Friday, January 16, 2009

Komen Aju dan Saya: Topik Kesilapan Lelaki dan Perempuan

Aju said...
Salam, Jika 5 tahun dahulu saya pasti salah sorang manusia yang berfikiran seperti di atas maksudnya mahukan pasanagan yang automatik faham isi hati kita tanpa perlu diberitahu . Mungkin sebab banyak menonton tv kot ..saya tak suka baca buku sebab malas …lebih suka baca dib log …Dulu waktu anak dara saya pun mahukan lelaki sempurna yang lucunya kawan saya yang dah lama tak jumpa ada bertanya pada saya suami saya sekarang perutnya macam buah durian ke hahahaa lucu pulak sebab kawan saya ini masih ingatkan ciri utama lelaki idaman saya ….Tapi suami saya sekarang perutnya bukan macam buah durian haha . Suami saya sekarang orang yang sebenarnya dalam senarai terakhir ciri-ciri fizikal idaman saya ..tapi bila dah lama dengannya walaupun perutnya bukan macam buah durian tapi adalah seorang lelaki, kawan dan ayah yang baik . Saya sangat gembira dan bahagia berkahwin dengannya . Sebenarnya suami saya ini memang lain betul dari perangai saya macam magnet positif dan negative . kami memang sangat berbeza dari segi hobi , warna , rancangan tv , malahan masakan kesukaan pun berlainan . Masa mula-mula kenal memang tak berkenan sangat malahan selalu bergaduh tapi jauh di sudut hati saya malahan ibu saya pun merasakan dia bakal menjadi suami yang baik . kalau nak dicerita memang orang tak akan percaya tapi sebelum berkahwin kami memang tak pernah pegang tangan asyik berlaga aja bila berjalan , kenal pun tak lama tapi dah jodoh akhirnya kahwin juga jadi lepas kahwin tak ada can lah nak lepas tangan haha… Apapun bagi saya walaupun pasangan itu berbeza kegemaran tapi itu lebih menjadikan mereka tertarik dengan satu sama lain. Contohnya asyik buat dengar lagu yang sama baik juga mendengar genre yang lain . Kita boleh mencuba sesuatu yang baru kan lebih adventure !...memang betul pasangan ini saling melengkapi antara satu sama lain tak semestinya nak sama aje dalam semua perkara kan….malahan wanita ini gerak hati memang kuat ….kalau pasangan kita kesukaan nya berlainan Cuma dalami perangainya dan saya boleh katakana disini kadangkala boleh jadi senjata juga haha..contohnya kalau kita bergaduh ka nada sesetengah suami tak boleh nak kalah asyik nak menang aje jadi dalami kelemahan dia boleh buat kita menang ..contohnya suami saya pantang tengok saya menangis so kalau TAK boleh menang itu buat-buat lah muka sedih mesti dia tak jadi marah ..tapi tak adalah nak menangis aje kalau macam itu boleh kalahkan pelakon terbaik pula !..Lagi satu kalau pasangan kita tak romantis kita mulakan dulu memang mula-mula dia akan rasa rimas tapi kita boleh lihat dia sangat suka sebenarnya bile kita sentiasa kucup dia dan mangatakan I luv u..Cuma lelaki kan ego lah sikit apapun sayangi pasangan anda dan hargai dia sentiasa …jumpa lagi!
January 17, 2009 11:18 AM
.
.
Prof Madya Dr. Zulkarnain Muhamad Sori said...
Salam Aju,Seronok baca cerita u. Kepada rakan yang lain, bila duduk diam-diam, sorang-sorang, cuba berfikir apa yang Aju cerita dan artikel-artikel saya selama ini. Pasangan kita ni banyak perangai atau kelakuan yang tak sama. Kemudian, cuba fikir jika kelakuan mereka jadi sama dengan kita. Tetapi, jika sama, apa kesannya kepada diri kita. Mampukah kita menerimanya. Jawapan mudah ialah kita gembira kerana mereka faham dan sebagainya. Tetapi untuk ke arah itu, penyesuaian diri dari aspek otak, hormon, aksesori badan dan sebagainya juga akan berlaku. Lelaki idaman akan memiliki hormon estrogen yang sama banyak dan serupa dengan perempuan bagi membolehkan mereka bercakap banyak dan bercerita dan berkelakuan seperti anda yang mengharapkannya serupa. Sanggupkah anda sebagai perempuan memiliki lelaki yang hilang kegagahannya dan lenggok jalan dan gaya tangan dan bercakap sama seperti perempuan, seperti anda. Tanpa hormon lelaki (testosteron), dan disebabkan ingin lelaki yang benar-benar seperti perempuan, yang bercakap dan memahami seperti perempuan, lelaki tersebut memerlukan hormon estrogen yang banyak, maka, suara garau lelaki akan hilang, dan lelaki gagah anda mempunyai suara yang serupa dengan anda... suara halus perempuan. Saya pasti keinginan seks lelaki yang berubah menjadi perempuan juga akan seperti anda (perempuan), di mana lelaki gagah anda yang berubah menjadi perempuan menginginkan lelaki lain. Habislah anda.
.
Oleh itu, apa yang Aju cakap ada kebenarannya. Ya lah... masa muda remaja, kita mestilah menginginkan lelaki ideal, yang tahu serba serbi... yang boleh teman kita shopping, yang perutnya nipis dan bukan sebesar perempuan mengandung 20 bulan, yang boleh berkongsi masalah lelaki dan perempuan, yang memahami 100% diri perempuan dan macam-macam lagi.Tetapi, realitinya, sukar atau tiada yang mampu mempunyai ciri-ciri tersebut. Lelaki adalah lelaki...
.
Bila diingat-ingatkan perbezaan di antara lelaki dan perempuan, hidup kita ini meriah... penuh dengan perbezaan. Gaduh sekali sekala atau banyak kali, menjadikan kita sentiasa berfikir dan hidup... bukannya mati... yang sunyi dan tidak ada apa yang challenging.
.
Oleh itu, enjoylah kehidupan anda dengan segala asam, garam, gula dan rempah ratus kehidupan. Semoga berbahagia. Saya akan terus berkarya berdasarkan fakta sains dan psikologi berhubung isu lelaki dan perempuan dari masa ke masa.
.
Terima kasih saudari Aju. Salam untuk anda sekeluarga.
.
Wassalam.
.
ZMS
January 17, 2009 3:48 PM

No comments:

Post a Comment