Saturday, January 17, 2009

Otak dan Penglihatan Lelaki dan Perempuan

Mata adalah anugerah tuhan yang amat berharga buat setiap insan. Dengan mata, kita dapat menghayati keindahan dunia yang penuh dengan pelbagai warna. Dengan mata, kita dapat melihat alam semesta dan perhiasan di dalamnya. Kita dapat melihat berjuta-juta jenis warna, tahap keterangan yang berbeza, jarak dan sebagainya dengan menggunakan lebih 130 juta sel penerima foto di dalam mata. Korteks penglihatan membentuk 30 peratus korteks dan kedudukannya adalah di bahagian belakang di dalam kepala.
..
Setiap kumpulan sel-sel berfungsi untuk tugas yang berbeza seperti warna, jarak, sudut dan bucu. Disebabkan faktor ini, ramai orang yang mengalami kerosakan sel-sel tertentu akan hilang keupayaan penglihatan yang berkaitan walaupun secara amnya masih mampu melihat. Sebagai contohnya, terdapat orang yang boleh membezakan warna dan bentuk tetapi tidak dapat mengagak jarak.
.
Terdapat satu perkara lagi yang jarang atau kurang mendapat perhatian dari kalangan masyarakat iaitu mata lelaki dan perempuan adalah berbeza walaupun bentuk mata mereka adalah sama. Ramai yang tidak tahu berkenaan isu ini kesan dari kurangnya pendedahan berkenaan maklumat berkaitan. Mata mempunyai hubungan secara terus kepada otak. Perbezaan genetik lelaki dan perempuan memberi kesan kepada cara mata lelaki dan perempuan beroperasi.
.
Pakar-pakar telah melaporkan bahawa kromosom perempuan terdiri dari XX dan kromosom lelaki terdiri dari XY. Kromosom ini dan struktur otak menyebabkan cara penglihatan lelaki dan perempuan berbeza. Bagaimana? Pada retina di belakang bebola mata terdapat 130 juta sel penerima foto yang berbentuk 'rod' yang menafsir hitam dan putih, dan terdapat 7 juta sel yang berbentuk kon yang menafsir warna-warna. Kromosom X bertanggungjawab di dalam menyediakan sel-sel warna. Perempuan memiliki 2 kromosom X yang menyebabkan sel-sel warna di mata mereka 2 kali ganda berbanding lelaki. Kesannya, perhatikan perempuan, mereka sangat cekap dan sensitif kepada warna. Lelaki sering menggunakan dan menggambarkan warna-warna asas seperti hijau, merah dan biru. Manakala, perempuan cekap dan sesitif kepada pelbagai warna sepeti aqua, merah bata, biru laut, jingga dan sebagainya.
1
Perhatikan pakaian perempuan, penuh dengan pelbagai warna. Perempuan di serata dunia, di dalam pelbagai budaya dan masyarakat, gemar menggayakan baju, seluar, kain dan skaf yang terdiri dari pelbagai warna. Manakala, lelaki selalunya menggayakan baju yang terdiri dari satu warna sahaja. Baju kemeja ke pejabat bagi lelaki adalah satu atau dua warna sahaja. Baju kurung perempuan terdiri dari pelbagai warna. Maka, kita harus bijak di dalam mengagihkan tugas yang melibatkan warna. Berilah tugas ini kepada perempuan: memilih fabrik kerusi, baju, seluar, hiasan dan sebagainya. Jikalau semasa membeli belah langsir dan lain-lain kain atau baju yang melibatkan warna bagi tujuan sambutan Hari Raya/Tahun Baru Cina/Deepavali diserahkan kepada lelaki, saya takut nanti lelaki akan membeli kain cadar atau kain putih atau hitam sebagai langsir rumah anda. Selalunya lelaki akan mengelak untuk membuat pilihan warna dan akan menyuruh perempuan melakukannya dengan alsan tidak pandai memilih warna. Sebenarnya, adalah kejadian semulajadi wanita yang cekap kepada warna kerana otak dan mata mereka yang sensitif kepada warna.
.
Selain dari isu warna di atas, cara mata lelaki dan perempuan beroperasi juga berbeza. Lelaki dijadikan sebagai pencari rezeki dan pelindung kepada keluarga memerlukan mata yang fokus, dapat melihat dan fokus mangsa jarak jauh, dan dapat melihat dengan cekap pada waktu malam. Maka, penglihatan lelaki haruslah memfokus atau menumpu seperti di dalam rajah di bawah. Rekabentuk otak dan mata lelaki membantu mereka melihat secara menumpu seumpama 'torch light'.
.
Manakala, perempuan dijadikan sebagai ibu yang mendidik anak-anak. Mata perempuan harus cekap untuk melihat jarak dekat di dalam persekitaran meluas. Seorang ibu harus cekap melihat sekeliling tubuh anak-anaknya agar tidak ada seekor nyamuk pun mampu menghisap darah anaknya. Mata perempuan harus cekap melihat sebarang perubahan di dalam rumahnya (jarak dekat). Maka, mata perempuan haruslah mampu melihat di dalam sudut mencapah seperti lakaran di bawah. Mata perempuan seumpama lampu kalimantang yang cahayanya mencapah. Mata perempuan dapat melihat di dalam sudut 45 darjah seperti rajah di bawah.



