Seperti yang telah dibincang di dalam artikel yang lalu, otak lelaki dan perempuan aktif di bahagian yang berbeza bagi aktiviti yang sama. Tugasan seperti penyelesaian masalah, memproses bahasa, penyimpanan emosi dan pengalaman berlaku di tempat yang berbeza bagi lelaki dan perempuan. Sel-sel otak akan berkomunikasi dan menyimpan maklumat-maklumat.
.
Bagi perempuan, maklumat lengkap sehinggakan perkara-perkara kecil yang berlaku semasa pertemuan pertama dengan seseorang dapat disimpan dan diingat semula pada bila-bila masa. Disebabkan otak perempuan yang unik, maklumat lengkap tentang pergaduhan atau perselisihan besar dengan pasangan dapat disimpan dengan baik dan diakses semula bila diperlukan. Kebiasaannya, semua maklumat yang diakses adalah tepat seperti baru sahaja disimpan. Walaubagaimana pun, lelaki tidak mempunyai keupayaan atau kemampuan serupa dan mereka sering lupa atau sukar mengingat semula bahawa peristiwa-peristiwa tersebut di atas pernah berlaku... lelaki mudah LUPA!
.
Di bawah teropong (Mikroskop, MRI), dapat dilihat perbezaan otak lelaki dan perempuan yang kompleks dan meluas. Telah dibuktikan bahawa neuron-neuron otak perempuan bagi fungsi untuk bahasa dan pendengaran adalah 11% lebih banyak berbanding otak lelaki. Juga, bahagian otak yang luas berfungsi untuk emosi dan memori (bahagian hippocampus) seluas neuron-neuron untuk fungsi bahasa dan pendengaran. Penemuan ini dapat menerangkan mengapa selama ini lelaki begitu kagum dengan kehebatan perempuan mengingat setiap maklumat pertemuan pertama mereka atau pergaduhan hebat dan sengit yang pernah mereka lalui bersama. Jika pasangan berselisih faham atau bertengkar, sudah pasti perempuan mampu mengungkit dan menyebut kisah silam termasuk frasa-frasa yang pernah diluahkan oleh kedua pihak dengan lengkap seperti ianya baru berlaku. Dan, lelaki hanya mampu mendengar dan melopong sahaja! Tidak terkata kerana perempuan dapat memberikan fakta lengkap yang lelaki telah pun lupa sama sekali.
.
Menakjubkan! MRI menunjukkan bahawa seluas 2 setengah ( 2 1/2) kali ganda bahagian otak lelaki berbanding otak perempuan berfungsi untuk aktiviti seksual. Juga, dapat dilihat bahagian yang luas pada otak lelaki yang berfungsi bagi perlakuan dan 'tindakan ganas'. Bukti ini menerangkan fenomena di mana secara purata pemikiran tentang seksual hadir banyak kali dalam sehari di dalam minda lelaki dan hanya sekali dalam sehari bagi perempuan. Ishhh... ishhh... ishhh... Lelaki Oh Lelaki! Berhati-hatilah dengan lelaki yang bukan suami anda kerana mata lelaki seumpama scanner...
.
Sejauh mana kehebatan otak lelaki ini? Satu kajian untuk menentukan apakah yang difikirkan oleh lelaki dan perempuan yang melihat perbualan seorang lelaki dengan seorang perempuan telah dilakukan. Adalah ditemui bahagian seksual otak lelaki yang melihat perbualan tadi teraktif serta merta. Lelaki yang terlibat di dalam ujikaji melihat situasi tersebut sebagi suatu potensi hubungan seksual. Sebaliknya, bahagian seksual pada otak perempuan yang terlibat di dalam ujikaji tersebut tidak berlaku sebarang pengaktifan, dan perempuan tersebut hanya melihat situasi itu sebagai dua manusia sedang berkomunikasi.
.
Namun, penemuan kajian sebegini tidak harus diterima bulat-bulat kerana ianya dilakukan di dalam persekitaran negara barat. Masih kurang kajian otak yang bersangkut paut dengan kehidupan yang dilakukan di dalam persekitaran seperti negara kita.
.
ZMS
No comments:
Post a Comment