seperti yang dibincangkan di dalam artikel yang lalu, teknik mindmap mampu mengaktifkan otak kanan. Lukisan ranting-ranting idea yang bengkon-bengkok mula meransang otak kanan agar beroperasi. Penggunaan warna dan lakaran objek berkait secara langsung dengan pengoperasian otak kanan. Ingatan anda akan menjadi lebih baik dengan penggunaan warna. Sebab itu ramai di kalangan kita gemar menggunakan pen berwarna atau 'highlighter' untuk mewarna perkataan-perkataan tertentu semasa membaca. Anda menjadi lebih seronok membaca dan mengingat serta merujuk kembali kepada fakta dengan mudah. (Penyelidik-penyelidik/inventor dan peniaga-peniaga mengeksploit ilmu ini dan mengeluarkan highlighter secara komersil untuk jualan umum). Ini adalah disebabkan otak kanan teransang dengan warna dan penulisan meransang otak kiri. Apabila anda meletakkan warna dengan fakta, ingatan / memori akan kekal dan anda akan lebih mudah mengingat. Contoh: Coklat diwakilkan kepada kurma, merah kepada epal, hijau kepada jambu. Apabila anda ingin memanggil (recall) memori anda ketika membincangkan isu berkaitan, anda mula membayangkan warna-warna, dengan pantas minda separa sedar anda menyampaikan maklumat berkaitan. Terdapat individu yang bukan sahaja mewakilkan warna, bahkan, mereka meletakkan lagu tertentu (lagu = otak kanan) untuk sesuatu fakta.
.
Dengan cara ini, anda dapat mempertingkatkan kreativiti minda dan keupayaan berfikir serta menjadi lebih kreatif berbanding cara penulisan nota tradisional .
.
Serlahkan kehebatan minda anda. Pasti BOLEH!
.
ZMS
No comments:
Post a Comment