Ilmu ini sangat penting kepada semua orang kerana ianya membabitkan isu keselamatan. Kanak-kanak dan lelaki dewasa melihat secara menumpu. Jika anda perhatikan rajah di atas, bagi persekitaran yang sama, penglihatan seorang lelaki memfokus kepada objek yang ingin dilihat iaitu rumah dan pokok. Manakala, perempuan dapat melihat lebih banyak objek dan ini dapat menyelamatkan perempuan, di mana mereka dapat melihat kereta dan basikal yang sedang melintas di hadapan mereka. Sebaliknya, lelaki tidak dapat melihat kehadirannya. Maka, adalah agak berbahaya sekiranya anda membiarkan anak lelaki anda melintas jalan untuk ke sekolah atau ke sesuatu tempat. Mereka mungkin gagal melihat ke sekeliling. Di dalam suatu kajian di UK dan Australia, ditemui kanak-kanak lelaki menghadapi risiko kemalangan cedera parah atau mati yang lebih tinggi berbanding perempuan. Dari keseluruhan kes, 3/4 kes cedera parah atau mati melibatkan lelaki.
.
Perhatikan lelaki di dalam kehidupan anda. Cara lelaki melihat tidak seperti perempuan, di mana lelaki akan memusingkan kepala untuk melihat sesuatu di sebelah kanan atau kirinya. Lelaki yang berjalan atau memandu kereta, dan beliau nampak perempuan cantik/seksi di tepi jalan, lelaki itu akan segera berpaling ke arah perempuan tersebut untuk melihatnya. Penglihatan lelaki seumpama 'torchlight' yang menyuluh perempuan di tepi. Lelaki gagal melihat dengan sempurna tanpa memalingkan kepalanya. Manakala, perempuan yang ketika berjalan atau memandu dan ingin melihat lelaki gagah/handsome di tepi jalan atau di kiri atau kanannya tidak perlu memalingkan kepalanya, sebaliknya bebola matanya sahaja berpusing ke kiri atau ke kanan. Perempuan itu akan dapat melihatnya tanpa orang perasan bahawa beliau sedang melihatnya.
.
OKlah... banyak lagi isu yang ingin saya bincangkan seperti mata lelaki yang melihat perempuan bertukar menjadi MATA SCANNER yang dapat melihat pelbagai ***** . Mata perempuan yang dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat secara zahir.... Mungkin di lain masa...
.
ZMS
.



No comments:

Post a Comment